Thursday, March 14, 2013

Resepi Terhebat Oreo Goreng. Telan Ailio Hoi !

Assalamualaikum....

Sapa dekat sini yang favorite channel dia ialah AFC and Travel & Living angkat tiak!!!!. 

I paling suka tengok Nigella Bites, Forever Summer With Nigella, Sugar, Fresh with Anna Olsen, Bakes With Anna Olsen, Naked Chef, Chef At Home (sekadar menyebut beberapa program) termasukla Hatttaaaaaaaa Kuzinnnn  (main sebut jer) Iron Chef! Or bak kata De I, 'Dik, yang ko tengok cerita Ironman masak-masak tu tu dekat channel berapa?' And I was like. What??? Ironman boleh masak ke? Iron Chef la gong! Bahaha.

Si Nigella tu kalau masak kasar tau? Main campak jer. Potong tak sama besar, buat cake guna food processor tapi tengok si debab tu makan macam sedapppp jer... Si Anna Olsen pulak buat kerja berhalus sangat. Naik semak pulak aku tengok. Gitu. Komplen orang masak kemain kan? Bak kata Bapak pulak, 'Hang ni anak, asyik tengok cerita masak-masak jer, tapi Bapak tengok asyik masak sambal ayaq mata hang tu jer'. Ahahahahahaha. Kan dah kena sebijik dekat atas dahi.

Semalam I tengok Anna Olsen masak Choc Bounty dengan Oreo Goreng. Nampak sedap pulak. Sibet betul la. Sampai mimpi-mimpi I makan Oreo Goreng malam tadi. Resepi dia senang jer. Tepung pancake, ais, air eskrim soda and pinch of salt. Dah. Mix together semua bahan and celup la Oreo or Choc Bounty and deep friend. Ngap! Kemain dia makan Oreo Goreng tu berasap-rasap. Abang dekat sini telan ailio. Kwahaja lu!

Kata Si Nigella, bubuh eskrem soda tu sebab ada gas dalam dia and adunan akan ringan yet rasa dia heavy. Gitu. Telan ailio lagi. Nak buat tak menyempat-nyempat. Maka aku gigih la menggoogle gambar oreo goreng ni sambil menitis air mata. Sheiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! (Tetiba Shein)

-EnD-



Nanges

5 comments:

tiNi Aziz said...

adehh gelak sakit perut dgn komen bapak mu itu wakakakaka....

eda said...

kasu .. gimme five gune ketiakkk ...
my fevret chennel oso ...
ala yg HOST mcm india tu tak minat ke ? rusiyo rusi ... hahaha ... lawakkk woo diaaa hehe

Jan@Afzan said...

hehehe.. chanel fav yang sama mcm abang Jan.. hehe. Dok suka tgk gak masak2 bila berkumpul ramai2. Tapi, masak nye IDAK! hahaha

Memang seyes nangessss tgk pic itu. Nampak mcm senang rsepi nya, Tapi malas banyak nak buat. kikiki. Takpe, telan air liur jek!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

my fav channel jugak tuh.. haha, Nigella main campak2 tapi end up ekspresi makan macam sedap sangat kan

Niza said...

I dah penah buat. tapi i guna Mars bar. nak kata sedap tuh lebih kurang cam pisang goreng. kena makan panas2. yang tak best nya fritters ni byk takung minyak. after 2 suap dah rasa cam nak jolok tisu dlm tekak.
sgt senang nak buat. cuba jgn tak cuba ;-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...