Wednesday, November 3, 2010

Panggil saya Kakak

I kan, paling suka kalau dapat membahasakan diri pada orang as 'kakak' or 'kaksu'. Yer la kan, bunyik macam kasihan, orang lagi la tamao di panggil kakak pasal tanak nampak tua, tapi I lain... Sebagai anak bongsu, memang la tadek sesapa dalam keluarga yang akan panggil I kakak kan? So, bila ada yang panggil I macam tu terus hnsss hnsss (OO) <- kembang idong seiring pengembangan jamban.

Rasa best giler.. Macam terawang-rawang jerk... Entah eh, bila bahasakan diri kakak, terus terasa mcm kena behave, supan santun, jaga adik-adik jangan kasik main kotor or buat jahat. Haippp..!! Nak kena babap? Ha.... Macam tu la. Best bes.

Dulu dulu, waktu I kecit tak skolah lagi, selalu jerk kena pulau dengan kawan-kawan yang dekat-dekat rumah pasal dorang jahat tao? Saper yang tadek adik, dia tak boleh join main 'mak-mak'. Kebetulan, area rumah I memang sebaya-sebaya belaka. Ada la 5 6 orang gitu. Dah asyik haku jerk yang balik umah, nanges nyentan paksa ayah mengandung dan bagi adik.

Ayah pun malas nak layan, janji jerk la kata nak bagi adik, tapi sampai sudah pon tak dapat-dapat jugak. Kadang-kadang bila ayah beli anak patung plastik kaler pink dekat Tongkiat, I suka gigit kepala dia pasal nak isi pasir dengan air dalam kepala yang bocor tu konon bagi makan. Bodoh kan? Dah macam kanibal makan kepala orang. Mati la. Eh, tapi bukan semua budak kecik lima tahun pun bodoh kadang-kadang ker?

So, sebagai anak bongsu, bila orang panggil kakak, I berasa bangga. Nampak tak kat situ, nampak tak, nampak tak??? Bila I dengar Intan borak dengan adik dia macam ni lebih kurang bunyik dia, 'Izati, nanti kakak telefon awak balik yer? Kakak ada kerja sikit nak buat'. Tetiba I rasa macam skrip drama RTM1 but still, macam jeles jerk rasa.. Tsssk Tsssk.

Nak sangat-sangat ada adik kandung. Agak-agak kalau mintak adik dekat GF (Mak I) macam ni masa balik kampung nanti, kena lempang tak? Kebarangkalian kena lempang sipi-sipi tu memang ada, tapi mungkin Mak akan cakap skrip biasa , 'Ko dah giler ker haper?' Aritu dia kata I macam tu jugak bila I paksa dia pakai blusher dengan lipstik merah menyala untuk pergi kenduri. Haha. Tak sporting langsung.

Tapi apapa pun I bersyukur ada Kaklong dengan De. Dengan Kaklong tu ada la kadang-kadang I panggil dia 'kak', dengan De haram tadek. Dorang panggil I adik or Kochip. Ntah hapehape nama Kochip, langsung tak glemer. Mana dapat ntah. Tapi dari kecik memang dorang panggil I macam tu. I membahasakan diri I pada mereka as 'aku', biadap kan? Budaya kot? Orang Jawa memang membahasakan diri mereka as 'aku'. Eh. Asyik-asyik nak salahkan budaya Jawa. Apalah.

Abang? Abang pon takder. Menumpang kasih pada abang ipar, tapi tak best pasal tak boleh mintak dokong. Dulu-dulu arwah ayah selalu dukong jugak, tapi mak saiko I, dia kata, tak malu ke kena tetep dekat belakang ayah? Eleh. Dengki la tu padahal, dia tak boleh nak mintak dukong jugak.


Dengan Gf I, I bahasakan diri as 'Not', De pon sama jugak 'Not', Kaklong jer bahasakan diri dia as 'Kaklong'. Mak pulak, membahasakan diri dia sebagai 'I' waktu dia call I, melampau kan? Haha. Eh dulu kan, masa darjah satu kan kiter ada belajar Muzik yang ada not-not tu kan? Tiap kali cikgu sebut Not, muka I merah-merah tahan malu, bajet cikgu tau nama timangan dekat rumah. Bodo nih!

Eh bayangkan lagi, macam mana kalau dekat kampung Mak kata gini dengan jiran dia, 'Eh Pon, U tau ayam I 2 ekor hilang masa malam tadi. I taktau la saper yang curik..', pastu Cik Pon jawab, 'Eh, yer ker Nekmah... Risau la I macam ni, ayam-ayam I pon banyak yang tido atas pokok jerk'. P.E.N.G.S.A.N Ok? Haha.

Sebenarnya idea entry pasal membahasakan diri di kalangan ahli keluarga ni I dapat dari FB kawan I, I rasa dia nampak sweet sangat pasal bahasakan diri dia as 'Abang' dekat adik dia. Comel sangat nampak. Seperti bak kata Fida kata la, 'Ingat comel la tu Najib kena ciken pox dah tua-tua ni'. Haha. Bodoh.

Dah. Ngantok. 'Adik' nak tido dah.. Amacam, muntah tak? Haha

-EnD-


5 comments:

theblabber. said...

adik? *lempang ko laju-laju.

incik said...

slm..1st time bc blog ni..tertarik nak komen..entry akak cute n kelakar..
igt nak baca lg yg previous entries..tp esok ade test.
esok sambung pulak..huhu
btw akak..teruskan post entry yg comel2 ye..;)

Liyanaroxx said...

ahahahaha..baiklah kak sue..pasnih yana nak panggil agi dua gelaran...


Sister Su & Kekanda Su...

aci tak? =P

Anonymous said...

Su, akak dah katam baca blog ni. tesengih2 kadang akak baca kat ofis ni.klakar slumber btul su ni....nice knowing u...kak mas yp

Chooyaya! said...

incik : tq tq. pegi belajar elok2 dulu, baca blog CSG ni boleh buat otak jadik senteng. harap berhati2

liyana : yana mengada: bluuerrrkkkk! :p

anon : katam dah kaka? cayalah! sakit mata tak? kalau saya kasik soalan kat akak pasal saya, agak2 boleh jawab tak? hehe

the blabber : ha ah, adik. nape? dengki?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...