Friday, March 22, 2013

Penangggg. Here we come!

Assalamualaikum....

Nak tau tak? Shein kan kan kan dah makin gedik sekarang ni taw? Jadual tidur pon dah berubah. Bila I amek dia lepas balik dari kerja, I gentel and berborak sampai meleleh-leleh ailio dia, dia akan tidur la sekejap. Sekejap tu dalam 300 saat. Pastu bangun. Berangan and mintak zuzu. Habes 3oz akan tidur balik 300 saat and time tu I letak jer dia dalam buai sebab nak buat kerja umah yang lain.

Nanti dia akan diam jer dalam buai mengenang nasib. Kalau dia tak merempan, duduk jer la dalam tu while Mama and Papa busy doing out things. (Our things? Ehem ehem. Haha). Makan mengemas semua la. Pastu kalau dia tak tidur lagi lepas tu, I akan amek dia and letak dekat sebelah. Biasa Sazli la yang rajin melayan. Mama dia dah tadek mood sebab penat memerah tenaga seperti bibik.

Macam malam tadi, dia tanak tido. Dah pukul sebelas malam. I bawak jer dia masuk bilik. Tutup lampu and tidur la dia kat tengah-tengah seolah-olah tidak membenarkan diri dia untuk mendapat adik lagi. Ahahahaha. I lantakkan ajer dia. Gedebok gedebok tangan dia tumbuk dada I tanda protes tidak dilayan mangkali. Last-last tidur jugak bila tadek respon. Skarang jaga malam sekali dua jer. Dahaga merengek nak tetep. Pastu sambung tido sampaiiiiiiiiii la pagi.

Kakak Wani Nursery dia kata Shein kalau tidur pagi puas nak berkejut la baru nak bangun. Kekadang mandi pagi dah pukul sebelas dah. Itu kalau kejut. Kalau tak kejut jangan harap dia nak bangun. **Macam Papa dia la. Puas berkejut kalau dah tido. Boys. *Rolling eyes

Esok InsyaAllah I akan ke Penang. Kawan opis nak kawen on Sunday. Pastu hari Isnin baru balik KL sebab tidur dekat umah Tok kat Kuala Ketil semalaman. Saspen jer rasa ni ha sebab tak dapat nak imagine macam mana la Shein nak duduk dalam kereta sampai 6 7 jam. Harap-harap ok la dia. Kot nanti biasa balik utara 6 7 jam, pasni ada Shein jadik 12 jam pulak. Bedoa bedoa bedoa supaya Shein ok.

Ada any tips tak untuk bawak baby 3 months old untuk long journey? I risau takot dia meragam jer. Kang 3 3 orang dalam kereta tu nanges kang. Tak pon sampai Tanjung Malim patah balik KL. Ajer giler.

I target nak makan char kway teow dekat sana dengan nasik kandaq dengan nasik lemuni dengan jagung bakar celup susu tepi pantai dan macam-macam lagi macamkan orang nak balas dendam baru lepas pantang. Apa lagi a must thing to eat dekat Penang eh? Ada tempat yang sedap-sedap tak lagi kat sana? Kalau ada, sila bagitau.

Oklah. See U next week. Harini patut kena buat pap smear. Pasal takot I postpone next week. Pastu kalau takot lagi, postpone pulak next month. Okbye!

-EnD-

Mama Mama. Shein kan? Menang lawan dengan resaksa gorgon. Malam tadi Shein mimpi jadik Power Rangers coklat Mama. Ni ha. Sama macam kaler baju ni la.
Boroi. Sama macam mentor dia. Haha
Sian. Sampai terpenyet pipi. #Shein bersama mentor beliau. Haha

6 comments:

Anonymous said...

kak su jgn lupe cheese nan tandoori kat kapitan.. best gile.. ~ nurul

p/s shein somel sgt!

eda said...

wahhh mentor dia mcm awie laaaa !!
kasu , kejam kot buat 300saat .. terpaksa bahagi 60 plak nk tau bape hasilnye ...
mmg lerrrr ...

penang ? baru je balik aritu .. bawal kelapa sawit , tahu ? bestt peluh2 ketiak mkn sana ...... tgk la IG eda tuu .. semua mknan penang lerrr ...

Mally said...

xyah risau kak suraya sebab kadang2 baby nie tido je sepanjang perjalanan..pastikan barang mainan dia ada dan bagi susu secukupnya...i selalu bawa baby sy dari penang ke PD... almost every month selalu guna kaedah ni je...

Unknown said...

Salam ksu,banyak tempat makan best kat penang ni. Ni list dia.

Char kuey teow yg sedap kat area butterworth,ada 3 yg popular kat sini, Char kuey teow sungai dua,Adam char kuey teow permatang pauh,dan Key char kuey teow permatang pauh. Kat pulau tak banyak char kuey teow dan kalau ada pun tak sempoi.


Nasi kandaq pulak try nasi kandaq beratur kat sebelah masjid kapitan keling,penang. Kedai buka pukul 10malam,tp ksu kena p dlm 9lebih,sebab ada org beratur panjang dah start 9lebih. Masa utk beratur mungkin ambik masa 1 jam utk tiba turn kita. Jgn pegi lewat sbb lauk dah sejuk dan tak ummpphh.. Kalau p awai lauk panas2 memang sedap.

Cuba try makan masakan thai kat tomyam pak husin di sungai ara. Makanan sedap2 dan yg penting sgt murah. Servis tip top,pelayan pantas gila buat kerja.

Jagung bakar celup susu tu kat queensbay mall. Best mkn jagung malam2 tepi laut,angin sepoi2 bahasa.

Ksu cuba p makan kat kedai abu. Ni warung ja buka dari senja sampai subuh.warung ni femes kat penang. Sentiasa ramai customer sbb menu yg unik2. Ada 1001 jenis roti. Ksu mintak ja roti apa semuanya ada,kalau takdak pun depa akan ccipta kat ksu. Yg femes kat situ megi goreng double boh ayam. Perrrgghh,meletoopp. Warung ni kat depan penang road,area restoran kayu nasi kandaq lama. Kalau nak p,p time tengah malam lagi best. Ayaq depa buat semua pekat2. Ayaq yg popular kat situ,milo ais tabur,horlicks tabur & bandung ais. Meleleh kot.

Pastu kalau nak makan mee udang,p makan kat mee udang pengkalan tambang sungai dua. Ni area butterworth. Kat situ nasi goreng udang dia pun sempo. Udang kita pilih sendiri dan harga berdasarkan jumlah kilo udang tu.

Kalau nak breakfast pulak p try makan kat taman tun sardon. Kat situ jenis foodcourt,pernah masuk tv jugak. Mcm2 makanan ada.

Hah panjangnya. Nanti kalau dah try makan kat tempat yg reen rekemen ni buatla review.

Anyway,happy holiday and enjoy makan2 kat penang.

Anonymous said...

nak dtg penang?yeyyyy leh jumpa....
jgn lupa mkn mee udang,rojak tonggek,mee goreng sotong,pasemboq,burger boy...ermmm apa lg ehh?kalu lajak mai kedah jgn lupa pekena ABC gunung jerai

http://sinarkasihkhairina.blogspot.com/2013/03/jjcmmakanan-makanan-sedap-di-utara.html

dilot said...

alaa.. dak kecik gedik baya2 shein heh.. jgn harap nak bangun menyusu pon over that long journey.. kompom tido tak hengat donia.. bengkak tetep nak kejot die bangun tido..