Tuesday, March 19, 2013

Assseeemoga !!


Assalamualaikum....

Alhamdulillah. Hari Sabtu baru-baru ni, Anak Sedara sulong selamat dah nikah dengan pilihan hati dia. Nama isteri dia Fatin Fashiha. Omel orangnya serta kurus bergaya. Makcik apruf Along!

Pagi bertunang, tengah hari nikah pastu malam... Eh. Haha. 

Haritu yang I dah bengkak-bengkak mata nanges kata dia nak gi Lahad Datu kecoh-kecoh tu adalah dimaklumkan dia postpone pergi sana. Sebab dapat excuse nak kawen. Tapi walaubagaimanapon (amboi) tetap jugak kena pergi ke Sabah untuk mopping anytime soon. 

Takper la. Janji dah selamat kawen. Alhamdulillah. Kat Lahad Datu sana tu pon nampaknya macam dah reda sikit. Tapi lagi bagus kalau Along tak payah pegi sana la senang. Risau sikit-sikit tetap ada dalam hati ni ha. Makcik risau, Atin lagiiii la susah hati agaknya. Kiter ni makcik jer. Isteri dia tu haaa laaaagi la tak boleh tidur malam agaknya kan? Tapi cenggitulah kalau kawen dengan askar-askar pergi berperang ni. Kena tabah dan redha jer la kalau ditinggalkan. Terima kasih Malaysia kerana kau negara aman damai tapayah nak perang-perang sangat <-tetiba p="">

Terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis. Maaf kalau ada yang terlebih terkurang kat mana-mana. InsyaAllah kenduri besar kiter akan buat bulan 8 nanti. Amboi. Ayat dah macam kiter ni tuan rumah pulak kan? I tak banyak sangat amek gambar. Sebok dengan Shein Iskandar. (Sebok la sangat padahal tapayah susah-susah nak pegang Shein pasalnya semua nak dukung dia pastu Mama dia aman damai menyuap nasik pastu Shein kan???? Membutaaaaaaaaaaaaa jer kerja. Walau panas membahang, bising nak mamfus well tido tetap tido. Kata De, 'Shein ni senang betul nak jaga, tido jer' and Kaklong jawab, 'Sama macam Mak dia la, kuat membuta' T____T)



Eh. Dah macam I pulak yang pengantin. Beza umur I dengan Along 7 tahun. Tu baju I beli dah siap dekat Jalan TAR. Bangga jer pakai baju Jalan TAR. Harga RM130 sebab beli 2 helai, kalau tak RM150 selai. Boria dengan De. I sekarang memang jaaarang nak ada baju kurung dah. Semenjak dah tua bangka ni sebok gi kerja nak pakai blok kaler skirt blouse bagai. Masa anak dara kowor jer pakai baju kurung cotton RM50 beli dekat carefour. Sian.

Photo: Alhamdulillah everything went well. Officially married to @tazziunderground thehehe

Perantin baru. Along and Atin. Makcik love U both. Welcome to our family Atin and Atin tau keluarga kami ni jenis kalau bercakap, bukan bercakap tapi menjerit. Suka gelak. Main game bodoh. Kuat makan. Suka main sep-sep kejar-kejar walau semua dah tua bangka. Gurau kasar etc which kontra dengan Atin yang sopan santun but lekas cakap seronok to be in the family! Haha..



Ni kek yang Huda buat. Cantik kan? Design by I *pejam mata, tangan kanan tunjuk dada, muka paling kiri. And implement by Huda. Tengok la tu. Tak buat kek cuma bagi idea jer pon dah bangga lain macam. Ishk ishk.

Akhir kata untuk Along and Atin, Makcik doakan semoga jodoh berpanjangan sehingga keakhir hayat. Bahagia selama-lamanya and dapat baby comel lekas-lekas plz boleh geng dengan Amsyar & Incik Shein. Kasik Atok dia pening sikit time raya or cuti sekolah. Biar dia jadik tarzan pulak dekat kampung tu nanti.

-EnD-


Peha dan Pipi. Tu tu tu.

4 comments:

Home4health said...

cantiknya baju.giler hrga selai 150 tapi dua helai 130.hahaha.nak beli laaaaa..Su,apa nama kedai kt jln TAR tu?ekekeke

Anonymous said...

Nur Zulya bukan 2 helai RM130 la sebab Si Su dia beli dua helai tu yang harga jatuh dari RM150 sehelai jadi RM130 sehelai. Cer baca btul2.ABTO

paukacang said...

Assseeemoga!kite baca caption ni dgn makhraj yg btol tau kak su.word kowor mmg win,lama gila dah tak dengo word ni haha idop jawa!eh.

Home4health said...

LOL..patut la Su tak reply pun.excited punya pasal ni.btw,thanks anom..