Thursday, March 7, 2013

Rock Oo! Kena tengok taw???

Assalamualaikum....

Dah seminggu Sazli dok follow up, 'Bubu, Khamis ni kiter cuti eh? Tengok Rock Oo'. Hati sangat la berbelah bagi. Sebab ada banyak sikit kerja dekat office. Nak cakap dekat boss nak cuti hari ni dari pagi sampai ke petang. Berdebar-debar siot....!!! Tu pon dah pukul 4 petang dah. Ni kata la kalau Boss I tak bagi, memang I nanges buat drama sebabak depan boss demi permintaan suami. Kalau perlu, purak-purak fengsan. Haha. Over tau?

Tak pon I cakap macam ni. 'Boss, kalau boss tak bagi I cuti esok, boss tanggung la dosa saya sebab derhaka permintaan suami ajak tengok Rock Oo'. Boleh? Haha. Pastu ujung bulan ni orang dapat bonus 5 bulan, aku dapat setengah bulan pastu tadah air liur tis tis tis bila tengok slip gaji. Pahadan muhuker!

So. Pagi tadi, lepas hantar Incik Shein kat umah Mak Tok. I sambung tido U'ollsss!! Dah lama dah tak merasa bermalas-malas sambung tidur sampai puas, biar rumah sepah and bermalas-malasan. Nikmat sangat rasa! Tapi nikmat sekejap jer la. Sebab lepas tu rasa macam  haper ker bersepah sangat rumah I ni? Sebab biasa since dah ada baby ni buat sepah terus kemas. Penyapu tak lekang di tangan and rumah sentiasaaa kemas sebab dah tau yang I memang tak voleh nak coop bila buat kerja tangguh-tangguh sejak ada Incik Shein ni. Bagus kan? Tetiba bila ada anak, kiter sendiri akan lebih berdisiplin. 

Lepas Saz antar Incik Shein ke rumah Mak Tok and pergi service Encik Ahmad, dia amek I kat rumah and tetiba masa nak masuk kereta macam aaauwwww gigih aku pakai mascara wongi-wongi nak keluar tengok wayang dengan suami macam main dating pondok-pondok pulak. Macam malu-malu pon ada. Borak bergurau senda dalam kereta pastu tetiba stim. Haha. Bodoh ni!

Movie pukul 12.15. Amek couple seat. pastu dalam movie sejuk and mainj peluk-peluk. Ishk. Geli pon ada. Syok pon ada and Saz macam biasa, suka pimpin tangan I. Ishk. Malu la tetiba.

Ok. Sekarang ni semua orang kampung sila dengar. PERGI TENGOK ROCK OO SEKARANG! Memang best aaaaa. I gelak takde kontrol-kontrol punya. Sebab kelakar nak mampos. Macam suci jer jiwa rokers-rokers Kumpulan Lipan Bara tu pastu paling kelakar bab Sofie Jikan (Lan Kapak) meroyan macam menurun sebab lapar dah dua hari tak makan and masing-masing nangis sebab lapar tunggu rebus kentang sebijik share 4 orang! Hahaha. Terbaik la Mamat Khalid. Salute!



Lepas movie kitorang makan. Memula nak makan kway teow kat Madan Kwans. Tapi sebab dah kenyang dok kunyah tit bits dalam cinema terus kensel. I ajak Saz makan kat Ichiban Boshi. Kan ker makanan jepun ni macam light sikit. Oh. Tit bits yang I kata tadi tu ialah hotdog 1901, chicken ball large 15 ketul, air pure coco triple pudding large, twisties dengan cheezel. Haha. Memang la kenyang. Kalau tak kenyang melampau. Tembolok biadap nama dia.


Ichiban Boshi - From top. Salmon Carpacio, Salmon sashimi, Inoki Roll, Agedashi tofu. Cukup untuk 2 orang. Tu pon tak habes. Banyak variety of sushi dekat sini. Lagi best aaa dari Sushi King tapi sebab jauh dengan opis so susah sikit nak pergi. Hari-hari makan pon takper. Tapi tu la. tengah bulan orang gi kerja pakai baju cantik-cantik, ko gi kerja pakai sependa jer la. Haha. 


Kosong jer panggung. Kata Saz, 'Bubu, I charter cinema ni untuk U and I'. Amboi. Kalah Justin Bieber dengan Salena Gomez macam ni kan? Memang kosong la panggung. Ada la dalam seploh orang mangkali. Tak ramai orang yang jiwa rock dekat Malaysia ni. Kat Ampang ada sorang. Laki aku la tu. Layan kan ajer. Haha.

Sesekali bila keluar berdua macam ni seronok jugak rasa. Tapi mulut kitorang tak habes-habes dok Sheinnnn Sheinnnnn... Tingat jer opot-opot sorang tu... Tunggu dia besar sikit nanti boleh ajak layan kartun pulak. Eeee. Tak rock la tengok kartun Mama! Kata Shein. Fengsan!

Masa dekat sana, ada la kitorang nampak baby dalam baya-baya Shein elok molek jer duduk dalam stroller. Pastu kata Saz, 'Eh. Elok jer baby dia dok dalam stroller tidur, nape Shein taknak dok dalam stroller? I pon jawab, 'Papa, every baby is different.'. Memang takkan sama peel masing-masing. Kalau semua baby baik jer dalam donia ni, maka macam tak boleh la nak share citer sama-sama sebab mekalau dah semua baby sama peel dia, baik takyah citer kan?

Eh. Apa aku bebel merepek ni. Okla. Bye.

-EnD-


Opot-opot Mama! ** In-case kalau ada yang rindu. Heeeeee <3 b="">


6 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

selamba je muka Shein ni kan.. abg kawasan sangat !

hanizfadzli said...

sopan sgt shein buat muka camtu. fishy betol nih. kalo baby kita muka sopan mcm tu maksudnya ada hasil lumayan dalam pampers.sebelum dia jerit x selesa la.hehe.

PutriesNoora said...

malam ni nak dating gak la...nak tgk citer tu...hehehe...ops lupa...hai abg kawasan yg hensem!!=D

Anonymous said...

muka shein macam muka mama dia..( bukan ayat nak amik ati mama dia ni.tapi jujur dan ekhlassss gitu)..baby yag comel ..moga membesar menjadi hamba Allah yang taat....insyaAllah..

by the way...time kasih utk review filem tu..nanti nak gi tengok jugak dgn suami dan anak..gegeh gitu walau perot ni dah sarat 8 bulan..jgn terberanak dalam panggung sudeeehhh....

dilot said...

my baby before 3 bulan po takmo do stroller.. pas 3 bulan bawak jalan2 elok jek dok diam2 lam stroller sambil menghayati suasana.. maybe baby bawah 3 bulan tak reti nak tengok2 sekeliling lagik tu yg die takot dok lam stroller kot kan..

Unknown said...

alalala..comelnye baby!! gerammm..

salam kenal..ila follow sini =)