Wednesday, November 21, 2012

Membeli Durian Crepe Sambil Beramal Kepada Rakyat Palestine. Gaza - We Care!

Assalamualaikum....

Terima kasih pada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang komen pada 2 entry yang lepas. Sangat sayang anda semua yang mengambil berat dan prihatin kepada Miss Stretch Mark ni. Ok. Dah dapat nama baru. Sangat catchy bunyik disitu. Hohoho. Nanti I akan cuba reply satu-satu sebagai tanda penghargaan kepada semua, dimana saja anda berada... Heeeee :D **bajet bajet.

Ok. Sekarang ni seperti mana yang kiter ketahui, seperti menjadik kegilaan orang ramai, Durian Crepe ataupun Pancake Durian. Ini makanan I dah kenal since 2009 lagi. Time tu kalau nak makan kena pergi ke Mid Valley sebab kat situ jer ada Sweet Chat. Tapi masa tu nama menda ni tak popular pon. Ala-ala kampong. Bantal durian. Haha. Nama tak komersial langsung. Bantal pon bantal la. Haha.

Before this kalau ada yang perasan I order dengan Maz. Dalam entry ini. Lepas tu, I paksa Huda masuk kelas Maz and belajar buat Durian Crepe yang lazat dari Maz jugak. Maz ialah seorang hamba Allah yang tidak kedekut ilmu dan redha berkongsi rezeki Allah bersama-sama dengan Huda... Baik sungguh hati Maz..:)

Last week, cambiaso Huda bagi I rasa dulu, boleh jual ker tak.. Lepas makan, I mintak Huda nipiskan lagi crepe dia supaya jangan rasa macam lempeng, carik durian yang paling berkualiti dan gemokkan lagi size Durian Crepe ni. So ini la hasilnya... Gemok-gemok lagi debab Durian Crepe Huda, sampai ada yang ternampak isi sikit. Nak sangat nipis kan? Hamek ko Durian Crepe obes! Eeeee. Debab debab macam nak tampar jer rasa!



Kasik close up sikit. Tengok la tu, debab bukan main Durian Crepe Huda ni. Kulit dia nipissssssssssss sangat macam kulit isi durian tu itself. Cream dia pon tak muak bila makan. Bak kata Nora pada Huda, 'Terima kasih Huda sebab buat Durian Crepe yang sangat sedap.. Sampai rasa nak nanges makan'. Waaaa.... Aku yang terharu. Over tau? Padahal Huda kot yang buat. Haha. Ibu mengandung memang biasa sensitip tak tentu hala macam ni. Oh. Ini gambar I kidnap dalam FB Ida comel. Kata Ida, 'Kaksu ni tau jer semua makanan-makanan sedap. Semua dia penah makan'. Well...... (sambil tepuk dada, jalan berkepak dengan riak). Haha.


Untuk percubaan pertama Huda dengan Durian Crepe ni, I dapat 30 pax order dari kawan-kawan opis. And malam ni, Huda kena buat lagi 40 pax Durian Crepe untuk esok punya order. I bawak balik umah, bagi Sazli sayang bucuk demokku rasa, I tanya sedap ker tak? Pastu  dia tak jawab tapi makan dengan penuh nikmat. Pejam mata sambil geleng-geleng kepala. Kemain impression. Nak yang sensual jer... Haha. Maknanya kalau dah pejam sambil geleng-geleng kepala tu, memang sesuatu yang sedap la kan? Haha.. Aku dah terbayang menda lain. Choi!!!


Ini Intan. Sapa yang tak kenal. Dengan mulut bising dia kata, 'Sampai hati Kaksu, Intan dah cantik-cantik macam ni, kena bawak sekotak kuih yang bau durian  masuk lift tau?' Haha. Dah tu, sapa lagi nak tolong Kaksu angkat kalau bukan Intan kan? Update terkini pasal Intan : Still single and available. Kerana kecewa takder bf sampai sekarang, Intan decide nak further study. Good luck Intan sayamku. Plan nak further study tu dari tahun 2009 dah aku dengar. Tapi gitu jugak pon. Haha.

So, apa tunggu lagi peminat Durian Crepe. Takkan tanak rasa kesedapan beliau? Mana-mana regular customer Huda tau la kan hasil tangan Huda macam mana. Boleh order pada Huda by add her dekat FB. Klik sini. Boleh buat delivery area KL sahaja... Yang mana duduk jauh-jauh tu, jangan la tanya boleh pos ker tidak, aku pulak yang naik minyak nak jawab kat dalam gambar yang I upload tadi. Haha. Memang I tak boleh beniaga. Sebab cepat benar naik hantu. Orang tanya jer, terus nak marah. Hahahaha.

The most important thing is, dengan sebarang pembelian Durian Crepe Huda yang berharga RM10 untuk 4pcs, Huda akan donate RM1 ke Tabung Gaza. Masa Huda cakap tu, terus I nak naik opis cepat-cepat sebab takot drama air mata dekat situ. 

Seriously bila baca, tengok gambar pasal mangsa kekejaman Zionist Israel vavi syaitonnirojim memang I rasa sedih sangat-sangat. Apalah salah, apala la dosa kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa dibunuh kejam macam tu... 

