Friday, January 25, 2013

Rotavirus Injection Ada Dna Babi. Ke?

Assalamualaikum....

Next month Incik Shein akan ambik optional vaccinations yang di recommended oleh paed beliau iaitu tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan Dr. Adrian Goh... *tepuk tepuk tepuk (Asyik la nak bagitau nama setiap kali cerita pasal paed kan? Haha) Optional Vaccinations ni tak termasuk dalam list Immunization Vaccination. Dah kata optional, memang la bukan dalam list. *Tepuk dahi.

Optional tersebut ialah Rotavirus Vaccination yang kena ambik 2 dose iaitu 1st dose masa umur 2-3 bulan, second dose masa umur 3-4 bulan. So, this coming 26 February InsyaAllah Incik Shein akan ambik la injection tersebut. Dah gaya macam bahasa buku teks dah entry ni. Ilmiah bukan main. Macam emak-emak sangat I sekarang ni kan? Haha. Mana yang follow blog ni sebab nak tengok gambar makan sedap-sedap terus klik pangkah dekat atas. Aku tau dah.**menguap

Ok, back to the topic. I ada baca status kawan I dalam FB tapi tak sempat nak buat research lagi pasal Rotavirus Vaccination ni ada dNa Bahbee/Vavi atau Babi la senang cerita. Kata Hikma Rotavirus Vaccination ni dikesan ada dNa vavi tahun 2008. Terus I sentap. Takkan la paed I, Dr. Adrian tak bagitau I pasal ni. I mean, I ni kan muslim kan? Obviously. And dia pon dah masuk Islam, so dia mesti la tau and sensitif pasal vavi ni memang haram dalam islam. In whatever reason, haram tetap haram.

Ditakdirkan. Tadi I pergi Gleneagles nak jumpa gynea tersayang Sazli dan I, Dr. Ravi Chandran untuk check kesan bedah ni ha and ambik Hepatitis B injection. Cis. Tak kasik tau awal-awal yang I kena jab. Tak suka la kalau surprise-surprise macam ni. Inject tu sakit tau tak???? Ok. Dah melencong. Sambung balik. Ditakdirkan, masa nak tunggu Sazli ambik kereta and pick up I, Shein and Mak dekat lobby specialist klinik, I terserempak dengan Dr. Adrian masa dia tengah engage on the phone dengan gf dia kot sebab dia kata macam ni, 'Sayang, I call U back'. Amboi kemain.

Dia tanya, 'So, Shein macam mana. Nangis-nangis lagi tak? Mama Shein macam mana, nangis lagi?' Haha. Siot jer. Drama air mata I jugak yang dia ingat. But well, its a compliment la dia notice I dalam ramai-ramai patient dia kan? Heeee. 'The most drama patient' Agaknya la kan? Haha. I kata, nope. Shein is doing well. Semuanya pasal dia kembong jer sebenarnya. Dah kebetulan dia ada depan mata, I pon tanya dia la pasal rotavirus injection ni. Dia kata nope. Memang takder dNa babi or whatsoever. It is save, even dekat Arab pun, memang dorang ambik injection ni.

Pastu dia ada la explain further tapi malangnya diri ini tak fokus sebab sebok dok tengok Sazli sampai and parking and punggah stroller masuk dalam kereta. Boleh? Macam la dekat rumah tak tengok muka Sazli sampai omg laki sapakah yang kacak bergaya nampak macho punggah stroller tersebut? Haha. I always found yang lelaki handling a baby, tolak stroller or feed a baby macam amazing, handsome, perfect! Gitu. Over sangat. I love U papa!

And lepas tu bila nak cerita dekat Sazli pasal rotavirus, aku dah tak reti sebab sapa suruh tak fokus tadi? Pasal tahukan anda, a consultation without medication around 5 minutes (sama macam waktu I borak dengan Dr. Adrian tadi) akan memerlukan anda membayar sebanyak RM100.00 kalau dekat klinik? Haaaa...... Rugi macam tu jer kan?

