Wednesday, September 19, 2012

Venice? Errrr.....


Yay! Seperti yang dijanjikan minggu lepas.... Entry Venice yaw-a-aw! Shuker tak semua??? Jom kiter melompat bintang kalau shuker...!! Yay!!!! * Giler getis la. Macam rancangan kanak-kanak pulak.

Errr.... Sakit belakang la. Sebab harini makan macam banyak pulak. Dah makan sushi on tray 4 pinggan pastu tengok nasik Ira tak habes, maka tolong habeskan jugak. Walaupon lauk dah habes, ada kuah je. Pon boleh makan sampai linnnnnchennnnnnnnnn!!!!

Pastu balik opis, lepas penat main amek gambar ala minah Korea dengan Intan yang tengah mabok Instagram (sebok aku instagram, sebok tu la jugak dia nak instagram. Bayar RM7.00 seminggu, pon sanggup sebab henpon dia Samsung yang ala kadar jer. Haha) I makan red velvet sejuk yang Huda bagi last week. Sebenarnya I paksa Huda bagi. Kata kat dia macam ni, 'Huda, ko nak antar kek kat Felda kan? Kalau ada kek lebih, ko bagi aku, aku nak'. Ha. Gitu. Permintaan berbentuk arahan. Orang mengandung mintak, berani nak ingkar la kan?

Kata Intan, 'Kaksu ni tak padan dengan mengandung, pakai tudung, sebok nak Korea bagai. Mengada'. Tapi dalam mengutuk I mengada siap jugak dia edit gambar masuk dalam isntagram. Itu pon upah cabut uban dia. Dah la rambut halus, kena cabut guna duit syiling baru boleh cabut. Pastu bangsa uban dia suka mesyuarat. Setempat jer tumbuh. Kata I, 'Intannn!!! Uban Intan mesyuarat!'. Ha. Macam tu la kalau I dengan Intan, dah macam-macam perkataan baru keluar.

Pernah dengar kentut tanya? Kentut yang jenis tanya. Yang bunyik dia macam ni... 'Errrrmmmm?????' Ha. Tu la kentut tanya. Intan je boleh buat. Kalau I masa mengandung ni, biasa kentot marah. Macam ni. "Bhooot!!!!' Hahahahahahha. Bodoh nih!

Dah ni nak cerita pasal Venice ke tak ni? Merapu je. Dari sakit belakang, ke makan, ke uban mesyuarat lepas tu kentut tanya. Dah bila nak cerita pasal Venice? 

Ok. Esok.

Sakit belakang ni. Tak larat. Okbye!

-EnD-


Gambar saguhati. Ni dekat Venice la ni. Kira aci la eh?

No comments: