Helloi....
Malas intro banyak-banyak sebab lagi banyak cakap, lagi merapu.
Harini I nak citer pasal 2nd Day visit to Itali. Maknanya harini la first day berjalan, sebab semalam kan baru sampai? Suhu sejuk... Dalam 14 darjah. Memang nampak sunny, tp sejuk ya amat. Dalam bas gigil-gigil jer... Kesian sangat dengan diri sendiri.. Orang tak pernah pergi tempat sejuk, bila turun bas, terus skipping dan lompat bintang. Serunut and teruja sangat-sangat! Bapak dah pesan, 'hang jangan malukan bapak Su buat macam ni..' Haha.
Mengikut program, harini kiter akan visit 3 tempat iaitu 1)Vatican City - St. Peters's Basilica, 2) Colosseum 3)Trevi Fountain..
Sebelum sampai kesini, I pon ada la google serba sedikit pasal Rome. Orang dekat sini memang ramai alim ulamak. Dorang memang tak setuju sangat kalau ada filem macam Angel & Demons ker, Da Vinci Code ker hatta Twilight sekalipun. Sebab for them, apa yang ada dalam cerita tu especially pasal Pope tu semua, semua tifu la...Ceh! Aku baru nak impressed bila tengok Angel & Demons, rupanya cerita rekaan semata-mata. Senang betul nak kena manipulasi dengan filem.
Orang Itali memang hensem-hensem la. Tingat dekat Ira, kalau Ira join sekali, mesti I cakap macam ni dekat dia, 'Susah la macam ni Ira, yang jual hotdog tepi jalan pon hensem, acaneh?'. Tapi kan, kalo Italian cakap dengan Sazli, dorang cakap terus jer, sebab dorang ingat Sazli local. Cecece. Vangga la tu. Boleh la, rambut kenteng. Ada la gaya Itali sikit-sikit. Tapi Itali yang ulu-ulu sikit la. Yang kerja kat ladang anggur tu. Haha. *Dengki.
Boleh bayangkan tak, macam mana orang dekat sini jaga bangunan bersejarah dorang? Umur juta-juta ribu-ribu tahun tau? Bukan seratus dua ratus tahun. Dah lama. A big modern city ditengah bangunan-bangunan lama and I was like, whoaaaaa impressed giler. Jakun labu siot!! Nak tau pasal sejarah Rome, kalau nak cerita dekat sini memang tak tertulis la.. Lagipun, masa tourist guide membebel dekat depan, kiter sebok nak amek gambar bagai. Google sendiri la kalau nak more information.
Ok. Yang ni dekat depan St. Peter church. Dekat Vatican City. Church besar yang dalam cerita Twilight masa Edward Cullen nak kena potong kepala yang ada serombong asap tu.. Masa ni dah tengah hari sikit, kalau datang awal pagi akan ada father yang bagi preach dekat sini. Kira macam kuliah subuh la. Father dia, humang aih. Badan tinggi tegap. Kenapa entah takmo jadik model Versace. **Tetiba.
View dekat depan church ni. Memang ramai orang.. Most of them is visitor/tourist la. Dalam church ni la semua Pope dikebumikan. Dah beratus malah beribu tahun dah usia kubur-kubur dalam ni. Senibinanya sangat halus. Church ni dibina diantara kurun ke-4 hingga kurun ke-16 masihi dan mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk siap dibina. Dah beribu tahun usia church ni. Subhanallah.... Lamanya... Insaf rasa sekejap sebab boleh bayangkan tak, berapa tua dah usia dunia ni. Church ni dibina oleh Roman Emperor dan dikuasai oleh senibina Ancient Roman.
Pergh. Tetiba rasa macam cikgu sejarah sekejap. Serius I memang impressed.
Ok, kiter sambung sikit pasal church ni, jangan nak buat muka bosan eh? I nak carik orang untuk sama-sama mengkagumi senibina orang jaman dulu-kala (terus bunyik jawa). Sazli memang banyak la amek gambar bangunan kan? Arkitek la kata kan.. Aku sebok amek gambar vain. Haha.
Ok. Pada abad ke 15, church ni macam rosak teruk dan telah di baik pulih semula, diketuai oleh Leon Battista Alberti and Bernardo Rossellino, Gereja ini boleh memuatkan diantara 3,000 ke 4,000 orang dalam satu-satu masa. More info pasal church ni, klik sini. Kang kalau tulis panjang-panjang kang korang menguap pulak. Ok. Sekarang impressed tak dekat I? Jangan nak impressed sangat. Ni la pon baru I carik balik info pasal church ni dekat Wikipedia. Masa kat sana sebok amek gambar. Haha.
Bersama dengan angel baik. Cupid. Inside the St. Peter Church.