Skarang pon I tak sempat jugak lagi nak google pasal rotavirus ni. Nanti nanti I kena jugak carik info. Nak kasik I puas hati, walaupun paed Incik Shein dah explen tadi. Btw, I nak tanya all mommies yang ada baby if ada info pasal ni mintak tolong share dengan I eh? Or yang dah ambik injection rotavirus untuk baby ke... Boleh la bertukar-tukar pendapat. Amboi kemain bertukar pendapat kan? Lain macam jer bunyik. Ini blog ke forum ni? Haha.

Oh. Lupa nak bagitau. Hari ni I dah 45 days berpantang maknanya. Merdeka!!!! Tapi merdeka-merdeka ayam jer pasal kiter kan breast feed, mana boleh nak makan minum sembarangan. Sazli pon kata, 'Bubu minum air sirap suam jer la yer? Jangan minum ais lagi'. Maka, teh o ais sebaldi dan jugak sambal air mata berdarah. Selamat tinggal diucapakan. Okbye.


Semalam Alya dengan Khatiq datang visit Incik Shein. Beza umur dorang ni 20 days tau? Sebab tu Incik Shein nampak tecit dari Baby Altav. Tapi tak menahan, walaupun kecik, Incik Shein senyum and buat muka macam abang-abang jer kan? Haha. Baby Altav buat muka bosan. Hahahaha.

-End-

6 comments:

Anonymous said...

su, my baby ambik semua vaksin termsuk pneumokokal & rotavirus. tinggal suntikan influnza shj blum ambik lg....ok je. paed anak i, dato dr musa from dmnsra specialist warak org yer. x kan dia x tau kan. anyway kita ni bkn doc depa lg ar bljr gile2 ttg menda ni....

A.L.I.N.A said...

xtau la rotavirus tuh ada dna vavi ke x..x penah pulak dgr..yg saya dok dgr cucuk rotavirus ni x pun 100% anak mmg xkan kena rotavirus..anak kwn saya 2-2org amik cucuk rotavirus..2-2 org ttp kena juga..anak saya pun kena jugak..seminggu ha dok berkampung dlm spital..doc kta suma ni psl persekitaran kite jugak..tp terpulang la ikut masing2 la kn..cuma doc saya lebih galakkan amik pneumokokal.. :)

SexyHippo said...

Rotavirus vaccine is given orally. Kena makan. Bukan injection. I amek semua yg optional for Ali. My paed pon practising muslim, pakai tudung labuh semua, dia ada bgtau mmg halal, tapi tak ingat explanation dia. True mmg kalau amek bukannya boleh elak 100% tapi severity tu a lot less. Means takde la kena teruk. Kalau teruk can cause death.

Anonymous said...

Just baru blk Dari kpj utk checkup 3rd bb. Doc pead I ckp Mmg rotavirus ade DNA vavi.. Siap tunjuk buku medicine lg.. Mmmm anak I yg 2nd dh slamat msk DNA vavi dlm badan Dia Skrg dh 5 thn.. Adeh maapkan mama ye sayang ;)

Hani said...

yup, I pon amik jab ni for Alya 5yrs ago.
tak silap I, dulu amik 3 jab. 1st masa 6 minggu, 2nd 3 bulan and 3rd 5 bulan. I just follow medical card sjmc. but boleh je amik jab kat panel clinic. memang tulis optional but as a mom I rasa kena amik untuk kebaikan my doter. and memang tulis Hib: for mencegah haemophilus influenza B. kalo ada something yang curious I rasa paed akan explain terutamanya as a muslim.

Anonymous said...

Anak saya tak ambil injection full dan beberapa kenalan yg ada anak.6-7 org juga langsung tak ambil apa2 injection untuk bayi mereka ..Alhamdulillah. semua sihatcergas . Tak sure ada dna babi tak tp yg confirm insulin mmg ada . Saya cuba elak semua perubatan moden yg mgunakan dadah utk merawat setelah sedar semua ini ciptaan Yahudi. . Kecuali lah dah takde pilihan .. insyaAllah.. pd pemerhatian sy lagi byk jab itu ini makin byk plak budak2 asyik admited sakit mcm2.. usaha kasi susu ibu smpai 2thn , jaga makan minum anak2 insyaAllah .. bole

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...