Photo: A 7 months baby yang kena bunuh dengan Israel yang kejam! Kesian baby ni.... :'(

Apa dosa baby sekecik ni dibunuh? Apa la yang baby ni boleh buat pada Tentera Israel? Sian awak sayang.... Takper... Syurga tempatmu disana..... Terbayang baby yang baya-baya si  debab Baby S buat I tambah sebak.

Yati la bongok pergi post gambar ni dekat FB. I dalam elak-elak nak tengok, tertengok jugak. Terus nanges tersedu-sedu. Orang sekeliling mesti pelik tengok kenapa I sungguh-sungguh nanges tadi. Semua curious agaknya... Apa lagi la yang menyedihkan hati perempuan mengandung gemok ni lagi. Nangessss jer kerja-kerja.

Kata Yati, dia nak pergi Palestine. Nak bantu mana yang patut. Pastu Nuha anak dia yang debab tu, dah nanges pegang-pegang kaki Yatie nak ikut pergi Palestine. Dia bajet tempat tu Lego Land ker apa agaknya. I kata pada Yatie, kalau pergi sana mungkin akan mati syahid. Dia kena pesan awal-awal pada Nuha, nanti kalau dia mati dekat Palestine, sapa nak jaga dia. Kata Nuha dia nak duduk dengan nenek dia. Yatie tanya pada adik dia Dila, kalau Yatie mati macam mana? Kata Dila jangan pandang dia, sebab Nuha suka bukak icebox. Asyik carik makanan jer. Tak larat nak bagi makan. Haha.

Sebab tu I kata pada Yatie, bawak jer Nuha pergi sana sekali sebab kasik dia insaf. Kasik kurus sikit. I pulak, kalau tak sarat macam ni, teringin jugak nak pergi sana sebab nak tolong apa yang patut. Masak boleh, kemas umah boleh, cuma taknak lipat kain jer. Tak suka. Terus Yatie kata I bongok. Huda pulak dari mood sedih, terus gelak baca komen I pasal Palestine tu. Aku cakap ikhlas jujur pon nak gelak. Susah la macam ni.

Photo: Cinta hati saya #nuha

Nuha yang debab.

Mak I pon asal call jer, nak emos-emos. Kata dia, kalau dia jumpa mana-mana Tentera Israel dia nak sepak, pastu ludah. Mak berapi-rapi marah. I pulak menahan gelak. Kemain orang tua ni emos. Marah betul dia dengan Israel. Bukan tak serious tapi cara Mak cakap tu, terlalu bersungguh-sungguh sampai nak ludah bagai. Amboi. Entah-entah kalau ada depan mata dia, dia dulu yang cabut lari.

Kata I, 'Mak, ni kalau Najib dengar Mak cakap macam ni terus dia lantik Mak jadik Ketua Wanita UMNO Jengka Mak'. Pastu Mak kata tak kelakar. Eh. Orang cakap serius ni. Memang la tak kelakar. Yer la Mak, sapa yang tak benci Israel Zionist? Dia siap marah Obama. Kata dia, Obama takde usaha nak tolong orang Palestine. Kata dia kalau dia dok US di taknak vote Obama sebab Obama lembap buat kerja. Haaaaaaaa.... Ko mampu? Mak tu suri rumah ok? Duduk umah kejar ayam jer kerja dia tapi bila cakap pasal Palestine, Israel, Obama boleh transform terus kerektor. I bangga dengan U Mak. I bangga!!! *Tepuk dada.

Jom kawan-kawan, kiter ambik masa semenet untuk sedekahkan Al-Fatihah pada semua mangsa kekejaman Israel yang dah terkorban mati Syahid... Al-Fatihah.......

Amin... Amin ya rabbal alamin..... 

So, dalam pada kiter makan Durian Crepe ni, dapat jugak kiter memberi sumbangan pada tabung Gaza secara tak langsung kan? :) Huda kata, InsyaAllah dia akan teruskan sumbangan dari pembelian anda pada mana-mana produk dari Huda Glory sehingga December nanti. Mulia sungguh usaha murnimu sahabatku Huda... Semoga bertambah-tambah rezeki dari Allah... U give more, U gain more.... InsyaAllah.....

-EnD-

6 comments:

yatiyahya said...

Bongok kan ko ni....! *mata bengkak2 tgk berita kt internet*

shafa said...

mana2 mst org citer psl durian crepe...sedap ek..?/ rsnyer mcm nk kene try jer nih...

ZF said...

mcm mana nak order? saya xde FB kak.

bg no contact boleh?

bukan yang akka ckp 5 pcs RM12 ke?

Chooyaya! said...

yatie yahya : kiter setaraf yatie. sama bongok. haha. kiter tingin la daging masak kari awak. yg masak lepas 2 minggu pon tak basi2 tu.

Chooyaya! said...

shafa : memang kena try. sebab menda tengah trend kan sekarang? makanan pon ada zaman tau? hehe.

Chooyaya! said...

sayazakiah : ok boleh. ni number huda. 0197165687. yg huda jual rm10 for 4 pcs. yang last time rm12 tu mazliara maznan punya :)