Yang ni pulak Swiss Guard. Guard yang menjaga church dekat sini. Guard ni memang wujud sejak kurun ke-15. Lama dah kan? Baju pon masih mengekalkan tradisi lama. Tapi ni Swiss Guard zaman sekarang la. Yang ada masa kurun ke-15 semua dah mati. Kalo idup kang, hantu pulak. Lama sangat idupnya.
Swiss Guard ni la yang masih kekal sehingga sekarang. Berada di Vatican City, dikenali sebagai Papal Swiss Guard. Info pasal Swiss Guard tu pulak, boleh klik dekat sini.
Sazli. **Amboi. Sikit jer caption kalau melibatkan Sazli. Haha.
Ini lori jual makanan ringan dekat sini. Nampak menyelerakan, tp pejam mata jer la...
Next, kiter ke Colosseum. Colosseum ini dibina pada tahun 70 AD (Anno Domini / After David) ((Sebelum BC - Before Christ)). BC ialah waktu sebelum wujudnya Jesus, so AD ni lagi awal dolu-dolu lagi, sebelum zaman Nabi Isa. Ke macam mana eh? Correct me if I'm wrong. Pernah tengok cerita Babylon AD tak? Kiranya bangunan ni dibina masa zaman-zaman tu la. Zaman Spartan. Aku nak explen, aku jugak yang pening. Heh!
Kejap, nak call Bapak to get the correct information. OK, dah dapat. Kata Bapak, there's a lot of argument pasal AD ni, but apa yang dia faham AD ialah 2,000 years before christ (Before Nabi Isa wujud). So sekarang ni 2012. Maknanya bangunan ini dibina 2,000 tahun sebelum wujudnya Nabi Isa, which sekarang tahun 2012, maka Colosseum ini dibina lebih kurang 4,000 tahun dahulu! **Pengsan! Bayangkan la, selepas 2,000 tahun Colosseum ni ada, baru Nabi Isa wujud, and selepas 2,000 tahun, baru la kiter semua sekarang dekat dunia ni ada.. Uwaaaaa... Meremang bulu roma bila fikir.
One more info to share:
Hijrah - 1433 (Zaman Nabi Muhammad)
Yang peliknya, meremang bulu roma selepas 4 bulan balik dari Rome. Masa kat sana, menggetis nak bergambar jer ada. Tak paham.
Colosseum ni ialah amphitheater yang terbesar pernah dibina pada zaman Roman Empayar dan considered as one of the greatest works of Roman architecture and Roman engineering.. Boleh memuatkan dalam 50,000 orang dalam satu-satu masa. Dekat sini la Gladiator berlawan. Yang macam dalam filem 300 tu... Kalau nak citer pasal Gladiator pon maka akan meleret-leret la entry ni dan akan bertambah stress la aku. So, further info pasal Colosseum, sila klik sini.
Luasnya Colosseum ni bak kata orang Melayu, seluas saujana mata memandang. Sama besar kot dengan Stadium Bukit Jalil (Or Bigger). Dekat sini, kalau Gladiator berlawan, memang sampai mati and hero-hero Gladiator ialah tawanan perang atau banduan. Isk, sedih pulak kalau nak fikir. One of hero Gladiator yang disebut sehingga sekarang ialah Spartan.
Depan Arch dekat luar Colosseum. Turut kelihatan didalam gambar ialah tersayang Bapak and Mak. Macam mana boleh ada dekat belakang pon taktau la. Haha. Aku baru nak pose seksi skali dorang ada dekat belakang. Maka terimalah pose angkat ketiak satu!
Next, kiter ker Trevi Fountain. Trevi Fountain ini terletak di Rome, Itali dengan ketinggian 26 meter (85.3 kaki) dan selebar 20 meter (65.6 kaki). Fountain ini terbesar di Rome dan the most popular fountain in the world.
Fountain ini dibina pada tahun 1732 dan siap pada tahun 1751 which is mengambil masa selama 19 tahun untuk disiapkan. Banyak kejadian berlaku disebalik pembinaan Trevi Fountain ni. For more info klik sini.
Dipercayai, lebih 3,000 coin euro dilempar kedalam fountain ini setiap hari. Kalau lempar satu, nak cepat kawen, lempar 2 nak mintak bercerai and kalau lempar tiga, nak kurus. Yang lempar 3 coin tu, I memandai buat cerita. Haha.
Bangunan sekitar Rome. Dekat sini memang banyak bangunan jenis macam ni and ada banyak arch.
Kagum
Ok. Sekarang mari kiter membasahkan tekak di salah satu Coffee House along the street to the Trevi Fountain. Tujuan utama masuk ke sini bukanlah nak apa sangat, Mak sangat suka membuat pelaburan dimana-mana sahaja dan kerana itu, terpaksa la kami lepak chill minum kopi dekat sini untuk tumpang toilet.
