Wednesday, December 28, 2011

Kunci Ketenangan Hati. Ewah!

Assalamualaikum..

Kom apa? Kombet. Bet apa? Betmen. Men apa? Men tol. Ok. Tak kelakar.

Tadi kan, I came across dekat FB kawan I yang baru berhijrah dari seorang yang sexy dan stylo mylo menjadi seorang wanita muslimah sejati. Alhamdulillah. I sangat impress. Sebab tak sangka kan, manusia boleh berubah dengan begitu drastik sekali. Kata Kila (bukan nama sebenar) la sangat dia pun tak sangka dengan perubahan dia.

Bermula dengan rasa tak sedap hati, gelisah, nak menangis dan serba tak kena. Dia solat pon sampai nanges-nanges macam tak cukup masa nak hidup dah. Hati dia tetap tak tenang (masa tu dia tak pakai tudung lagi). Pastu dia google dalam internet and dari pembacaan dia, rupanya Allah nak bagi dia hidayah. Kellasss kan? Zaman sekarang semua boleh google jer. Informasi di hujung jari. Amboi amboi amboi...

Actually, rasa ni akan hadir sekali jer. Masa tu sangat sesuai untuk 'penghijrahan'. So, dia terus tutup aurat and sejak dari tu, hati dia rasa tenang sangat-sangat. Syukur sangat kata Kila sebab kebetulan 'rasa' tu hadir masa Maal Hijrah.

I'm happy for her and terus ambik pen and catat something untuk azam tahun baru dalam diary. Kepada Ira, diary jugak adalah tempat menulis azam dan cita-cita selain wasiat kalau terasa nak mati dan jugak senarai hutang-piutang. Haha. Ko ada?

Salah satu dari azam I untuk tahun depan ialah untuk menjadi manusia yang lebih sabar dan pemaaf. Tak mao dendam-dendam dan nak buang sikap yang selalu berprasangka, busuk hati, dengki, cemburu dan segala sifat-sifat mazmumah. Mampu ke I? Time will tell but we have to work hard. Hmmp hmmp!
Sikap nak balas dendam ni hadir sejak dari zaman sekolah-sekolah lagi. Dulu-dulu zaman sekolah rendah, bila kasut kiter dah putih bersih, ada kawan pijak. Aku memang ligan balik sampai dapat. Takda der nak redha jer. Musti nak balas balik pijak kasut dia kalau tak hati tak tenang. Haha.

Bila dah besar, lain la pulak situasi dia. Selalu jer berlaku dalam kehidupan seharian. Contoh paling mudah, kalau ada orang sakitkan hati kiter by words, sebolehnya kiter nak balas balik untuk bagi dia sakit hati jugak. Kan? Lekas mengaku. **Biasa la, kalau dah busuk nak suruh orang lain pun busuk jugak T_____T

Sebenarnya, pucuk pangkal kepada semua sifat-sifat yang baik ialah sabar. Kalau kiter sabar, setan pon malas nak hasut suruh marah balik atau maki-maki. Sebab serius, hati tak tenang woh kalau ada dendam kesumat musibat dalam hati.

Jom kiter mulakan dengan memaafkan semua orang yang kiter pernah rasa sakit hati dan dendam sebelum tidur ni. InsyaAllah hati tenang.... *Effect daun-daun berguguran seperti pasir ditepi pantai.

Tapi kalau harini mandi sekali jer, lepas shopping tengok wayang dengan Nayang, lepas tu lipat kain setinggi gunung everest dengan muka berminyak boleh goreng ayam rendam pon tak ok jugak kot untuk mendapat tidur yang tenang.

Okbye.

-EnD-

5 comments:

:: Mrs.Sufian :: said...

hi..
just a silent reader only...hihi :):)
nice blog..
mohon nk share boleh?

tq awk.

fiezachommel said...

Saya pun nak azam macam tu jugak...supaya jadi orang yang lebih sabar.
Sala kenal...

Chooyaya! said...

mrs sufian : my pleasure. hnss hnss (OO)<-lobang idong kembang

Chooyaya! said...

fiezachommel : Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....!!

:: Mrs.Sufian :: said...

thanks!
juz share di fesbuk.. tq ye. :):)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...