Pregnancy dah masuk 4 bulan. Perut tak la besar sangat. Kata Sazli, nampak macam lelemak jer. Kwahaja betol. Kecit ati ibu mengandun taw? Berat turun mendadak semasa 2 bulan pertama dan sekarang sudah kembali ke berat asal. Berapa berat I? Wah. Mestilah rahsia kan? Huahuahua.
Tadi I pergi check up yang ketiga. Papa baby dah tears bila tengok baby boxing dalam perut I. Dah ada kepala, kaki, tangan semua. Aaaaaa... Nanges la macam ni... Tak sangka dalam perut dah ada orang. Kemain berboxing bagai patut la mama mabok teruk taw? Tapi for U sayang, mama sanggup je... Buat la apa yang awak nak buat pada mama. Mama redha jer.
Orang kata, mabok time first trimester jer. Masuk 4 bulan dah ok sikit. Which is, yup. I dah rasa strong sikit. Tapi memang kalah giler dengan makanan yang berangin. Aritu makan popia basah. Sekian, 4 jam merana serba tak kena. Duduk salah, berdiri salah, baring salah. Pendek kata serba tak kena. Pastu Sazli tanya dalam popia tu ada apa, I kata ada sengkuang. Dia google and found out that sengkuang tu angin. Kalo tak tahan memang angin.
Dah dekat tengah malam, bila sendawa tak lepas-lepas, I muntah sebesen. Haaaa engkau! Baru la lega. Lepas tu terus menggelupur carik makanan. Terus lapar. Angin tu dah stuck dalam perut sampai blok selera makan. Selepas kejadian tersebut, encik sengkuang, kiter bercerai talak satu. Good bye! Jangan carik I lagi.
Ok. Berbalik kepada tajuk dan gambar diatas. Itu ialah Kundang nama dia. Kredit to tuan punya gambar. I kidnap dekat google. Tu la tu. Tingin sangat nak kundang. Mana la nak carik. Nak kundang cicah dengan kicap manis. Arrrghhhhhh kijam awak kundang. Tamao kawan la macam ni. Susah sangat nak dapat.
Kepada sesiapa yang bersimpati boleh email I dan bagitau ada kundang dalam peti ais dekat rumah lantas meminta alamat I sebab nak pos kundang. Segera tau?
Okbye
-eNd-
8 comments:
ala...siannye....bukan musim kot psl tu ssh nk jmpa...
Su,
I yang tak mengandung pun teringin giler nak makan kundang ni...memang payah nak carik...tapi kan...i ada lagi satu fav fruit yang tengah musim ni...buah ceri...sedap you....
As Salam. Cho cari@ pasar tani.. mesti ada.. Org Kedah panggil buah rembia. masam2
kak lps ni sure akan rsa plak mcm kena gastrik, klu akak kna mcm tu kn akak sedia btol yg blh isi air pnas then tuam dkt ulu ati tu, tdo mengiring sebelah kanan selesa n klu tekena lg mkn makanan yg berangin mmg muntah ja la jalan dia tu kak. pasni sure selera makan meningkat betingkat-tingkat kak ^_^
alaa siannya sue... try tgk kt pasar tani kt area tmn melawati tu mana tau kot ada ker..
cuba cari kat pasar chow kit..selalu ada ajer...cubalah..
Tahniah sis..nak jadi mama dah ;)
Salam, memang tensen kalo peknen ni. Tapi dua tiga bulan aje kan. Pas 2 semua sedap aje dimakan. Kalo x silap akak kdg2 (kdg2 la ya) di pasar pagi SS 2 Petalin Jaya ada jual buah ni. Tapi nak kena selalu jengok2 la. Kalo ada sape2 or kawan2 kerja area-area situ boleh la tolong tengokkan. Nasib baik nak buah kundang ya, kalo daging kijang ke payah tu. Harap2 dapat la merasa buah kundang ya. Kak Rin.
Post a Comment