Tuesday, January 25, 2011

Joget Dan Takot = Bergabong MELETOP !

Masa Thaipusam lepas, penuh aktiviti I dari pagi jejak ke malam. Memula pagi ada practice menari, lepas tu lunch dekat Wong Solo dengan penari-penari (cecece), lepas tu tengok Khurafat yang biadap tu, lepas tu ke The Curve pulak jumpa kawan-kawan, pastu balik umah mandi, tido and esok pagi bangun pukul 9.00am bajet hari Sabtu, padahal kena kerja pasal hari Jumaat. Bongok tahap lapan belas.

Hebat kan tahap kebizian I sampai Jumaat dan Sabtu pon tak dapat nak beza? *kui kui kui - gelak cover pasal budus sekali-sekala.

I kan, masa pagi Khamis tu, sesambil sidai kain, sesambil layan vel vel dekat tv. Lepas tu trauma aku tengok orang India cucuk-cucuk besi dekat pipi. Seram woh! Mata terbeliak pulak tu. Terus alih siaran tengok cerita masak-masak pulak. Alasan jerk tu, padahal nak tengok cerita yang banyak makanan, pastu tuduh kepada perasaan takot manusia cucuk besi dekat pipi. Sangat licik.


Practice menari dekat bilik gym. Yang dahulunya surau tapi surau now dah berpindah ke tempat yang selesa dan besar jugak. Tu pasal carpet ada simbol-simbol keinsafan *petir sabung menyabung.

Lepas lunch dekat Wong Solo (yang basically I menelan makanan tanpa mengunyah pasal lapar tahap gaban hijau) I pergi tengok wayang pulak dengan Saz, Mira, Sarah, Faiz & Farah dekat KLCC cerita Khurafat. Seram giler woh ! Sumpah this is the most seramest filem seram yang I ever watch!

Ok la. Faiz tak puas hati kalau I tak cerita ni. I kan, dah la tangan kanan pegang henpom. Sebok nak bbm mira bagitau tiket ada dekat budak pengkolek tiket dekat pintu masuk sana pasal dia lambat, tangan kiri pegang corn in a cup sazli, kasut wedges 4 inci, dress omel paras lutut, lalu tergolek jatuh di tangga masa cuba nak carik seat. Cukup sempurna tak babak tu? Naseb baik lampu dah tutup ok? Cinema dah gelap. Walaupun I tau kapel pengkid tu gelak-gelak dekat I, but mampos ah. Dia pempuan tapi tak dapat pakai dress lagi pathetic! Huh!


Farah pulak muka kompius. Nak tolong or nak gelak. Siot kan? Sarah dah gelak sambil nanges. I pulak dah tak mampu untuk berdiri tanpa pertolongan pasal gemok, mana boleh nak bangun tangan dua-dua belah tetap gigih berusaha pegang henpom dan jagung lagi. Haha. Sazli? Ko jangan tanya, dia dah gelak-gelak pastu I dengar dia cakap dengan faiz. 'tak kenal tak kenal'. Jahat la orang tu ! Haha. Tapi gua chill babe. Jatuh tu sebagai tanda prihatin dengan tangga. Saja nak bagi memori manis tengok filem seram.

Eh, pada sesiapa yang tak tengok lagi filem Khurafat ni, elok la tengok. Memang lain dari yang lain and bila dah tengok filem ni tetiba I rasa Syamsul memang layak dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik masa FFM haritu. Hasil kerja dia memang bagus.

I? Ko jangan tanya. Bab tak seram dah jerit, apatah lagi bab seram nak mampos. Masa half way, I ajak budak-budak ni keluar. But haram sekor tanak. Mira lagi la tadek perasaan. Tengok cerita seram macam tengok Mr. Bean. Gelak manjang. Hati kering. Sudahnya I buat-buat bizi dengan Blekberi walaupon signal takde. Tapi takper. Dari tengok cerita hantu sampai sakit jantung, mana ko nak?

Cerita Khurafat ni punya pasal, untuk tempoh 2 3 hari tahap ketakotan I bertambah sebanyak 88 percent. Tahniah Syamsul Yusof untuk perasaan ni. Sekarang ko bagitau, sapa nak bertanggungjawab dengan acara berak tanpa tutup pintu bilik air?

-EnD-

7 comments:

Faiz said...

Serius aku sakit perut gelak tgk ko jatuh aritu, smpai skrg aku and Farah bila turun tangga mesti suruh hati2 spaya tak jatuh mcm ko.. hahaha..

Khurafat tak seram, adengan ko jatuh lagi seram, mengigil tubuh aku.. hahahha....

mrsnan said...

HAH HAH HAH (gelak besar) ooppss!!! hihihihi (gelak sopan lak)...
memang terbaik la jatuh tangga..nasib baek lampu dah off...kalau u jatuh depan i hmmm tak tau nak kata memang jadi bahan kat situ gak la..

Chooyaya! said...

faiz : jatuh tangga ialah cara menghargai alam dan memeriksa tarikan graviti ok ataupon tak. jgn salah sangka.. (cover baeeekkk punya)

and, tengs tu u and saz yg being so nice by gelakkan me instead of menolong angkat i yang berat mcm gajah ni. that is so nice of both of u ok? good job!

Chooyaya! said...

dillah : tak baik tau gelakkan orang.. *nanges tepi tangga

Fuz said...

lain sikit carlos puyol bila simpan misai.

Anonymous said...

seyes...sgt suke n3 kali ni..*ekceli slami ni i SR u jerk*bkn suke sbb u jatuh tu,tp ayat2 puitis u dlm n3 kali ni..mmg lahir dr ati la...kihkihkih*den sambong gelak*

Chooyaya! said...

PKH : tambah hensem atau sebaliknya. i hate those bulu2 at his face. *muka serius

anon : sukakan jerk i jatuh, tadek hal pom. hehe.sr tu secret recipe kan? *pura2 bongok