Monday, October 15, 2012

Nasik Ayam Emak, O'Brien, Intan & Mimie. Bergabung. Meletop!

Assalamualaikum....

Ngomong-ngomong kosong ajer eh malam ni? Tanpa specific topic... Sebab macam malas nak update entry pasal Europe yang masih tertangguh dan jugak otak jem pasal entah sapa la malam-malam buta ni pergi bakar belacan. Bau kaw-kaw punya menusuk ke lobang idong serombong kapal jawa ni ha. Naseb baek la I dah ok sikit dengan bau-bauan. Kalau macam masa awal-awal mengandung time tengah mabok dulu, mampos aku muntah sebaldi agaknya kalau bau macam ni.

Hadoi la. Bila ingat pasal mabok masa first trimester dulu, rasa taktau nak cakap macam mana... Aaaaa seksanya... Now dah ok dah. Tapi penyakit baru pulak sampai. Semput. Lagi-lagi kalau naik tangga. Semput semacam ok? And one more thing, secara tak sengaja, I perasan I jalan sekarang ni macam penguin. Haha. Omel giler bejalan macam penguin. Hari semalam Saz ejek I jalan. Gewaaammmmm jer nak jotos kepala dia. Kemain nak ejek orang taw? I buat-buat tak nampak sebab nanti makin dilayan, makin menjadi-jadi dia mengejek. **Urut dada.


Hari Ahad Mak buat nasik ayam and dia ajak lunch dekat sana. Sedapnya Mak masak! Lagi tambah sedap sebab masa datang tinggal makan jer. Haha. Tapi apa yang terhidang ni, tu jer la yang ada. Sazli anak tunggal. Dorang bertiga jer kat rumah. Mak dia memang biasa masak sikit-sikit macam ni. Cukup-cukup untuk makan 2 kali jer. Ni kalau masak portion banyak macam ni kat Jengka belah family I, memang orang keempat cedok nasik, makan daun dengan sambal jer la kot? Takpon makan nasik jer. Dengan kicap T___T

Masa pagi Ahad, I tingin nak makan dekat O'Brien. Bila minum hot choc teringat masa dekat Europe. Pastu kembang tekak sebab tingat masa lepas balik dari Europe la yang I mabok teruk. So, apapa related to Europe I akan kembang tekak. Tengok leather jacket kat dalam blik baju pon I kembang tekak. Mengada sangat diri ini. Kan?


Sabtu malam I pergi Wangsa Walk. Makan dekat Octopus. Dengan Intan. Dia teman dinner. Saz ada bola dekat Setia Alam. Malas nak ikut. Masa sampai dekat sana pon, kedai dah nak tutup. Pastu I buat muka kesian, kening hampir bertemu sambil usap perut. Ayat tak yah buat. Buat muka kesian jer. Sepppp!!! Lepas aku masuk. Hahaha. Tapi tu la. Kiter tengah makan, semua pekerja kat situ tukar baju, kemas-kemas meja. Stress haku!


Intan teman. Tenkiu Intan! I kata pada Intan, 'Cantik Intan!' Lepas snap gambr ni. Pastu Intan kata, 'Kalau cantik kenapa takde orang nak?' Haha. Sedih giler kan? Rasa macam nak buat promosi Intan dekat blog ni. Lai Lai. Sapa mau Intan, sila isi borang. Single and available. I kata pada Intan, 'Perangai jahat takper Intan, sebab tu perbuatan. Boleh berubah kalau nak, tapi hati mau baik....' Sebab dia selalu kata, dia tak perfect. Huh! Nobody's perfect dalam dunia ni Intan. Yang penting partner kiter kena menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Kiter takkan dapat apa yang kiter nak 100%. Macam Abg Saz, taste Kaksu sangat. Sebab dia tinggi. Tapi tu rambut kenteng kembang. Bukan dalam list pon. Tapi nak kata apa? Redha jer la. Janji hati dia baik. *Terus masuk bilik, wish good nite dekat Saz. Skali dia kata, 'Nanti Bubu pok-pok Papa yer?' Aik. Aku ke dia yang mengandung ni? Haha. Melampau taw?