Bapak and Saz always enjoy their coffee here in Italy. Dorang suka minum cappuccino and I suka minum hot choc and it cost us around 8 euro satu cup. 4 cup 32 euro sama dengan duit Malaysia RM128.00. Memang mahal matawang euro. Kalau nak berkira setiap kali nak have coffee or nak makan jajan, maka semua orang sila makan kaki sahaja sebab memang mahal.
Kata bapak, 'Pelaburan yang mahal'. Haha. Naseb baik ada bank bergerak. So, tips nak bagi pada sesiapa yang nak visit Europe dan nak eksyen sikit-sikit minum kopi tepi jalan, sila la lebihkan sikit duit selain dari duit belanja.
Sebelum masuk toilet, sempat jugak amek gambar Pizza. Dekat sini memang dorang suka makan pizza. Mana-mana pon anda akan jumpa Pizzeria Restorante. Kiter cuma boleh makan yang vegeterian pizza jer... Sobs T____T Kalau nak kaji apa ingredient dalam doh pizza tu, maka I hampir pasti, anda semua akan hanya mampu makan megi yang dibawa dari Malaysia sahaja.
Nampak sedap kan? Basically memang lain sangat rasa dengan pizza yang ada dekat Malaysia. I found it that yang dekat Malaysia lagi umpphhh and ada rasa. Dekat sini dorang cuma bubuh olive oil and tomato puree jer.. Kiter siap ada cheese 8 jenis bagai. So, bila makan pizza dekat Itali, macam tasteless sikit. Dah la takder cili sos. Heh!
Perghhhhh!!! Meleleh!
Haha, push water? Push the button la! Dekat sini kalau nak greeting orang, mereka akan kata Bounjor. Kalau pempuan dia kata seniorita..!! Lepas tu kalau terima kasih dia kata gracias... Uwaaaaa... How I miss Itali so much! Semalam I tanya Sazli, 'Izzit possible if we can come again to Italy sayang?' Lepas tu dia senyum and jawab 'Sure Bubu...' Yayyyyy!! Bestnya!!!!
Kalau nak beli baju yang I LOVE ITALI and so on, selain dari yang dekat luar Colosseum tu, dekat Trevi Fountain ni banyak yang murah-murah compared to tempat lain. Jangan lupa beli eh untuk buah tangan kepada kawan-kawan tersayang. Gitu!
Lepas balik dari Trevi Fountain, kitorang dinner and back to the Radisson Blue again....
Phewwww!!! Lap peluh aku nak menyiapkan entry ni. Entry paling berilmiah dalam sejarah penubuhan Chooyaya Secret Garden! Sebok la I nak google bagai untuk sama-sama share dengan all viewers pasal Rome da sejarah-sejarah dia...
Sekian, terima kasih. Tunggu esok pulak untuk Europe Trip-Day 3. Anda akan dibawa bersama penulis untuk melawat The Lost City Of Pompeii, A coffee session at Sorento (My fav city - keluar restoran boleh petik limau and makan **nanges) and bermalam di Napoli (Naples)
-eNd-
6 comments:
wahhhh sy kagumm kak sue jadik cikgu sejarah .. and i also impressed terkejut kagum rasa nak pegi rome sekarang jugak setelah baca post kak sue ...
satu je naka tanye , soalan kotor neh , toilet dia ade air tak ??? huhu
toilet dia camner ?? bersih tak ?
acaner acaner ???
ooo.. toilet dia memang bersih sangat. tak pernah lg jumpa toilet hanceng macam petronas dekat malaysia. toilet kt restoran pon mcm hotel lima bintang... air nak basuh mmg takder. ada tissue jer. so, pandai2 la nak handle. always put wet tissue dalam handbag and beli la air mineral buah basuh kencing/berak. kaksu kalo nak berak, paksa berak dekat hotel sebab nanti boleh tarik shower paip untuk cebok. kalau bisnes kecik mmg terpaksa guna air mineral, wet tissue, dry tissue... tp walaupon sedemikian, toilet dia langsung tak hancing... selama kaksu 15 hari kt sana, mmg takder tejumpa toilet kotor, hatta kedai tepi jalan pon toilet dia bersih.
Kak sueeee cantiknya Trevi Fountain tue..rasanya dalam citer apa tah ada shooting kat ctu tak hengat...Julia Roberts berlakon or JLo yg berlakon...huwaaaa!lupa plak! ;)
okay saya setia menanti next entry...yeayyy! =)
ok...da mcm buku sejarah...heeee push water sket...heee
Memang cantik la yana... Nanti pegi honeymoon dekat sana tau? best... romentik sangat.... kaksu dah ada entry day 2.1 tu. haha. mood tengah rajin ni....
naddy : push water tu la yang tak menahan tu.... haha
Post a Comment