Assalamualaikum....
Memang tragedi habes la harini. Semua gara-gara gambar dekat bawah ni la. Nasik ayam kampung minang dekat Kampung Baru ni ha la. Kalau la tau begini nasib malang menimpa, maka molek la kalau makan dekat area opis jer. Panas pon panas la. Ketiak basah pon takper la. Gatal tetep sebab lotion dah cair pon rela dari menempuh cabaran macam tadi.
Tapi kelakar pon ada jugak. Haha. Mesti Intan blame I sebab sebok-sebok nak makan kat Kampung Baru. Bebudak ni la, katanya sampai gaji tak mau makan dekat tempat aircond dah. Mahal. Merana la I sebab memilih tempat makan ikut majoriti tau? Good Bye Shushi King. Kiter terpaksa berpisah buat sementara waktu sebab mendapat tentangan dari orang terdekat.
Matik la aku makan ikan keli setengah bulan kalau ikut idea Intan. Haha. Sebab kedai tu jer murah. Tapi lauk zedapppp wooo. Cuma hazab sebab kalau waktu tengah hari memang panas melentik. Eh. Bukan vontot sahaja melentik, panas jugak mampu melentik taw? Awwwww....
I kata pada Intan, jom la kiter makan dekat Kedai Minang Kampung Baru. Ambik ayam kampung sambal, pastu nasik and air sejuk baru enam ringgit. Jangan order air avokoda (avocado) bagai, hatta air sirap limau sekalipun. Nanti mahal. Maka semuanya bersetuju la.
Gigih dan bertabah la kami merempuh KL yang jem ke Kampung Baru tu. SEKALI ada construction pulak dekat situ and masa nak masuk simpang ke Restoran Minang tu, jalan tutup. So, redha jer la kitorang ikut jalan jauh, gigih jugak nak ke restoran tu. Padahal dari segi logik, kalau ada construction maka akan banyak debu, takkan kedai bukak kan?
Walaupun Kampung Baru jer, tapi macam jauh jer nak pusing. Lepas satu simpang ke satu simpang tak jumpa jugak jalan besar. Dyba dah bising-bising benci dengar lagu omputih dalam kereta Intan, tapi I pujuk Intan, takper. Tak sesat punya sebab Kaksu rasa kiter dalam KL lagi. Haha.
Lepas dah tawaf satu Kampung Baru, sekali kedai tu memang tutup. Uwaaaaaaaa. Ni kalau Yatie tau kedai tu tutup mesti dia suka sebab kedai tu memang kedai favorite dia masa dia tak pindah JB lagi. Dia siap warning, kalau I upload gambar nasik ayam kampung tu dekat Instagram dia nak putus dengan I. Hahaha. Maka, kitorang pon buat satu round and terus la makan dekat Wong Solo.
Tak hangen pulak I sebab dapat makanan bapak la lama. Setengah jam ok? Ni ketiak dah berpeluh ni. Siap I buat-buat merajuk tekup muka dekat meja, dengan cekak pinggang dekat ketiak konon protes. Pastu Ira dengan Intan dah gelak-gelak sebab cover malu dengan perangai tak senonoh ketua rombongan ni. Dah la meja sebelah ada sepasang warga emas yang tengah berborak rancak pasal office politic menggunakan broken English dan berbau belagak adanya. Lagi-lagi Pakcik tu.
'U know what? Datok Ariff dont like me coz I always speak my mind up in the meeting. I said it out loud in front of his face that he don't have a credibility as a leader. No leadership, no integrity and bla bla bla' And Makcik depan nak ambik hati pon cakap macam ni. 'Seriously??? I still cant believe it U can say like that'. Yer la Pakcik. Hebat sangat dah tu.
Pas makan. Terus ke kaunter. Dekat Wong Solo takder tax and service charge so ambik set lunch harga RM10.90. Intan bebel-bebel sebab dah lebih budget. Hahaha. Aku tapaham la bebudak ni. Tadi makan kemain selera. Tak kunyah dah. Telan jer. Dengan panas, pedas semua ada. Service lembap plak tu. Aper la nasib...
Nasib malang tak terhenti disitu yer kawan-kawan. Masuk jer kereta Intan, sekali kereta tak boleh nak start. Uwaaaaaa.... Dah lambat ni ha. Dah pukul 2. Masing-masing boss ada. Panas terik macam ni. Time ni lah ko tak boleh start??? Bateri kong la kitorang saspek. I tanya Intan, bila last tukar bateri? Kata dia. Dari mula beli. Tarikh 27.10.2009 T______T
Dah 3 tahun tak tukar bateri. **Urut tetek dada.
