Sunday, October 14, 2012

Happy Birthday Bubu Momot Yang Menandung - Part II

Assalamualaikum...

Taip, delete, taip, delete. Tak dapat aku nak kosentret tulis pasal entry kali ni sebab tengah kusyuk tengok Live As We Know It. Lakonan Josh Duhamel & Katherine Heigl ni. Mengisahkan tentang  couple yang asalnya try to di mix match dengan kawan baik mereka tetapi gagal, yang akhirnya kawan mereka tu meninggal and  left their only daughter to them. 

Kret kret kret. 

Yang I gigih sangat nak menceritakan pasal ni kenapa? Ni nak cerita pasal besday diri sendiri ker apa ni? Ok. Baiklah. Back to the topic. Maka, dekat office hari Jumaat ialah birthday I kan kan? So, masuk jer pintu office, dah nampak Dyba and Intan chit-chat dekat meja. Untuk mengelakkan rasa malu, maka sebelum orang wish, I cakap awal-awal. Happy Birthday! Haha. Tak sempat dorang wish.

Pastu Suhada datang sengih-sengih dari jauh pon, I dah wish awal. Ros call, angkat jer phone terus I cakap, 'Happy Birthday!' Haha. Pandai kan I cover malu kan? Memang cenggitu la I. Rasa macam malu-malu ayam kalau orang wish. Habes semua orang lalu aku cakap Happy Birthday termasuk Bung (Pakcik Indon peghantar suratkabar) pun I wish. Dia pon tersengih-sengih malu jer.... Haha. Dah macam senteng. Bodoh ni! Haha.

Tak kira lagi kalau each time Saz call, mesti I akan cakap, 'Happy Birthday Bubu!' Haha. Bongok sangat rasa. But well, that's me (Ni yang bunyik poyo sangat ni kenapa?). Perangai ni tak ubah-ubah semenjak dari dulu and semakin menjadik-jadik bila dah kenal Sazli sebab dia la yang paling merajin layan I. Tingat lagi pagi semalam (Sabtu) Sazli bangun, dia kata, 'Dah abesh da Bubu, Beshday Bubu... Dah abesh dah...' Gitu. Sendiri yang cakap, lagi nak tuduh suami. Haha. Blog aku. Suka ati aku la nak tuduh Sazli kan? Haha.

Jumaat kan lunch time lama. Intan dah bagitau awal-awal, harini dia dengan Dyba nak book I. Nak belanja makan katanya. Dekat Sushi King. Baiklah. Seriously I feel honored. Kawan-kawan appreciate kiter time birthday kiter kan? Tapi Intan ni selenga jer. Asyik jer kira duit. Macam tak cukup duit nak belanja I ker apa. Pastu Intan citer, Dyba kata, 'Kak Intan, nanti kiter tengok jer la Kaksu makan eh? Sebab duit dah tak cukup ni'. Hahaha. Bodo! Buat cerita sedih pulak kan?

Ingat aku nak kesian? Jangan harap! Pastu kata Intan, nanti minggu depan straight dorang kena makan dekat Restoran Ikan Keli yang panas tu sebab duit dah cukup. Boleh tak???? Sabar jer la aku. Hahahaha. Sushi King jer kot? Bukan nak belanja makan dekat Starhill ker menda. 

Maka, gerak la kitorang berempat termasuk Ira ker Sushi King JJ Au Setiawangsa. Masa dah siap order, budak dua orang tu (Dyba and Intan) keluar sebab katanya nak pergi cucuk duit. Lama giler cucuk duit. I tak la saspek dorang nak surprise kan I dengan kek ker apa sebab dah tadi nak belanja makan pon dok kira-kira duhet, takkan nak beli kek pulak kan? 

Sekali....!!!

Dyba dengan Intan datang nyanyi Happy Birthday To You sambil bawak Kek Eskrem Baskin Robbins ni masuk ke dalam. Homaigad, I malu giler sebab orang memang ramai dalam Sushi King, kena pulak nyanyi-nyanyi macam ni. Maluuuuuuu (Tapi suka sebenarnya kan?)

 Strawberry ada 4 pasal kitorang ada 4 orang. Intan mintak dekat orang Baskin Robbins nak 4 strawberry, sebab asalnya dorang bagi 3 jer.  Sabar jer la. Kata I sendiri, strawberry ada 4 tu sorang satu. Kiter akan dapat mengikut size badan maka ternyata la stawberry gemok aku yang punya! Kek eskrem ni tersangatlah sedapnya... Walaupun kecit tapi seperti kecik-kecik cili padi. Apa yang dimerepekkan ni. Tadi eskrem, ni cili padi pulak. 


All of us! Tengkiu sayang's coz prepare this for kakak gemok. Bak kata Intan, 'Kenapa eh each time birthday Kaksu kiter semua sebok nak buat surprise, bagi kek, bagi kad?'. Hamboi! Ada jer argument dia. I jawab, 'Yer la... Kaksu kan kakak, paling tua.... Kena la ada special treatment'


Kad dari Dyba. Colorful sangat. Macam kad kiter bagi pada Mak masa Hari Ibu yang cikgu paksa buat masa sekolah rendah dulu kan? But I like it! Kad buatan tangan macam ni la yang I terpaling hargai. Nampak effort orang nak happy kan kiter kan? Heeeee :D


Ni kad dari Intan. Omel siap ada gambar Ibu mengandung. Yang tak tahan, gambar dia pon nak ada jugak kan? Kecit cinonet rite at the corner. Haha. Taknak kalah! Kata dia sebab nak bagi Kaksu ingat Intan each time Kaksu tengok kad ni. Ok. Baiklah.


Ni pulak adik Fifi bagi. Tadek kad-kad. Sticky note jer. Kaler peberet pulak tu! Sayang sangat... Heeeeee :D

Begitulah akhirnya birthday I untuk siang hari di pejabat. Awwwwww. Pejabat tu! Macam orang kerajaan sangat kan? Instead of office. Malam time with family. Bapak belanja makan. Together dengan Mak and Sazli sekali. Tu later I update. 

Ini budak kecik dah tendang-tendang dalam perut sampai senget-senget perut I. Protes menda pon taktau la. Hadoi!

-EnD-

8 comments:

RIZZNA said...

Happy Birthday Dior. Moga selamat melahirkan nanti.

rina mazlan said...

happy birthday mak buyong yang fabulos!

Chooyaya! said...

Cinta mister : Amin..... Tq :)

Chooyaya! said...

Rina makan : Tq dear. Celah mana yg fabulous pon taktau la. Hehe.

ayu@sri said...

happy belated besday k.su..
wish u all the best..
selamat menjadi ibu..semoga semuanya selamat..amiinnn...

rina mazlan said...

Tengok obses sangat suka makan nama apak kita pun kamu taip MAKAN. Bukan MAKAN dear, tapi MAZLAN. Wakakakka takpe dimaafkan.

Chooyaya! said...

ayu@sri : tenkiuuu ayuuuuuuuuuuu
amin....

Chooyaya! said...

rina mazlan! : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sowie... hahaha.... s3 ni la bengong!