Hamboi.
Kemain update pasal kelengkapan baby sampai melupakan janji untuk update pasal Europe Tour yang masih lagi tergantung dan mengikut firasat tuan hamba, entry Europe mungkin akan berlanjutan sehingga lahirnya 'Baby S' nanti....
Mati la. Aku sorang-sorang yang stressed seperti pelajar sekolah menengah yang tidak menyiapkan kerja sekolah adanya jikalau entry Europe ini masih tidak setel-setel.
Dah. Straight to the point, now kiter move on ke Day 8 - Milan Tour baybeh!
Kerana sudah membeli belah dengan besuka-ria dekat Venice, maka Milan Kota Fashion hanya mampu dipandang dengan sebelah mata sahaja... Nutin much to do (shopping basically - melainkan la kalau kaya raya giler vabs nak mems boleh la kan ambik Gucci barang 2 3 beg lagi) Haha <- gelak tak ikhlas.
So, most of our time, kiter lepak-lepak dekat Coffee Shop sambil menghirup cappuccino and hot chocolate yang harga RM25 secawan, sambil mengambil kesempatan on wi-fi free dan memerhatikan Ahli Rombongan lain memegang shopping beg Gucci, Prada and LV sambil bergenang air mata (Tapayah nak bergenang air mata sangat la kalau dah semalam paw bapak handbag Gucci kan? Aku tampar kang!)
Oh. Dekat sini ada banyak merpati. Nanti ada la datang Mamat Niger yang bawak makanan burung paksa-paksa kiter kasik makan burung and kalau kiter taknak dia akan paksa-paksa-paksa jugak. And kalau ambik 10 bijik jer pon makanan burung tu, kiter akan bayar at least for 5 euro. Jahat kan? Kenyang dah kot burung-burung dekat sini? Nanti kalau burung ni semua obes sapa yang nak dipersalahkan?
Cuaca dekat Milan tidak la sejuk macam dekat tempat lain. I manage to buy purse/wallet and some baju cap ayam dekat sini. Tapi kata la kalau cap ayam pon kan? Masih jugak made in Milan. Kebanyakan patern baju cap ayam dekat sini lebih kurang macam dekat Cotton On and Uniglo la. Cap ayam pon cap ayam la kan? Janji Milan... Huh! (Nak jugak tu belagak kan?)
Banyak jugak I dapat beli baju cap ayam dekat Milan ni. Seronok sangat! Tapi tak sempat nak pakai semua. Tu ha, ada dalam almari molek jer bergantungan. Taktau la nanti lepas dapat baby, muat lagi ker tak. Kalau tak muat acaneh? Acaneh? Nanges didalam hati jer la jawabnya T___T
Tak banyak sangat I ambik gambar dekat Milan. Taktau la kenapa eh? Protes sebab tak dapat makan nasik dengan sambal air mata ikan bilis dan kicap atau bagaimanakah? TETAPI dengan kehadiran satu Japanese Restaurant sudah cukup menggembirakan walaupun harga sushi hamboi kemain mahal. Sushi and sashimi bongok macam ni pon kena bayar sampi 35 euro. Kira la sendiri berapa kosnya kalau dalam RM kan? Ni kalau dekat Jaya Jusco ni, orang pandang sebelah mata jer kot? Pui!
Perjalanan dari Milan diteruskan ke Nice, France yang mengambil masa selama 5 jam dengan bus. Tak keras pulak vontot aku kan? Malam tu kiter semua overnight dekat Nice (NH Hotel). Keterujaan bakal disambung ke Day-9 sebab kiter nak visit Cannes baybeh! Tempat filem star berkumpul setiap tahun untuk Cannes Film Festival. Ko giler? Sini tempat Aishwarya Rai amek gambar tau? Dari kurus ke gemut dan kekurus balik.
Nantikan sambungan cerita di Cannes yang entah bila mahu diterbitkan. Haha.
Gudnite! Titew nak peyok Kayang titew. Hari ni dia dapat nama baru untuk titew selepas Bubu Momot, Lembik Macam Katak & Penguin Gemok. Nama tersebut ialah Burung Kakak Tua. Sesuka hati jer nak panggil titew burung kakak tua. Jahat tau! **Geli mat hoi bertitew bagai.
-EnD-
4 comments:
Oi sejuk tak kat Venice itew? Tu yang terus termengandung eh?
sila sambung cepat..hehehe...
Rina Mazlan : Ini bukan Venice la. Venice tu blog Elly. Ini Milan, Itali. Fokus Rina, Fokus! Grrrrr....
Putries Nora : Nanak nanak!!
Post a Comment