Assalamualaikum...
Bulan doblas is just around the corner and guess what? Apa sajer barang baby yang I dah beli? Almost nothing.... (^_^) Peace yo!
Peace yo waklu! Berdoa berdoa berdoa... Jangan la bersalin awal tujuh bulan ker apa. **Touch wood. Memang mintak dijauhkan la sebab nanti taktau la macam mana huru-hara jadiknya. Nah amek kain batik buat bedung anak engkau. Haha. Tak kelakar.
Sebenarnya almost nothing tu, tadek la almost nothing sangat. Saje je nak membusukkan diri sendirik. Ada la beli sedikit-sedikit but nak kata 50% pon tak sampai lagi. Hadoi! Harap-harap esok ada la masa sikit untuk survey barang-barang baby lepas buat check up. List jer panjang lebar kalau takat buat baca and tengok buat ubat stress baik la tapayah kan?
Kata Saz, dekat office dia ada kedai stroller tiga tingkat. Dia ajak pergi sana. Kedai tu nama apa pon taktau la. Tapi somewhere around PJ/Subang. Eh kejap. Kat mana opis laki aku eh? Haha.
I ada la survey and collect info pasal stroller dari Aliah, Yashie, Syikin Yahya (Dia ni macam Mak Angkat Stroller, semua pasal stroller dia tau), Yatie dan Cik Puan Bunga. And ada la a few tips yang dorang kongsi and I rasa nak kongsi dekat sini dan jugak kalau sesiapa yang baik hati, tolong la berkongsi bersama-sama.
- Pembelian stroller tertakluk kepada budget masing-masing. Tapi bak kata Yatie. Beli yang elok sikit. Biar alah membeli menang memakai sebab nanti boleh la pakai sampai anak 5 6. Amboi. Banyaknya nak anak? Tinggi benar cita-cita nko tu.
- Beli yang tempat duduk dia tu boleh laraskan sampai rata/flat. Sesuai untuk baby yang baru lahir. Sebab biasanya baby kalau tido, dia kena dekat surface yang flat, nanti sakit la belakang dia. So, carefully memilih stroller sebab bukan semua stroller boleh laraskan sampai rata.
- Pilih yang boleh tampung berat baby sampai maximum weight. Let say 18kg? Tapi 18kg ni baby giant ker atau baby gajah eh? Haha. Bukan bukan. Macam ni. Lagi berat stroller tu boleh tampung beban, so lebih tahan la stroller tersebut. Wah. 'tersebut' bagai kan? Macam karangan bahasa melayu. Haha. Tapi kot kalau banyak sangat duhet takper la. Memula beli stroller yang untuk new born, pastu 6 bulan, pastu setahun, pastu dua tahun, pastu 3 tahun, pastu boleh bukak kedai stroller sendiri. Pon best jugak. Yang ni aku paling suka. Beli stroller pakai buang. Macam pampers.
- Biar stroller tu boleh fold seminimum mungkin, senang untuk travel. Nak letak dalam but kereta pon tak makan banyak space and kalau nak travel naik flight pon senang jugak.
- Carik stroller yang boleh mengadap ker depan and kebelakang. Macam mana eh nak explen? Ah. Pandai-pandai la guna imaginasi sendiri.
- Lain-lain tips ada melambak lagi. Google jer. Informasi dihujung jari, dunia tanpa sempadan. Gitu. Yang penting. Biar value for money and kalau ada keperluan and ada duhet lebih sikit, molek sekiranya kalau beli car seat baby. Sebab untuk keselamatan beliau, lagi-lagi kalau rumah pengasuh/taska jauh dari rumah. Takkan nak letak atas peha pulak kan if takde orang nak pegangkan. Dengan kata lain, beli la Travelling set stroller (Depends on budget) :)
So, setelah membuat pemerhatian selama beberapa minggu. Maka, berikut ialah stroller idaman hati mengikut yang paling nak and yang paling taknak berdasarkan nasihat dari penasihat-penasihat peribadi seperti mereka-mereka yang disebutkan tadi.