Masa nak balik, I nampak seorang baby yang sangat la omel muka kerek jer. Tengok betol-betol. La.... Ini Fayel !!! Anak Mimi! Kitorang tak pernah jumpa pon tapi selalu in touch dekat FB, Instagram and Blog jer. Lain benar muka dia dari dalam blog. In real life lagi manis orangnya :) Klik sini untuk check out Blog Mimi.


Oh. Ini aktiviti wajib every Sunday. Cuci rambut dekat salon. I pergi dekat Lavina's Ampang Point. Tu yang dalam gambar tu, Moon. My fav shampoo girl. Baik sangat orangnya. Last 2 weeks Moon balik Sabah sebab Mak dia sakit, sekali Makcik tukang urut yang dah tua tolong cucikan rambut I. Sebab masa tu ramai customer. Boleh tak? Makcik tua yang shempukan aku. Sabar jer la. Haha. Oh. Saper yang carik tempat nak threading yang murah and cantik, Lavina's la tempatya.

Dah. Tu jer nak cerita. Konon tadi nak update sikit, sekali panjang berjela. Skarang ni cuaca sejuk jer kan? Sejuk ni... Katil sudah memanggil. Budak demok tu dah lama berdengkor. Best jer tengok dia tidur, selimut sampai ke dagu. Syoookkk jer nampak. Tunggu Papa, Bubu coming!!!!

-EnD-

4 comments:

Anonymous said...

Salam Bubu, memanglah bab2 mabok ni memang tensen. Kalo ikutkan memang x mau beranak lagi bila fikir-fikirkan pasal mabok ni. Tapi tu la dalam x nak x nak akhirnya sampai 4 anak skang.Akak bukan stakat makanan aje meloyakan tekak tapi lagi teruk akak x suka tengok muka hb. Tengok stokin, seluar baju dia yang tergantung pun akak benci tau.Itu belum lagi dia sentuh rasa nak terbang ke ceiling aje. Itu masa awal2 mengandung la. Dah masuk 4 bln baru ok.Bubu, Sazli tu anak tunggal kan, nanti Bubu produce baby ramai2 ya mesti Sazli bertambah sayang. Mak mertua apa lagi,lagilah sayang dapat cucu ramai.Omey omey lagi macam Bubu. Tiap2 tahun ajak g Europe mesti mak mertua kata no hal lah menantu ku sayang.


* Kalau Sazli ajuk2kan cara Bubu berjalan lagi, cakap kat dia ini angkara U tau. He he he.

Mimy Hamid said...

eheheh tak expect nak jumpa ko sue...dahla mengandung lak tu...yeayyy aku dah jumpa sue yang kelakar nak matik ni ...cuma suara ko aku tak leh imagine la sue...aku bayangkan kan lain..eheheh larikkkkkkkk

Chooyaya! said...

Kakak Anon : ha a la akak anon, mmg tak boleh la fikir kalau pasal mabok ni. serik lain macam la. rasanya lagi ok kalau semput. taktau nak kata apa. Kalau dengan sazli naseb baik la tak rasa menyampah ker apa. cuma kalau dia pakai perfume jer, rasa taknak bagi dia datang dekat2. sebab dia tu omel sangat. mengada manja. macam mana la tak gewammm. kalau dia buat muka kesian, dia tak kemas katil pon tak boleh nak marah. walaupun alasam 'lupa nak kemas'. boleh? kalau boleh nak 3 anak, tp taknak mabok. mcm mana ni....? uwaaaaaaaa

Chooyaya! said...

mimy : suara aku kan cukup merdu ni? kenapa? ko rasa macam itik tersepit ker apa? hahahaha