Sunday, September 30, 2012

Pelam Mak Yang Enak Dan Lazat

Assala,mualaikum....

Jom jom. Kiter layan gambar-gambar yang I ambik masa dekat kampung semalam. Masuk jer rumah, Mak dah cakap, 'Dah tengok buah pelam mak? Banyak sangat.... Seronok. Hari-hari Mak tengok'. Ok Mak. Nanti la. Tunggu makan dulu. Ni dah lapar sangat ni. Petang-petang karang kiter tengok eh? Buah pelam jer pun, bukan buah sushi. Haha. Boleh jer buah sushi. Pang!

Dengan perut yang makin lama makin membesar ni, nak bergerak pon dah malas. Kalau boleh, sampai jer dekat kampung nak berkemah depan tv ni. Ambik tilam bentang depan tv. Pastu makan minum semua dekat depan tv. Kata Mak, dah mengalahkan orang dalam pantang. Punya la pemalas nak bergerak tahap mengkarung oren! Otomatik la jadik pemalas kalau kat kampung, tatau la kenapa. Nak apa, main order jer. Mak nak tu, mak nak ni. Amboi. Kemain.

So, menjelang petang, demi tidak menghampakan Mak, kiter semua berkumpul bawah pokok pelam yang Mak letak kerusi simen tu sambil ambik gambar pelam dia, feeling-feeling macam ambik gambar epal la kononnya. Kasik semangat sikit. Hmmp hmpppp!!


Nampak sedap jer....Ni kalau dapat buat colek/cicah ni. Perrrrghhhhh!!!! Memang layan habes.... I terus snap and letak dalam Instagram lantas secara tak sengaja dah buat Rina Saleh terliur. I memahami perasaan dia sebab satu masa dulu, I juga penah meroyan teringin nak makan buah kundang T____T. Kesian dia tau, punya la teringin, sampai dia makan timun jer feeling-feeling makan pelam. Tak sedih ko dengar kalau dah sampai macam tu? Baiklah. Seplastik pelam untuk Rina bakal diterima esok. Husband dia datang collect dekat office Saz esok. Sabar sikit jer yer Rina. Esok makan puas-puas... *hugs

Bergayut-gayut buah pelam Mak. Subur sangat-sangat. Mak kata dia tak suka makan, tapi suka tengok jer. Tiap-tiap petang layan tengok pelam ni jer. Sian Mak.. Semua orang suka makan pelam, dia pulak suka tengok pelam. Haha.

Tengah lepak layan borak dengan Mak, skali datang kakak ni. Dia bisu. Sudah. Mati la. Apa nak borak ni. Dah la dia peramah kemain. Maka bercakap la macam ayam dan itik. Cakap pasal mengandung la. Kalau citer mabok, I buat-buat muntah. Pastu kakak ni pun kata dia mabok teruk jugak, siap act muntah lagi over dari I tau? Pastu dia suruh ambik gambar dia, I angkat jer handphone, terus posing. Hamboi! Kata Mak, kakak ni memang macam ni, kalau kenduri kat area sini, dia la paling sebok posing. Kemain tau?

Buah hati I. Mak. Kekadang kalau dia buat keras kepala dia tu, geraaammmmnya.... Tapi biasa la kan? Orang tua. Kena pandai handle. Sebab bila dah masuk usia emas ni, sensitip dia mengalahkan 'abang 'yang tengah mengandung ni ha. 


Ni lauk Mak masak semalam. Ayam masak kicap dengan suhun. Kegemaran sedunia.  Ikan pelaling goreng garing yang boleh makan semua kecuali tulang tengah dia. Tapi kalau tetiba bengap sebab makan kepala ikan, jangan carik I. Sayur kobes+kacang botor, ulam timun and sambal tempoyak bebeh! Memang zedaaaappppp!!

Tadi pulak, mak masak sambal udang dengan sardin sambal air mata. Lately ni, rasa macam sukaaaa giler makan sardin. Macam layan jer. Tapi nak sardin yang cap ayam tu jer. Kalau cap lain macam hanyir sikit kot? Nak masak dia pon, kena ada cara. Dah. Tetiba teringin nak makan sardin masak kicap. Acaneh? Maka dah dekat pukul doblas ni. Takper la. Pendam jer hasrat dalam hati dan berdoa semoga malam ni mimpi dapat makan sardin masak kicap.

Pastu teringin jugak sambal ketuk/gesek. Dah. Jangan nak macam-macal hal la. Dah malam-malam ni, semua menda ko nak kan tekak? Biadap lo!

-eNd-

6 comments:

genuine1224 said...

yg xpeknen punbule meleleh air liur tgk buah mempelam nih

Jan@Afzan said...

sedapnyeeeee..

rina mazlan said...

Haha.. Ala normal la tu dear time pembawakkan budak ni memacam tekak nak makan tak kira waktu apa pun. Kalau boleh tgh tido pun nak makan kan? Kita baru masak sambal udang semalam. Nyummeh!

Chooyaya! said...

genuine : ha a kan? inikan pulak ibu2 mengandung sedunia...

Chooyaya! said...

jan : nak sikit x?

Chooyaya! said...

rina : sedapnya sambal udang.... nak sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...