Monday, April 1, 2013

Hectic Weekend (Amboi)

Assalamualaikum...

Hadoi la. Tak sesabar dah rasanya nak coti sehari pastu pergi spa and urut sedap. Urut yang untuk syok-syok yang sampai kalau boleh biar terlelap sikit and kuar ailio basi sikit pon takper. Haha. Bukan urut sakit sampai nak terkencing dengan makcik cleaner Indon office I ni. Keletus-keletus bunyik urat, Makin dikata sakit, makin kuat dia urut. Serik dah aku. Pui! Bukan apa, rasa macam dah season sangat dah badan ni. Macam sakit urat pon ada. Macam owang tuwe-tuwe.

Sabtu Ahad lepas bizi jer kami anak beranak. Makna kata dah 3 minggu dah time weekend takder melepak depan tv bermalas-malasan anak beranak. Last week ke Penang yang tak sempat-sempat lagi nak bercerita kat sini and minggu ni pulak, Sabtu pergi wedding Ami dekat Kajang, pastu terus ikut Sazli main bola dekat Shah Alam. Semalam pulak dari petang ke malam kitorang dekat Bangi visit Farah dengan baby girl dia. Nama dia Anya Alaia. Sedap kan nama?


Shein dengan Papa dia. Geng sangat dua orang ni. Baru umur 3 bulan lebih Shein dah nampak ciri nak geng ngan Papa lebih dari Mama. Tanak kawan Mama sangat. Tapi time nak tetep pandai pulak nak senyum-senyum dengan I. Time nak tetep jer la tapi. Tapi lain sombong sikit. Betul kata orang, anak lelaki ni time main semua lupa emak dia. Time nak tido baruuuuuuuuuuu la carik emak. Tak kisah la anak. Janji sihat tubuh badan berjaya duinia akhirat and jadik anak yang soleh cukup untuk Mama. *sedih tetiba

Photo: Visiting #anyaalaiya part II. Ada ucop, @syikinyahaya, @wanarasni, @aliaherzegovina and embam2 #altav jugak. Gambar Farah takde.

Bila tengok Yusoff Iskandar terasa macam besarnya dah Ucoppppppppppp!! Shein, Altav, Anya kecit jer lagi. Yang paling champion kecit Anya la. Dia baru je 16 hari. Tidoooooooooo jer kerja dia. Geram jer nak dukung dia. Tak puas rasa tapi Incik Shein cranky la semalam. Menyentan jer. Tak cukup tido. Tanak dah eh tido atas lengan macam biasa. Nak tido baring sambil mulut nyot nyot. Baaaru la dia tido nyenyak. Dah besar la Mama.

I memang tunggu jer time Farah bercerita bab dia contraction and nak bersalin. Mesti kelakar. Coz knowing Farah, kalau bercerita memang syok nak dengar. Kata dia masa dia nak masuk labour room, nurse tanya dia, 'Puan, Puan nak pegang mana ni? Nak pegang kaki ke nak pegang besi?' Pastu Farah jawab. 'Mana-mana la, aku dah sakit nak bersalin ni!' Hahaha. Bongok kan? Sungguh-sungguh dia bercerita kata contraction tu macam sakit nak berak sembelit. Dia kejap-kejap nak berak. Haha. But one thing I salute, Farah tak guna epidural pon. Gas pon dia tak pakai. Muka selenga macam lembik tak tahan sakit but hapah satu pon dia tak guna. Salute giler I dekat dia.

Photo: Visiting #anyaalaiya at Bangi lepas tu tiba-tiba langkah kanan dapat makan bbq and superbly delicious sup kambeng. Tq Farah & Hafiz for having us. Pagi ni bangun tekak rasa kambeng. Mmmmbekkk!
Masa dekat umah sana, Mak Hafiz tak bagi balik dulu sebab ada buat BBQ untuk Mak dia and kawan-kawab Mak dia. Ada Mat Saleh, India Cina semua. Dari overseas. Dorang satu-satunya badan NGO dekat Malaysia yang buat research pasal kanak-kanak yang ada hyper active, autisme etc. Dorang boleh detect awal kalau mana anak-anak yang ada sakit ni and bagi pendidikan yang betul dari awal kepada anak-anak ni. Bagus kan? Kata Hafiz, anak-anak autisme ni sebenarnya bijak sangat cuma dorang taktau macam mana nak guna kelebihan yang dorang ada and itulah gunanya anak-anak ni diberi pendedahan awal and diajar macam mana nak handle diri mereka.

Thanks to Farah & Hafiz Harris for having us dekat rumah korang. Rumah besar giler macam resort sampai letih nak nanges Syikin mengejar Ucop satu rumah. Si Ucop memang kelakar. Dia kutip pinggan orang makan bbq tu and basuh dalam sinki guna sponge mandi Anya. Wana tangkap Ucop. Pastu Ucop kata, 'I wash Spongebob!' Haha. Macam-macam kerja si Ucop buat.

I siap bentang tempat tidur Shein and letak bantal pastu zapppppppppppp dia yang baring. Pastu dia kata, 'Too big too big!' Tau pon dia dah besar and ada this time ni dia cakap, 'Too many babies... Oh No!' Sambil pegang kepala. Drama giler kan dia? Sepatah haram bahasa melayu I tak dengar si Ucop ni cakap except 'koyak'. Mampos.

Last but not least. Terimalah gambar meruntun jiwa ini. Jeng jeng jeng!


Suami mithali (la sangat. Haha)

-EnD-

4 comments:

eda said...

gmbar yg bujang tade ke kasu .. kejam sgt tauuuu !! hahahaha

harz harun said...

kaannnnn....rasa nak sgt curi masa gi spa urut2 sampai best kuar air liur basi..hahaha..tp xde masa nak dicuri...huuuu

~CN2S~ said...

Su, ucop tu autisme ke? ai ada nephew yang austisme jugak. sama la ...sepatah haram basa melayu dia tak cakap. pastu dia minat sangat dgn property. kat laptop dia, penuh dgn property information. hahaha

Anonymous said...

Hi Su,

Boleh bg tahu x nama badan yg wt autisme nie ?

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...