Sunday, November 28, 2010

Filem Dua Alam? Uweeekkk !!!

Bulan ni tanpa disangka-sangka I tertengok 4 movie. Woo Hoo ! Macam kembali ke zaman muda remaja berdeting dengan Sazli dulu yaa a aww..!! Ala. Waktu kalo nak tengok movie, mesti pakai macam nak pegi clubbing, siap buat smoky eyes bagai, rambut mesti gulung kat bawah - buat kat salon taw? Seminggu sekali shopping baju dekat F21 pasal tanak pakai baju siaran ulangan dan mekap selama 3 jam!

Fuh! Tetiba rasa banyak jugak eh effort zaman-zaman dulu kalau nak keluar tengok movie? Sekarang ni? Senang! Calet blusher merah ang-ang pesen taknak kalah punyer, lukis kening kontot haji helmi I ni and pakai baju simple mimple jerk. Janji ada shawl. Pasal kalau tengok movie malam-malam, sejuk tak hengat! Sampai tetep pon boleh vibrate. Bak kata Rish la.

'Sejuk sangat dalam cinema ni sampai tetep I vibrate! Cuba U rasa'. Dah. tak pepasal suruh haku 'rasa' tetep dia pulak. Haha. Rish bangang ! Seb baik I rasa sipi-sipi jerk.

Ok baiklah. Mari mulakan dengan filem yang konon terhebat di dekad ini yang kabarnya kutipan setakat ini sudah mencecah RM2 juta (konon jerk tau, padahal finas kata baru RM2ook jerk pon. eleh!) oleh Dr kompiden giler ya amat, yang nak ajak Pamela Anderson berlakon dalam second filem dia, rambut cendawan kulop perasan kacak dan akan menjadi trend muda-mudi. Ya Allah. Muntah muntah. Tolong la... Agak-agak la kot kalau nak kompiden pon.

Giler la intro filem ni. Iklan dalam Metro memang tak agak-agak, ceh! Terpengaruh la jugak I sampai sanggup booking and bayar online terus tau?

Aaron Aziz juga nampaknya tak mampu untuk 'dijual' dalam filem ni. I rasa, drawa swasta tv3 pon jauhhhh lebih hebat dari filem ni. Apa dia ingat zaman sekarang ni masih prektikel ke untuk tarik penonton dengan cara buat banyak bab romen-romen dalam kereta pakai baju seksis sampai tetep meleleh keluar? I muak ok? Muak! Dah la poster ciplak dari Exorcism of Emily Rose. Haih! Bak balek duhet haku doblas hengget !!! IQ I drop giler lepas keluar cinema.. Haih!

Next review filem Ngangkung. Well, terubat jugak la rasa kecewa I dengan filem melayu selepas menonton cerita 'jijik' diatas. Shahiezi Sam memang superb la. Lakonan dia selamba jerk. Terus nak add dalam FB woh! Korang kalau rasa nak gelak kaw-kaw sama macam I tendang-tendang kerusi depan sampai kena jeling, meh la tengok Ngangkung. Tidak mengecewakan, Siyes!

Pastu, malam kelmarin Acap ajak I tengok Harry Potter. Walaupun tak pernah follow pon Harry Potter dan jugak kalau follow pon dulu, tido separuh jalan tapi masih mau tonton pasal the sake of rindu kawan-kawan. So, I, Rish, Saz, Acap and Fruz pergi ke Pavilion.

Masa tengah show, maklumlah pempuan taktau apapa pasal Harry Potter, I siku Rish.. Eh, siapa Dumbledore? Kenapa semua sayang dia? Kenapa Harry Potter tak becinta dengan Hermione? Dia kan THE ONE? Kenapa muka dia weird doh? Macam muka Elijah Wood pon ada. Jom lempang dia nak? Kenapa kalau dia dah megik sangat, buat la hilang-hilang tu, kenapa nak jugak jalan kaki jauh-jauh?

Dan harap maklum, GSC sangat sejuk sampai tetep vibrate, terus ajak Rish wee-wee. Pastu singgah dekat kaunter jual air, tanya adik tu tengok tak Harry Potter. Dia kata dia tengok, lepas tu bila tanya dia siapa Dumbledore dia kelip-kelip mata banyak-banyak kali, ok dah fine. Kiter setaraf.



So, kesudahannya masa lagi 40 menet nak habes, I mengucapkan gud bye Harry Potter. Malas dah nak tanya-tanya Acap, pasal Saz suruh senyap. Eleh. Belagak jerk dia tu. Serius kalau tak paham apapa memang tak syok nak tengok, tapi tido dalam GSC memang best. Paling tatahan siap dengkur-dengkur manja.