Naseb baik la kitorang parking dekat Hospital Al-Islam Kampung Baru. So, kitorang tumpang la duduk dekat kaunter pendaftaran hospistal tu. Ada aircond. Lega sikit. Masa Pakcik Guard tanya, 'Adik, nak melawat atau jumpa doktor?' I jawab, 'Nak tumpang duduk jer Abang Pakcik, sebab kereta bateri kong. Kiter semua tengah menunggu bantuan. Peramah terus. Hahahahaha. Naseb baik Abang Pakcik tu bagi masuk. **Panggil Abang Pakcik sebab dia sebenarnya Pakcik, tapi nak ambik hati, panggil Abang la jugak.
Dipendekkan cerita, akhirnya kitorang selamat sampai ke office dalam pukul 3 selepas sejam stuck dekat Kampung Baru tercinta. Kereta Intan kena tinggal jer dekat sana sementara waktu sebab tak boleh nak start langsung. Bateri memang kong habes. Kong kong kong kong habes!!!! Masa start, tadek bunyik langsung. Bisu terus. Phewwwww basah ketiak wooooo!!! Naseb baik ada Abang Adam driver datang selamatkan kitorang.
Kata dia, 'Abang ingat Ira sorang jer, tu abang datang'. Hamboi. Kalau tau kitorang berempat maka Abang taknak datang tolong la eh? Berani abang? Intan tu secretary VP tau? Jangan main-main. Ewah. Dah susah macam ni pon ada hati nak belagak lagi kan? Hahahahaha.
Nasik ni punya angkara. I dendam dengan U untuk seminggu. Hetchu!
Masa ni hujan rintik-rintik. Demi kecintaaan pada kereta oren dia tu, Intan sanggup berhujan rintik tau? Tu Pakcik kerja hospistal tu baik jer nak tolong Intan, terus Intan tanya, 'Ayah, ayah ada anak lelaki tak?' Haha. Pastu I kata, 'Intan, positif ok? Mungkin Intan akan jumpa calon suami dekat sini. Entah-entah Pakcik tu ada anak lelaki hensem'. Gitu. Haha. Desperate benar bunyiknya.
-EnD-
11 comments:
Nampak sedap eh nasik tu.. *terus telan air liur*
Salam, suka tengok gambo intan ngan pak cik domok tu. Terserlah ketensenan si intan tu ya Bubu. Muka tensen berposing manjerrr. Ya tu betul kata Bubu ntah2 calon2 suami intan ada kat sepital tu yek. Dr ke, officer kat situ ke jangan pak guard yang sangkut kat dia dah la yer. Tapi kalo pak guard tu ada ladang sawit, getah,kopi berhekta2 why not intan pejam mata aje lah janji duit byk masuk poket intan. He He he jangan marah ya intan. Sayang Bubu Momot.
kak su.gelak besar baca last para kak su."positif ye intan,positif.".
baiklah nk tumpang positif intan ni
Rina mazlan : ko giler tak sedap??? Sedap nak mampos kot? Air avocado pon sedap giler. Perghhhhhh!!
Kakak anon : intan nak yg tinggi. Kurus. Wangi. Yg demok dia tak berapa suka. Ada hati lg nak demand macam macam tu
Haha. Dia target nak kawen tahun depan. Akak. Plz. Kiter kena lakukan sesuatu untuk menolong intan ni. Haha.
Cikgu tudung senget : hahaha. Mmg kalau ada dugaan menimpa. Kiter kena la selalu positip. Mcm intan ni. Cpt no nak down.
kasu ... ckp intan , kita senasib ngan intan muahahha ... tawen tawen tawen ... tanya pakcik tu skali , ade anak lelaki bape org yg solo .. hehehe
ko ni lawak la sue berdekah aku gelak part intan tu...pastu intan posing dalam gambar tu kemain hehehe
Eda : intan kata, kalau Pakcik tu ada anak lelaki pon, dia yang cop dulu. Hehe.
Mimy hamid : hahaha. Intan posing mmg la taknak kalah...
muahahhaa .. kim slm maut kat intan kasu kalau itu niat dia hahahhaha ...
kongsiii lerr ! hahaha
Post a Comment