Thursday, August 30, 2012

Europe Tour - Day 2.1

Ok. I'm back... (lagi?)

Tengah belek-belek gambar semalam, lufer pulak nak masukkan ada a few gambar yang berharga (chewah) untuk dikongsi bersama. Ni bukan day 3 tau? Masih lagi day 2. Yang semalam I kata lepas visit semua tempat tu, kiter pergi dinner dekat Rome kan? So, ini la dia a few more photo sekitar bandar Rome :)

Kata jer dinner, tapi siang cerah jer nampak kan? Kat sini memang kiter dinner awal sikit sebab malam kan nak charge bateri untuk the next day. So, makan awal, siap awal, balik hotel awal and boleh tido awal.... Cuaca dekat Rome sekarang ni memang sejuk, lagi la kalau hujan.... Tapi jangan risau, tengah-tengah jalan pon, ada jer orang usung stroller, jual payung. Kaler candy. Omel sangat. Sekaki payung harga dia 6 euro (RM24)

And jangan lufer always put your ella ella ellla umbrella sepanjang masa didalam back pack anda supaya tiada peristiwa memori daun pisang di Rome. Sejuk satu hal, kecut satu hal, lambat kering spenda satu hal, nanti terus nampak kurap bila bukak sependa. Acaneh nak honeymoon kan? Heeeeeee :D



Dekat luar restoran. Malam ni kiter makan western. Hari-hari permulaan untuk rindu pada Masakan Malaysia. Sambal air mata and so on memang sangatlah dirindui.... Topi yang I pakai tu, beli dekat Flea Market The Curve harga RM25. Topi yang sama patern, kaler pon sama, dekat area Trevie Fountain ialah 25 euro. Giler bapek mahal! Oooo. Satu yang I perasan, kalau dekat oversea, style amek gambar memang macam tiang kan? Tegak jer macam tengah dengar lagu Negaraku. Haha.


Sazli dekat depan kedai gunting rambut sebelah restoran. Taknak pulak dia masuk sini potong rambut dia kan? Barber dekat sini macam tua-tua jer, pastu siap pakai coat putih dah macam doktor. Kedai pon klasik jer.... Ni kalau dekat Malaysia kira Kedai Gunting Rambut tepi jalan la. Bukan yang stendet salon. Kejap I carik gambar barber tu.


Ok ada! Macam ni la rupa kedai gunting rambut tepi jalan version Rome ;) Classic kan? Dengan pakcik tukang gunting pakai coat putih, pastu dekat depan ada sinki terus.. Kedai pon bersih jer... Salute!


Dekat kaki-kaki jalan, ada jer jual tempat minum and kedai jual postcard, keychain and air mineral macam ni. Bersih! Memang bersih. Susah nak jumpa puntung rokok, tissue hatta air kotak ada dekat jalan macam ni. Jelas nampak, bukan sahaja kerajaan Itali sendiri yang menggalakkan rakyat mereka supaya menjaga kebersihan, tapi sikap penduduk mereka yang jelas nyata sayangkan negara mereka. Jaga macam jaga rumah sungguh! Pembersih sangat-sangat. Suka jer tengok bila semua tempat pon bersih. **Terus bunyik macam wakil rakyat pesan dekat penduduk supaya mengamalkan kebersihan. Haha. Tapi kan best kalau sikap rakyat Malaysia pon macam ni... Seronok tau?


Malam ni kiter makan pizza! Tengok la pizza ni, sayup jer nampak kan? Ni as a starter... Seafood pizza. Kata jer seafood, tapi aku nengok ada la 6 bijik kupang jer atas tu. Buat taik gigi jer... Most of pizza dekat Itali, macam ni jer la topping dia.. Simple. Nak makan dengan chili sos pon takder, tp dorang ada macam chili flakes + olive oil. Sedap jugak... Boleh la rasa sikit pedas-pedas dia. Nak sesuaikan dengan tekak orang Melayu ni ha.


