Tuesday, March 5, 2013

Doaku Makcik Untukmu Along... **Makcik? Giler tak glemer.

Assalamualaikum.....

Rasa susah hati betol I skarang ni since petang tadi bila Along bagitau yang dia dah diarahkan untuk standby and akan pergi ke Lahad Datu samada malam ni atau esok pagi. 

Terus I call Mak and there you are, start la drama air mata Mak. Nanges-nanges dah dia. Risau sangat dengan Along, cucu sulong jantan dia. Maka I pon tears jugak la. Sajer nak nanges secara jemaah dengan Mak. Kasik meriah sikit.

Mak kan? Bukan la taktau dia. Semua menda dia semangat berkobar lain macam. Suzuki AFF, Sukan Komanwel, Badminton hatta Kes Penderaan melibatkan amah Indonesia. Bersungguh-sungguh dia nampak sayangkan Malaysia. Nak pulak kes dekat Lahad Datu ni, maka Mak dengan I dah jadik macam reporter dah. I dapat info I call U, U dapat info lekas call I. Gitu. Padahal info tu ialah berita dalam tv jer pon. 

Masa tengok Buletin 1.30 Ahad haritu, Mak marah-marah bila dengar pasal 6 orang anggota keselamatan kiter terkorban dekat Sabah sana. I pon sama marah la jugak bila Mak berkobar-kobar membebel. Nangis siap. Walaupun bukan kenal pon semua yang dah terkorban but Mak kan? Over. Terus I up status dekat FB pasal kes Lahad Datu. Sambil marah, tangan laju menyuap nasik dalam mulut. Naik sedu sebab kurang air dah tu marah. Makin marah, makan laju makan. Gitu la. Asam pedas ikan kembong dengan bende, tuang kicap kipas manis. Mana boleh tahan. Marah marah jugak.

Ok. Back to Along. Sekarang bagitau. Hati mana nak tenang. Dekat Lahad Datu sana dah total 8 orang terkorban. Maka anak buah sulung ialah Kapten barisan hadapan. Nak kawen lagi 2 minggu. Hantaran Mama dia (Kaklong I) tengah buat. Makanya bila nak balik KL semula taktau lagi. Haih la hati... Tolong la kuat sikit.

Si Along pulak cool kemain. Hati kering. 'Along, buat apa tu?' 'Ni tengah susun-susun M16 bom semua'. Amboi. Relex dia macam nak pergi main paintball pulak. Urut dada la I. Kata dia. Makcik jangan risau. Askar Malaysia kuat. Senang jer nak setel orang Sulu tu. Sekarang ni kiter semua standby jer. Tunggu titah Sultan. Kalo Sultan kata ON, setel la semua.

Senangggg jer dia explen. Along pesan, jangan dengar kabar angin. Kekadang semua tu provokasi jer. Sajer nak bagi nampak teruk and nak huru-harakan keadaan. So beware semua eh kalau nak up status dekat FB or nak share any info dekat internet. Kena tangkap polis tak memasal.

I tanya Along, apa menda semua ni. I kurang faham and dia forwardkan I serba sedikit latar belakang pasal kes Lahad Datu ni. SO, sila baca and fahami. Evaluate la sendiri. Mana rasa betul, terima and mana rasa salah diam. Ok? DIAM. Jangan buat spekulasi sendiri.

Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? 
Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Al-Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Al-Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh   combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas. Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rome. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Dapat maklumat insp yg kena penggal kepala tu... apa yg dibuat sampai depa boleh bertindak kejam mcm tu. Bagi army take over situation... kita gempur habis-habisan.... hairan la... nampak sgt tentera ni dipolitikkan. PAT dok kat sana buat apa? Sergah la KPN tue, take over operation. Sampai nak tunggu polis mati 100 org kot baru nak serah pada tentera. Ataupun KPN dgn PAT masing-masing nak tinjuk organisasi sapa lg terer kot, kalau dari awal pihak tentera handle rasanya dah bersepah makhluk Sulu tue mati bergelimpangan.... terkawal?... apakebendanya... kalau dah Semporna pun depa dah masuk... sikit punya jauh apa Lahad Datu dengan Semporna tu, hilang kawalan la tu. Lepas nie depa hentam kat Kunak, Tunku, Bakapit pulak la... tu la... PAT dan kroni - kroninya byk sgt masa main golf... sampai isu pencerobohan negara pun depa buat mcm halai balai... hampeh betul la.... dah naik meluat tgk tv...


Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera Di Raja Kesultanan Sulu’

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera Di Raja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army) 

Datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak. Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu. 

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya. Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah. Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu. Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878. Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

6. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak. Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu. ‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar

7. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

8. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak. Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

Tu jer yang Along bagi I.

Untuk Along, Makcik doakan keselamatan Along disana. Makcik tau Along pandai jaga diri. U r big boy now. And lepas tau pasal ni, untuk Incik Shein Iskandar. Jangan ngada nak jadik polis atau tentera. Mama tak restu. Carik kerja lain. Cikgu pon takpe. Arkitek macam Papa pon takper hatta Mekanik pon mama senang hati terima. No polis. No askar. 

-EnD-




Along. You know I love U. 

P/s: Ayang. Makcik sayang Ayang jugak. Kaseh pon Makcik sayang. Aiman, Sasha and Amsyar pon Makcik sayang. It juz, skarang Makcik fokus pada Along. Sebab keadaan sekarang ni. Makcik susah hati :(

7 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.
Bagus pengongsian nih. Iven shared it with all my department staff :P

about BF-try to read here :)
http://barelysupermommy.com/

Anonymous said...

Huhu..nak gelak pon ada..nak nanges pon ye..apapon moga semuanye kembali normal kan su..takut la bila jd gini kan..(Puan NaNa)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

semoga anak buah kak Su balik dengan selamat.. Doa saya untuk Lahad Datu dan barisan pertahanan nya..

Unknown said...

jet doakan semua selamat, tak de yg terkorban dan keadaan kembali normal..semoga Along kembali untuk akad nikah..amin =)

Anonymous said...

hahah..kan ada retis sibuk nak salahkan KPN dgn PAT. sibuk nak salah kan PM. padahal prosedur hal2 negara pun dia xtau. mana blh main taram je kan.

polis & tentera kan dah dididik utk ikut arahan. kalau ketua paling atas sekali turun pegang senjata, org bwh nak ikut arahan sape. ape yg saya suka tentang polis & tentera, mereka ikut 1 je arahan. takde bangkang takde protes. takde masa nak fikir. biar ketua & org atas byk fikir sampai botak. org bawah ikut je.

ada 1 filem china yg saya tengok tentang betapa pentingnya ketua dan ikut arahan. mmg akan ada suara sumbang yg akan suruh jgn ikut arahan. last2 dinasti tu jatuh ke tangan musuh. saki baki rakyat yg hidup tu baru nak menyesal tak ikut arahan ketua. sisa2 rakyat yg tinggal baru nak bersatu tentang musuh ikut 1 je arahan. (pesal mcm jauh plak i melencong =P)

Anonymous said...

Salam, geram dan benci ngan penceroboh tu. Terus timbul semangat patriotik yang membuak2. Balik rumah akak trus cakap anak bujang yang berumur 3 tahun. "Nanti dah besar Fareed jadi askar atau polis tau" (BETUL NI X TIFU) terus anak bujang dengan eksyennya menjawab "NAK ADI OTOMEN" perghh bertuah punya anak. ABTO.


p/s : Dah la anak jantan sorang aje suruh jadi askar or polis plak. Akak doakan semuga semua anak buah bubu, askar dan pihak2 yang terlibat di Lahad Datu yang menentang penceroboh tu selamat pergi dan balik. Amin Amin

genuine1224 said...

kena luaskan info mcm ni supaya org awam mudah faham.supaya xda spekulasi ganas yg ntah apa2.yg nak salahkan goverment,salahkan pm lambat bertindak dan mcm2 lagi. org mudah buat spekulasi tanpa tau asal usul..su, mohon copy ek?