Quinny Moodd. Ini model Quinny yang terbaru. Roda 3. Paling sesuai guna dekat permukaan yang rata sebab kalau dekat tempat berbatu-batu, susah nak handle jadiknya. Tapi sapa pulak yang suruh bawak stroller masuk ladang kelapa sawit kan? Hehe. Harga? Stroller saje kalau dekat Mamours dalam RM3,600. Ada yang jual dekat mudah dengan harga RM3,000. Car seat kalau nak, boleh attach sekali and harga dalam RM800. Nak yang murah, ada jual online. Search dekat FB Mama Panda Store. Tapi kata Syikin, seat dia macam kecik sikit, kalau baby dah besar mungkin tak berapa selesa. |
Combi Miracle. Harga dalam RM2,200. Tak banyak komen maknanya tak la minat sangat. Haha. |
Ni pilihan terakhir. Kereta sorong macam ni pon ok jugak. Kalau takot kena panas, bawak payung. Nak feminim, letak la reben and renda-renda kaler pelangi bagi meriah sikit. Haha. |
Kalau nak beli stroller, berbanding kedai, of course beli online lagi murah. Kekadang boleh safe sampai 5-6 ratus. Banyak tuuuuu... Tapi pandai-pandai la eh? Elok beli dengan orang yang kiter dah kenal. Macam sorang kawan I ni. Search dekat FB Ctnurbaya Ghazali. Dia pun ada jual banyak barang-barang baby and paling best, dia offer I less lagi RM50.00 kalau let say I dapat harga stroller paling murah dekat mana-mana.
God Bless U Baya. RM50.00 boleh buat makan dekat Sushi King. Heeeee.
And, kalau rajin and nak update pasal stroller-stroller terkini, boleh pergi ke Stroller World. Kat situ pon ada banyak tips untuk membeli stroller. Good luck!!
Errr... Good luck untuk diri sendiri jugak. Okbye!
-EnD-
14 comments:
Selain ciri2 diatas, sila cari stroller tayar kecik yer sue. Nnti takdelaa bonet penuh sangat.. bayangkan kalau time nk travel huhuhu.. stroller yg paling sue x minat tulah stroller budak2 nie hahahah.. stroller&baby seat both combi. Kt jepun dulu yg glamer pun combi dgn apprica kot.. zaman ktini dululaa. Skrg ntah mungkin dh byk pilihan mcm skrg nie... Good luck!!
Selain ciri2 diatas, sila cari stroller tayar kecik yer sue. Nnti takdelaa bonet penuh sangat.. bayangkan kalau time nk travel huhuhu.. stroller yg paling sue x minat tulah stroller budak2 nie hahahah.. stroller&baby seat both combi. Kt jepun dulu yg glamer pun combi dgn apprica kot.. zaman ktini dululaa. Skrg ntah mungkin dh byk pilihan mcm skrg nie... Good luck!!
good info sis, tapi stroller baby je dah boleh beli motor sebijik. GULP !
kalau option akhir sekali boleh diguna pakai, mesti ramai yang pilih.. hahaa
amek graco darling! *suka sgt design tu xtau apa motip *
agak2 bdk xnk masuk dlm sroller..blh letak brg shopping...wakaka
pilihan terakhir tu adalah sangat awesome sebab multipurpose...bila anak dah besar, boleh gunakan untuk mengangkut simen dan mcm2 lagi termasuk ibunya sekali..... ha ha ha..
Kak Tini : Quinny tu memang tayar dia besar la kak tini. Kalo cenggituh kena suruh sazli beli mpv la pulak. hahahaha. su smpi skarang pon tak decide lagi... takper. we'll see...
mrs yana : zaman sekarang semua pon mahal2 eh yana? motor pon boleh beli. mcm ni la. kiter beli stroller yg number last, duit belen beli motor. boleh? hehe
Cik yatie : mmg kalau amik graco, senang nak letak barang mak dari anak. haha. besar tuuuuu bakul dia.....
nenet : mmg plan nak beli yang last skali jer kalau dah fenin2 taktau nak beli yg mana. haha. multipurpose apa?
Quinny tayar besar tapi boleh cabut2. Kat uk 1500 je quinny nih. Plus minus shipping maybe dlm 2000
kalau origami plak berapa eh kat sana?
Aslm,
Saya pun tengah google2 nak cari 2nd stroller. Skarang ni tengah femes babyzen yoyo kan..ringan, tapi hrga pun bleh tahan
Btw saudari beli stroller yg mana ek?
atie lazis : saya akhirnya beli quinny modde. puas hati. selesa shein kalau tido. tp biasanya dkt2 ni mcm area kl bawak la stroller tu. tp kalau travel kiter bawak stroller payung yg beli dkt toy r us tu je.
terdapat pelbagai jenis stroller di pasaran. sebelum beli survey2 dulu dan yg pasti ikut bajet ;)
Post a Comment