Next, kiter makan main course. Basically, macam ni la rupa ikan yang kitorang makan sepanjang masa dekat sana. Bukan grilled, tp macam nampak rebus jer. Entah-entah, letak delam microwave jer. Kasik masak. Pastu salad, memang I takder jumpa thousand island salad, or tartar sos or any other fancy sos. Salad dia, daun-daun macam tu jer, lepas tu letak garam, olive oil and balsamic vinegar. Kalau nasib baik, ada la black pepper sikit. 3 hari mampu la nak makan macam ni, masuk hari ke 4 menggelupur nak nasik.

Dapat la makan nasik kalau makan dekat Chinese Restaurant. Seronok sangat rasa! Memang rasa lain la dengan dekat Malaysia, tapi at least ada nasik. Gaul dengan telur dadar, taugeh goreng yang berwajah sedih and makan dengan serunding. Tak 2 pinggan pulak makan? Naseb baik Mak ada bawak semua tu. Kalau nak ikut eksyen I dengan Sazli, memang takder la nak bawak serunding bagai sebab dah cakap macam ni 'kiter nak enjoy Italian Food'. Amboih! Sekali.. Amek obat!

Kepada Mak, terima kasih diucapkan diatas keprihatinan Mak. Bak kata Mak, 'Mak boleh lagi makan nasik dengan serunding hari-hari. Sebulan pon takper' Wah Mak. Tabah sangat tu!


Kiter sudahi entry dengan satu gambar minum kopi tepi jalan dengan muka kepam... Sekian, terima kasih. Kalau korang boleh nampak, hot choc dekat sini memang pekat lain macam la... Pekat dah macam sos chocolate jer. Tapi sedap. Time ni memang rindu sangat nak mimum teh tarik.. Jangan carik pasal mintah teh tarik dekat sini, aku tampar kang.

Sekian untuk kali ni, kejap-kejap lagi, petang karang or malam karang nanti, I update journey day 3 ok? Stay tune. Jangan pergi mana-mana. Sesambil tu, kalau ada yang teringin nak pergi Rome, boleh kumpul duit dari sekarang... 

Oh. Ada yang tanya pasal toilet dekat sana, kejap eh.. I copy paste jawapan yang I bagi pada Cik Eda. 

Soalan Cik Eda
... wahhhh sy kagumm kak sue jadik cikgu sejarah .. and i also impressed terkejut kagum rasa nak pegi rome sekarang jugak setelah baca post kak sue ... satu je naka tanye , soalan kotor neh , toilet dia ade air tak ??? huhu . Toilet dia camner ?? bersih tak ? acaner acaner ???

I jawab,
ooo.. toilet dia memang bersih sangat. tak pernah lg jumpa toilet hanceng macam sesetengah toilet dekat Malaysia ni. Toilet kt restoran kat sini pon mcm hotel lima bintang... air nak basuh mmg takder. ada tissue jer. so, pandai2 la nak handle. always put wet tissue dalam handbag and beli la air mineral buah basuh kencing/berak. kaksu kalo nak berak, paksa berak dekat hotel sebab nanti boleh tarik shower paip untuk cebok. kalau bisnes kecik mmg terpaksa guna air mineral, wet tissue, dry tissue... tp walaupon sedemikian, toilet dia langsung tak hancing... selama kaksu 15 hari kt sana, mmg takder tejumpa toilet kotor, hatta kedai tepi jalan pon toilet dia bersih.

P/s: Kemain kan jawapan kalau tanya pasal berak/kencing. Soalan 3 baris, jawapan 8 baris. Haha.

-eNd-

6 comments:

Naddy said...

wow...best...muka akak pn da mcm org eropahhhhh laaa.... =)

Chooyaya! said...

Haha. Ko jangan nak bagi kaksu perasan....... segala mala dah kembang ni. hahahahaha.

eda said...

wowwwweee .. TQ kaksu jwpn letak kat entry gtu ..
vanggga i ... kembang kembang idong nehhh !!!

Chooyaya! said...

eda : cecece, jangan nak kasik kaksu bangga bajet artis sangat eh? apa sangat la blog kaksu ni... hehe

eda said...

hahahhaha alahai kak su .. blogger lagi glemer dr retis okay di alam maya ini .. ha bukankah begitu hehehe ...

Chooyaya! said...

eda : sudah sudah sudah! kau bikin kaksu semakin kembang dah ni!