Monday, August 27, 2012

Europe Tour - Day 1

Nin dia nin dia.... Hantu rajin dah mai... 

Lepas ni, hamek la korang... Mulai hari ni sampai la 15 hari yang berikutnya, anda akan disajikan dengan gambar-gambar dan cerita masa Europe Tour I pada April lepas. Nak sangat kan suruh aku update gambar/blog. Bajet nak tengok la gambar makanan dengan pempuan vain yang gemok sedang mengandun, jangan harap! Huahuahua...!!

Walaupun dah lepas 4 bulan, tapi kadang-kadang bila tengok gambar balik masa dekat sana, terasa rindu jugak. Macam nak jer pergi sana lagi, WALAUPUN selepas 2 hari dah menggelupur nak makan nasik + sambal air mata + kicap, WALAUPUN masa dekat Malaysia suka makan Western Food and Japanese Food, tapi bila ada dekat Europe, menggelupur nak makan nasik, baru la tau.. Oooo rupanya diri ini memang bertekak melayu asli. Terus muhasabah. Saya Cinta Malaysia! **Tetiba.

I pergi sana dengan Sazli, Mak and Bapak. Ikut travel agency. 10 hari dekat France and Itali. Lagi 5 hari kitorang meneruskan perjalanan ke Spain. The rest balik KL dah. Semua provided (flight ticket, hotel, makan 3 kali sehari).

Senang ikut travel agency ni... Tak payah fikir apa, ikut je semua... Lagi la kalau first time visit + takder kawan dekat sana and each tempat yang kiter visit ada tourist guy. So, kiter boleh la tau tentang tempat bersejarah tu punya history instead of just visit and ambik gambar, at least dapat tambah pengetahuan. Sekian untuk makluman. Bosan pulak nak menaip bila pasal menda-menda ilmiah ni. Haha.

Kiter layan gambar dulu eh? Tips-tips and lain-lain cerita nanti I kasik tau dekat last-last entry nanti. Gambar pon ala kadar je. Malas nak ambik dari camera. Ni I copy dari FB jer, mobile upload. Ada lagi tu hantu malas hasut sikit-sikit. Haha.


Flight dari KLIA transit ke Dubai dalam 7 jam. Sambung pulak dari Dubai ke Rome, Itali dalam 6 jam. Hamek ko, tak bantat pulak bontot aku? Habes semua cerita Hindustan I tengok. Tengok hindustan sekejap, membuta lebih. Naik Emirates airlines. Makan sedap. Lepas makan, makan. Pastu jaga dari tido, makan lagi... Masa atas flight, lebih banyak malam dari siang. Dari KL pagi, lepas 13 jam, sampai dekat Rome midnite. Terus bengong sekejap. Ni gambar masa dekat Dubai. Muka boleh tahan kepam. Redha.


Kawan Sebilik. Masa ni dekat Dubai jugak. Tak keluar dari airport pun. Tak rasa macam kat Dubai pon, sebab tak pijak tanah. Masa ni I dapat berita yang ada tsunami dekat Thailand. Walaupun bakal naik flight lagi 6 hours, tapi kenapa eh? Rasa sekejap jer... (Mana tak sekejap kalau asyik tido jer, kan?)


Ok! Dah sampai ke Rome! Sejuk nak mamfus. Time ni Spring dekat Europe. Bayangkan eh, Spring pun, suhu dia dah 10 darjah. Beku oi! Pakai baju 2 3 lapis, siap leather jacket tapi still jugak sejuk... Kalau pergi time Winter, memang mati kesejukan kot. Biasa la, orang kampung. Mana penah sejuk-sejuk macam ni. Paling sejuk pon, letak kepala dalam peti ais jer, practice. Haha.


Suasana disekeliling hotel. Cantik kan? Kiter semua stay dekat Radisson Blue Hotel. Hotel dia 3 bintang kot? Best jer, sebab wifi dia free... Time nak berak, memang seksa sangat. Sebab air sejuk. Pastu kan kan, masa kat sana taik idung kering jer.. Best jer korek! Haha. Dalam banyak-banyak, pasal taik idung jugak yang aku nak citer kan?


Tak mandi pon masa turun breakfast. Sapa suruh sejuk sangat. Padan muka.


OMG! Ada sambal belacan woh! Terus amek gambar. Padahal sebelum ni kalau ada sambal belacan, tadek der nak amek gambar bagai. Menu breakfast hari-hari ialah roti, telur, ketchup, timun and salad serba sikit. Sosej ker apa, memang tak makan. Tak halal kan? Time ni nanges dalam hati sebab rindu roti telur cicah sambal sardin.


