Monday, March 5, 2012

Wedding Rina & Chique

Assalamualaikum.


Sabtu yang lepas lepas (ada eh term Sabtu yang lepas lepas?) I attend wedding Rina. Rina Salleh yang cantik, baik budi bahasanya sesuai dengan ikon Gadis Melayu T__________T terus rasa rendah diri ya amat bila berada disamping Rina sebab dia sangat tinggi budi pekertinya. Tsssk Tsssk. Dia tinggi budi pekerti, I tinggi tahap kolestrol. Mana la nak sama kan?


Eh. Tadi citer pasal apa eh? Ooo pasal attend wedding Rina. Dia kawen dengan Afiq. I tak biasa panggil Afiq, I panggil Chique. Majlis Rina dengan Chique berlangsung dekat Taman Cahaya Bukit Cerakah. Memang adventure habes. Sebab masa kitorang sampai, hujan memang lebat giler.


Kena naik trem (ker train eh?) sampai dekat tempat wedding tu. I pon terus feeling-feeling macam dalam filem hindustan sambil kibas-kibas rambut kena percik dengan air hujan. Yang paling hebat Saz la. I ingat I dah berangan habes, rupanya tak. Dia paling menang rupanya. Dia buat konsert rock terus. Sambil head banging. Tak menahan (^_^)


Tema wedding Rina macam dalam taman. Ke tak eh? I tak sure. But simple and sweet sangat. Nanti kalau I kawen lagi sekali, I ingat nak buat macam ni jugak la tema dia. Eh. Tak. Haha. Ada niat tu kan nak kawen lagi sekali. Amboi.


Ramai sangat wanita-wanita bertudung yang cantik jelita datang wedding Rina. Tetiba I rasa macam dalam pengambaran untuk iklan dalam katelog. Dalam ramai-ramai tu, I kenal sorang jer. Nadia Bayu. I kenal dia since kami sama-sama takder blog pon lagi :)




Cantik kan Nadia? Dia ni kan.. Suka sangat kata dia gemok gemok gemok. Celah mana yang gemok pon taktau la... Bila amek gambar sebelah Nadia, otomatik idung I menjadik kesian sangat. Penyet dan peset. Hidung jawa dot com memang jarang nak mancung.


Hamek kau? Terus terserlah kegemokan bila amek gambar sebelah Rina. Dah tak boleh nak buat apa dah. Pose over cekak pinggang pon tetap nampak gemok. Dah takder pilihan, kena letak gambar ni jugak pasal this is the only gambar yang ada dengan pengantin. Padan muka engkau la kan? Ni la half of rombongan Cik Kiah ke wedding Rina and Chique. Rish + Fruz, Hani + Kid, I + Saz, Acap. Aliah + Khatiq, Aizu + Sue, Kila + Azri Busin (Terus tulis nama FB) Haha.


Untuk Rina and Chique, Maksu doakan semoga berbahagia ke akhir hayat. Dan produce baby yang comel-comel tau? InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat la kiter berbesan. So far, dalam WakDan, takder lagi baby girl. Jom la kiter lumba sapa yang dapat baby girl dulu. Biar menjadik rebutan Ucop dan Farrel.


Sekian laporan untuk hari ini.


Penulis tengah eksaited nak tengok Cuci The Musical Last Kopek malam ni ha. Kepada sesiapa yang pergi tengok show ni malam ni, jumpa anda disana. Dengan ucapan, beware of dog. Dont drink and drive.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...