Thursday, September 13, 2012

Bersiaran langsung dari Gleneagles Ampang

Salam...

I sekarang berada di Gleneagles Ampang sebab menunggu waktu untuk bersalin. Doakan semuanya selamat eh? Tak sangka, macam baru je lepas fasa mabok, tetiba harini dah nak bersalin. Mengandun bulan 4, tetiba harini dah nak bersalin... Nampak beno nipunya.... Hehe. Acah mak enon... Bukan I nak besalin lagi la... Si Sazli ni, tak sihat. Dari last week dia ngadu pening kepala, mata nak terkeluar time tunduk, loya, mabok semua ada.

Klimaks pagi semalam la. Kebetulan I nak pergi pregnancy check up, Si Sazli plak sampai tak boleh nak bangun. Muntah melepek tepi toilet bowl ngalahkan I yg mabok dulu. Jalan pon da tak betul. Over tau? Pastu I kata, jom la jumpa doktor pakar. Kot ada apapa ke, risau jugak. Masa nak pergi ke kereta, Sazli da bejalan macam orang dalam pantang. Geram sangat rasa. Macam nak jotos je kepala dia.. Suruh kuat sikit. Bukan tak kesian, tapi I tau yang Sazli ni memang manja lebih. Mana boleh sakit sikit.

Masa memula tu, dia suruh I panggil ambulance.. Nak gelak pon ada. Tapi tahan jer la.. Orang tengah tak sihat ni sensitip sikit, buatnya dia nanges time tu saper nak pujuk? I da pesan, 'U jangan pengsan plak, I tak larat nak angkat'. Masa bawak kereta pon slow jer. Pening kepala katanya. Iyerlah. Selamat jugak sampai ke emergency. Mintak nurse ambik wilcha pastu terus masuk emergency room. I setelkan registration dia and I pergi check up dengan doktor I.

Dalam rasa macam superwoman tu, menitis jugak airmata ni. Dengan bawak perut, suami plak tak sihat... sedihnya.. Sazli tanak bgtau mak dengan bapak lagi. Tanak bagi dorang risau sebab Bapak ada golf pagi ni, Mak pulak ada buat makan-makan ngan kawan ngaji dia. Tak mo bagi dorang kalut.

Dah setel semua, dah dapat bilik baru la petang tu kitorang bagitau dorang. I balik umah packing barang nak tido dekat hospital malam tadi. Semua menda angkut gaya macam dah tanak balik umah gayanya. Btw. Ni first time I buat entry guna s3. Gambar boleh masukkan tapi tak tau macam mana nak masukkan caption. Giler selenga diri ini. Pagi tadi Sazli dah buat mri scan. Result tgh hari karang. Mintak-mintak la takde apapa yang serius... amin...

Sama-sama doakan yer?

Ni pemandangan dari dalam Klinik Doktor Ravi Chandran. Ni la Doktor yang monitor I dari mula-mula mabok sampai la bersalin nanti. Mati la. Doktor ensem sangat ni. Bapak dia orang putih kot? Baik sangat doktor ni, soft spoken....  Gambar ni I edit guna instagram. Sian kan? orang tengah mabok instagram. Semua pon nak amek gambar hatta kerusi sekalipun. Haha.
Budak manja ni. Time ni dalam emergency room. Lepas drip sebetol mintak nak balik sebab dah rasa sihat sikit. Padahal sebelum tu dia yang beria-ria nak masuk ward. I suka jer dia duduk hospistal lama-lama, tak payah isap rokok dah. Elok jer pulak dah sehari suntuk tak isap rokok. Masa sikat rambut dia pagi tadi macam ala-ala cerita Bawang Merah Bawang Putih , I cakap dengan dia, 'Nanti U berenti hisap rokok eh?' Nak tau dia jawab apa? 'Alright!' Dengan gembira tau? Macam tak kisah jer... Memang tak boleh percaya. Pui!
Tiada kena mengena dengan tajuk. Ni I lepak dengan Intan dekat Coffee Bean  Ampang Point lepas pergi open houre rumah Elly Sabtu lepas. Giler bapak open house rumah orang kaya, macam kenduri kawen. Intan pulak buat perangai nak ambik gambar dalam rumah Elly yang cantik tu. Malu kat orang jer. Time ni Sazli tak ikut pasal badan dia dah start off, tak sangka harini terus bersiaran dari hospital. Anyway, klik sini untuk baca pasal open house dekat rumah dia haritu.
Masa I sampai jer semalam, Sazli mintak bawak minum dekat bawah. So, kiter berdua lepak berdating dekat Starbucks. Sazli ni kan, satu perangai omel dia, kalau dekat hospistal, marsyal ker, nurse ker, semua dia panggil doktor. Sabar jer la. I tanya dia, kenapa panggil semua orang kerja hospistal doktor, kata dia sebab sajer nak bagi dorang syok. **Tepuk dahi.