Unstoppable ni pulak I tengok pasal Sazli ialah kipas berani mati Denzel Washginton. No doubt, memang lakonan dia superb. Tapi kan kan? Denzel memang suka belakon dalam cerita keretapi eh? Last year dia belakon dalam Pelham 123. Best jugak. Ok la Denzel, harap awak dapat jadik abang angkat Sazli. Dia minat sangat la kat U.

Denzel, yang tengah-tengah tu Sazli tau? Yang rambut sikit-sikit lagi nak jadik macam Penynyi kumpulan Alleycat yang wife dia selalu jalan hentak-hentak kaki pasal dia enggan memotong rambut, yang tu la.. Yang wife dia kuat makan tu yang eh eh. Tercerita lebih-lebih pulak pasal wife.

Korang nampak tak Saz diapit oleh Fruz dengan Acap kan? Maknanya dalam cinema I tak duduk sebelah dia. Maklumla, kalau 2 manusia ni ada, I jatuh number 3 taw? Masa nak duduk tu, dia kata, U duduk sebelah Acap. Sepantas kilat I jawab, 'babi'. Haha. Rish gelak jerk. Dia lagi kesian, Fruz hujung sana, dia hujung sini. Now nampak tak our beautiful friendship. I sayang them very much. Cumanya Wana semenjak nak pergi Singapore bulan 12 ni, terus taknak jumpa I 2 minggu. Tu baru nak pergi Singapore tu, kalau pergi London ker haper, setahun kot dia taknak jumpa I. Sombong sungguh !


Saz yang snap gambar ni. Setendet la dia, kalau tak gegar, tak blur memang tak sah. Wah, I sungguh nampak macam nyamuk. Baju dah belang-belang macam nyamuk edis, pastu terkeluar pulak taring. Dah sebijik mak nyamuk. Kan? Ke macam drakula sebenarnya tapi segan nak bagitau?

Dah, sekian review filem untuk kali ni. Ni semua I ikhls komen dari hati nurani I. Kalau Dokter cendawan kulop nak ngamuk, majuk hentak-hentak kaki ker, lantak. I tak peduli. Dia punya pasal, bebudak Wakdan dah kutuk-kutuk I, tak cukup dekat FB, sambung dekat BBM. Siap tuduh I ada skendel dengan Dokter cendawan tu. Oh please! I tak suka rambut macam tu ok? I suka yang kenteng-kenteng manja macam Sazli. Paham?

-EnD-

10 comments:

theblabber said...

budak tu kelip2 mata sebab terkujat tgk tetep yg sedang vibrate,mungkin?


*marathon laju-laju.

shzyswl said...

fes tyme comment hehe semua orang cakap 2 alam tak best, dari rasa nak tengok terus takot nak tengok haha n btw sam mmg superb hehe

Chooyaya! said...

the blabber : tak mungkin, pasal dah tutup erat2 guna shawl tebl lapan helai

shzya : ha ah.. jgn tengok. bodoh giler cerita tu. seliyes ni.tak tipup.

Marya Hana said...

2 alam tu rase2 kalau lalu tgk poster pon cam gerun je nak masok. heee.

hai. 1st time kat sini.
follow u..

shzyswl said...

wuhuhu okay okayy, takkan tengokk. nak tengok rapunzel pulak lepas neh haha

wana said...

Oi pompuan klo x kutuk aku x sah kan? Aku bz laaa byk keje. Last wekk hari2 aku balik lambat tau. Masa yg ko ajak tu aku baru nk grk blk umh. Aku dh x larat dh. Pikir nak baring je ok. Dh aku mrajuk ni. BYE! Xnak jumpe setahun.

Chooyaya! said...

mraya hana : jgn tgk la.. bukan seram mana pon. bodo ada la.. hehe

shyza : jommmm!!!

Chooyaya! said...

wana : dah la wana... aku yg patot merajuk ok??? DAH 2 MINGGU KOT KO TAK JUMPA AKU...!!!

wana said...

Bape kali nk ckp aku bz!!! Dh skng cari aku keje secretary so dat aku x bz. Btul kn secretary x bz cm ko kan. Keje wat kopi je. Hahahahahhahaha

Chooyaya! said...

wana : we suppose to meet up tonight, tp ko ada hal pulak. ni mmg btol2 carik pasal ni. fine wana, fine!