Dekat luar balconi hotel dengan Bapak. Bising dia I pakai baju sejuk macam ni jer. Takot batuk katanya. Dont take for granted, sebab kita Asian tak biasa dengan cuaca sejuk, takot sakit dada. Turut kelihatan, slipper hotel I bawak turun untuk breakfast. Peduli apa kalo Italian kata I kampong ker. Kiter tourist. Ko bayangkan, mana tak belagak? Biasa dekat Malaysia, kiter sebok serve Mat Salih, dekat sana Mat Salih serve kiter. Takat nak mintak soy sos pon kembang kempis hidung. One thing I notice dekat sini, Italian suka minum juice tomato. Patut la semua kulit santek-santek pon, jarang nampak yang berkerak.


Ok! Dah mandi... Ready untuk meneruskan aktiviti melawat Vatican City (St. Peter's Basilica) yang tempat Edward Cullen hampir kena potong kepara tu, Colosseum and Trevi Fountain. Jumpa dekat next entry..... Wiu wiu wiuuuuu...

Amacam, baru first day dah panjang macam ni kan? Sekarang ada menyesal tak sikit-sikit suruh I update pasal Europe. Haha. Amek ko! Lagi 14 entry menanti. Jangan ngengada nak tengok gambar, scroll scroll jer eh? Kecik ati tuan tanah.

Oooo.. Tadi I kata nak kasik tips kan? Ini tips orang marhaen yang datang visit Europe. Kalau yang dah biasa visit Europe sure gelak je dengan tips I ni. Ah. Pedulik. Nak jugak kasik tips. Kasik can la. Heh!

  • Bawak megi banyak-banyak. Nak pulak kiter ni muslim, payah nak carik makanan halal. Nak makan fish and chips hari-hari pun muak jugak. Sebab 5 hari makan ikan, rasa dah menyampah. Caneh?
  • Water heater yang size kecik tu. Senang nak rendam megi and buat air sebab tab water tak la panas lama and kalau nak mintak dekat hotel, kekadang charge melampau-lampau sangat. Tapi bawak yg kecik sudah la, kang bawak yg besar gabak kena tahan dekat airport, fadan muke.
  • Kalau pergi time Spring, beli la jacket pelbagai jenis. Baju dekat dalam, pakai T-shirt pon takper, sebab tak nampak. Ni 15 hari dok sana, sejenis je jacket, dah nampak macam tak bertukar baju 15 hari (mengata diri sendiri).
  • Bawak la serunding, sambal kering tu semua. Amat berguna. Sebab kalau makan dekat Chinese Restaurant la baru dapat jumpa nasik, tapi lauk dia kadang-kadang rasa dia macam tasteless sangat. At least boleh la membantu selera.
  • Dekat Europe takder Chili Sos tau? Ada ketchup jer... Beli la Sos Chili yang dalam peket tu. Maybe ini berbunyik kampung sangat but well, peduliketahik kan? Dah aku tekak melayu asli, suka makan pedas-pedas, so?
  • Dah ni semua tips pasal makan jer kenapa???? Tips la sangat kan?
Sekian. Lengoh badan nak menyiapkan entry ni. Ada yang lagi 14 hari sambung tahun depan. Okbai.

-eNd-

8 comments:

eda said...

hahahha go kak su go !!
i baca je setiap huruf hokayy !!

Liyana said...

TQ kak sue omel omel...lama siotttt tunggu entry honeymoon kak sue nie...yeayyy!!!

Noorshella Jaapar said...

kak, asal xdpt view pic ni?

Chooyaya! said...

eda : betol??? tak tifu???

Chooyaya! said...

yana : finally! tp ada 14 entry lg. sanggup ker nak membaca? hhehe

Chooyaya! said...

norshella : tp kaksu dapat jer view? alamak. caneh? kena block kot opis shella?

Noorshella Jaapar said...

eh, tp pic akak yg latest tu dpt kak, pic yg dkt europe tu yg xdpt view, alaaaa xde rezeki la nmpk gayanya, tp dpt tgk pic akak yg kiut menandung pun okla ^_^

Chooyaya! said...

ala.... susah2 jer kaksu besengkang mata sakit2 blakang buat entry ni... skali tak dpt view pulak. **keciwa