Sampai bila Sazli dekat sini taktau la. Budak ni dah merengek-rengek nak balik. Tak sabar nak balik umah katanya sebab hospistal tadek siaran Astro full. Ni I tengah tunggu doktor ni, dapat jer result karang, dia kata nak balik terus. Nak tidur atas katil dia sendiri.

Jangan sampai umah nanti terus terkam rokok dah. Dengan perut boyot macam ni, rasa boleh lagi ni nak flying kick. Tapi kalo flying kick dah jatuh derhaka. Acaneh?

-EnD-

14 comments:

NenetPenne (NP) said...

errrr yang mengandung tu u..yang sakit lebih ur hubby.. kelakar...

apapun semoga tak ada apa2... doakan yang baik2 sajer...

tini said...

sue ajar ktini camne nk update blog guna hp? byk kali try tapi tak blh, kira ktini lai selenge dr sue laa kan.. takblh hp ktini nnti ktini guna hp fnd, sbb sama brand dgn sue..

tini said...

eh lupa.. get well soon sazli. sue takpe g checkup sensorg, berdikari dan tabah namanya tuh. ktini pernah tinggal dgn aiman kt osaka, fnd keja kt oita. hr jmaat mlm baru fnd balik pastu hr ahad dgn tabah hati babai2 laki semula.. sila google jarak osaka dgn oita(dpt perangai sue ler nie :p)

Chooyaya! said...

Nenet : Ha a... I dah ahbes fasa mabok. Si Sazli pulak dah macam oang mabok sekarang ni. Kesian memang kesian, tp kelakar pon ada...

Chooyaya! said...

Kak tini : bukak jer macam biasa, view web version, pastu nanti dia akan tanya, nak update tak untuk s3 blog macam tu, pastu download jer la... tp tak best la kak tini, tak pandai nak bubuh caption. pastu pulak tak boleh nak set alignment tepi tu kasik sama-sama.

kaktini, jauhnya oita dengan osaka... beratus kilometer... kira kak tini double teror la eh? su ni kira teror2 ayam jer la? ok ok.

Anna Dayana said...

kak su,sepatutnya msk pix kita berdua kan.. kn kita sama2 pakai bj oren n kuning ang ang..

Anna Dayana said...

kak su,sepatutnya msk pix kita berdua kan.. kn kita sama2 pakai bj oren n kuning ang ang..

Anna Dayana said...

kak su,sepatutnya msk pix kita berdua kan.. kn kita sama2 pakai bj oren n kuning ang ang..

eda said...

kasu : ha betulll .. baru nak habaq .. tak puas baca blog kasu ... tulis dia tak abes ... alignment larik dh huhuh .. tak puassss .. tak puasss tak puasssss !!!hehehehe..
eh semoga semuanye sihat2 cepat hehe

Chooyaya! said...

Oooo ok. Nanti Kaksu masukkan... berzanzi...

Chooyaya! said...

Eda. Ni kan Kaksu da baiki alignment ni ha...nak puas kena guna pc jgk..

Chooyaya! said...

Eda. Ni kan Kaksu da baiki alignment ni ha...nak puas kena guna pc jgk..

Chooyaya! said...

Oooo ok. Nanti Kaksu masukkan... berzanzi...

eda said...

huhuu tggu kasu guna pc la huhu .. kasu nye comment byk duplicate hehehe ... kasu kasu ( baca dlm nada memanggil) , kasu sihat dok ?? kasu kuat khennnn .. kasu jaga diri ye .. hehe e..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...