Friday, November 12, 2010

MotoBlur

Hi everybody.. cheers your life with motoblur! Sound strange with motoblur? I post this entry using my new motorola cliq android platform. Thanks to chooyaya because allowed me to use her blog to promote my smartphone. I tumpang glamer blog u je, u kan artis, ramai follower.. For those yg nk tahu what is motoblur, type je motoblur kt google tu. You can find all the info there. I need to go now, nnt choyaya maki i.. dhlah tumpang blog org, nk post entry panjang2 plak. Bye.. i love my motoblur so much!
Published with Blogger-droid v1.6.5




Motoblur

Faiz, first of all, aku sangat menjeles pasal nko can easily update blog dengan mudah dan terpaling best siap boleh attach gambar dengan Motoblur. Tapi sumpah, giler tak komersial nama henpon nko. Motoblur. Uweeek! Macam orang naik motor yang tengah blur lalu melanggar lembu. Bila dengar nama henpom ko ni terus aku rasa macam blur seperti mabok air tuak ke haper ntah. Ko rasa kenapa nama dia Motoblur? Tolong explen plz. Mokcik nak tau.

Kedua : FYI, henpom ni, korang takkan dapat dekat mana-mana kedai telefon dekat Malaysia pasal dia memang tak masuk pasaran Malaysia lagi atau kalau ada, mungkin Faiz tipu I pasal nak belagak cool konon henpom blackberry I ni boleh dapat dekat mana-mana hatta Carefour sekalipun. Kan? So kalau dia tipu I, maka I tipu awak orang semua. Faiz beli ni dekat E-Bay. OK? Kalau nak, carik kat sana. Ada melambak. Sediakan jerk pitis.

Ketiga : Harga dia kalau USD dalam 250++, I tak berapa ingat pasal tak memberi sepenuh perhatian pada Faiz time dia membebel explen pasal henpom konon cool dia ni. Yang I dengar macam eksaited tu, sebenarnya hanya nak menjaga hati Faiz jerk. Haha. Tak la. I tipu. Sebenarnya I terpana kepada kehenseman henpom dia. Cool giler woh! FB application best, blog pon best, pendek kata memang cool giler macam eskrem mat cool, yang tak bestnya pasal tadek applicaton BBM. Pasal maklumlah, tak ramai yang guna kan? Henpom tak popular la katakan.. (dengki padahal)

Keempat : Yang ni sebenarnya memang boleh apply kat mana-mana smartphone, tapi harap maklum I spesis zaman batu, so I taktau. Henpom ni, boleh masukkan simkad yang untuk broadband tu and boleh surf internet macam biasa. Kalau nak masuk pc, cucuk jerk kat cable. Best kan? Hebat kan? Ke tak sebenarnya? I rasa hebat jerk pasal I tak pernah tau simkad broadband boleh masuk dalam smartphone. Maklumla. Orang dolu-dolu.

So, korang... Kalau awak semua tengah tercari-cari henpom yang cool, I sangat merekemen henpom ni. Menang best. Nampak tak I gigih nak promote henpom ni? Nampak tak, nampak tak??? Padahal bukan Motoblur ni bayar I apapa pun. Sajer nak peramah-peramah melayan rasa eksaited Faiz dengan henpom baru dia ni jerk.


Faiz and his beautiful wife.

P/s: I tumpang glamer blog u je, u kan artis, ramai follower.. <- muntah kan? Haha.

-EnD-

13 comments:

theblabber. said...

artis mesti kaya kan? makanya, belikan aku satu henpon ni, boleh? jgn lupa otograp kat belakang phone tu ek.

tengs in advance.

Anonymous said...

Wah, baru tahu motorola ada kuar smartphone.. sblm ni igt motorola dah pupus.. nak try jgk smartphone ni.. nmpak mcm cool je... ni pun tgh baca review pasal phone ni.. hihii..

Kathy said...

Kak Su, boleh tanya si faiz tu tak mcm mana dia unlock this phone? Rasanya T-Mobile (USA Provider) locked this phone. Network kat Malaysia tak boleh guna. Thax Kak Sue.

Anonymous said...

Faiz tu artist jgk ke? mcm familiar je muka dia.

Chooyaya! said...

the blabber : eh boleh boleh. ko nak berapa?

anon : tu la kan? motorola mcm jenama tak cool tp tak sangka ada smartphone yang cool

kathy : ok. kaksu dah tanya. nanti dia reply kat sini. check la nanti.

anon : artis? ko biar betol? haha

Faiz said...

Kathy: Cari Seller yang jual unlocked version. Kena ask seller betul2lah. kalo dpt lock phone mmg tak boleh pakailah kt sini. Kalo nak unlock sendiri pun blh. Try pergi website http://www.unlock-zone.com/

Anon: Saya bkn artis, saya tumpang glamer blog artis chooyaya.

Chooyaya! said...

faiz... aku bukan artis la dol. nak kena ni. grrrrr. belanja nandos. bye.

Julia said...

Nk beli hp dr overseas kena permit AP dari SIRIM kan? mcm mana yek procedure nya yek?

Shikin said...

Mcm mana dgn setting handphone ni yek? Network kat Malaysia ni blh terima ke? msk sim card je ke?? mmg menarik, tp tak berani nak pakailah.

Shasha said...

I kenal Si Faiz ni.....!!! mcm mana Kak Sue blh kenal dia???

Chooyaya! said...

faiz, ko nak aku yang jawab kan? ok... no problem. dengar ni jawapan aku.

Julia : procedure nya kena hantar surat dekat perkim jugak. untuk buat pengesahan kerakyatan. pastu pegi embassy buat surat rasmi nak beli henpon.

shikin : takyah setting apapa pasal henpon ni auto setting. masuk malaysia jrk, terus application semua dalam bahsa melayu. lg mudah

shasha : kaksu ada sekendel dengan dia. haha. eh tak la. dia opismet ler. pastu dulu dia main futsal untuk felda. kaksu pon sama.

Faiz said...

Julia : Yup, mmg kena apply AP permit kat SIRIM.. RM100 utk 3 jenis hp model yg sama. Let say, kalo beli 3 hp, satu Nokia and 2 Motorola, u kena charge RM200. Kalo tiga2 model Motorola, charge RM100 saja. Kalo tak paham blh tepon SIRIM trus ditalian 03-55554444.

shikin : Beli unlocked version. Tp untuk data connection kena setting sendiri based on network apa yg u pkai. APN Setting pastikan btl. kalo tak tak blh connect.

shasha : Kak sue peminat I merangkap Presiden Fan Club I. Harap Maklum. hahahaha..

Chooyaya! said...

ha... semua faiz dah jawab version betul2, except pehal pulak aku presiden fan club u? hello.. ko kan yg peminat aku??? *taknak kalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...