Monday, April 15, 2013

Kalau Baby Demam Lepas Kena Inject?

Assalmualaikum...

Seperti yang I rasa dan jangka (menurut rasa naluri sebagai seorang Ibu. Cecece) Shein demam lepas kena inject. Poor my baby... Jumaat malam Sabtu tu, mengerang jer dia tido. Luluh hati Mama dengar Shein mengerang macam orang tuwe yang sakit sangat lahai. Badan ada temperature sikit. I cek masa bangun pagi Sabtu tu suhu badan dia dalam 37.7 (actually kalau demam suhu dia akan jadik 38.0) But as a concern parents yang takder experience lagi macam mana nak handle baby yang demam, kitorang decide bawak jugak Shein pergi hospistal. Jumpa Dr. Adrian.

Masa pagi nak pergi klinik tu. Kejap nak pakaikan suar panjang sebab sian Shein demam. Kejap nak pakaikan suar pendek nak bagi suhu badan dia tak panas. Kejap nak mandikan, kejap taknak. Tak boleh nak decide. I baca dalam net kalau baby demam and nak turunkan suhu, mandikan dia or lap badan dia. Si Sazli plak kata nanti Shein sejuk. Dah. Malas nak gaduh. Takyah mandi. Pergi jer klinik. I lap-lap sikit badan dia and pakaikan lotion and bedak bagi wongi jugak. Saham kena jaga. Kang busuk masam tak mecho plak. Haha.

Kebetulan Ampang takder air. Sazli mandi guna air paip bomba tu and angkut la air tu naik ke rumah. I pulak naseb tak mandikan Shein dengan air tu sebab kata Dr. Adrian, air bomba tu air tak dirawat. Walau kiter masak macam mana pon, air tu tetap kotor and kekadang sebab guna air yang tak bersih la babies kena sakit kuku, tangan dan mulut tu. So Shein jadik maikeljeksen sekejap, mandi dengan air mineral. Kemain kan? Ko ada?

Kata Dr. Adrian, Shein ada demam sikit sebab kesan inject tu la. Boleh nampak ada kesan merah sikit dekat peha. So dia cek ada ruam ke tak. Takde. Suhu ada sikit. Lung clear. Batok takder. So everything is good. Kalau ada ruam and demam berlarutan sampai 3 hari kena refer back dekat hospistal but nampaknya Shein is good. Alhamdulillah. Tapi dia demam kan? Biasa la cranky sikit. Nak berdukung menempel macam roti tampal jer dekat I.

Dr. Adrian kata, 4 months baby elok kalau kiter meniarapkan dia. Dia akan marah la sebab tak boleh nak bergerak tapi bila dia angkat kepala dia and try to move their body itu macam part of exercise untuk kuatkan backbone and neck dia. Pas Dr. Adrian cakap macam tu baru la Sazlli nak meniarapkan Shein. Kalo tak, kata dia nanti Shein akan lemas. And kalau demam, elok kalau mandikan dia macam biasa dengan air suam untuk turunkan temperature badan dia.

Kata Sarah (kawan I yang ada anak 4 fuyooo giler teror sebaya I anak sudah 4), biasa kalau anak dia demam dia akan lapkan leher dulu. Pastu ketiak kiri kanan, and lepas tu baru la lapkan seluruh badan. InsyaAllah suhu akan turun. Dekat leher tu yang ketama sekali kena buat sebab kelenjar demam ada dekat situ kata dia.

Ni gambar semalam lepas balik dari wedding Epin & Ika dekat Ampang Hilir. Sayu jer tengok dia tidor. Emos jer I padahal Shein sihat jer time ni. Suhu dah ok. Susu minum macam biasa. Everything is ok. Cuma I perasan Shein lepas baik demam asyik la ajak borak adn aktif sikit. Petang semalam I dah tak larat nak layan dia. Lepas menyusu I kata, 'Shein, Mama nak nap sekejap. Shein dok diam-diam yer?' Takder der. Dia bantai ngekek sorang-sorang tengok muka I pastu korek mata hidung mulut ACANEH MAMA NAK TIDO. E!

Ni gambar masa Sabtu malam lepas I balik dari Dewan Merak untuk attend wedding Izzi & Fiza. Tak sempat makan pon Sazli dah call kata Shein nanges kuat-kuat T___T

Sempat la amek gambar sekeping dua dengan Kaklong, Ayang & Intan. Sazli tak ikut sebab nak jaga Shein. Dia risau nak bawak Shein sekali sebab takot nanti Shein demam teruk plak kena embun. Mana entah embun dia sebab kawen kan dalam dewan. Takper. Layankan ajer. Untuk yang komen rambut cendawan and mintak I takpayah pakai scraf tu I mintak maaf. At this moment tak boleh lagi kalau tak pakai aksesori kepala sebab siyes rasa macam cendawan sangat sangat sangat. nanti la I potong fringe dulu eh?



Masa dekat Klinik Dr. Adrian I jumpa dengan kawan I. Suria and her baby Sophie Humayra. Kitorang share Gynea and Paed yang sama. Omel sangat baby ni. Sebijik sama macam muka Daddy dia. Tapi tak sempat nak chat lama and lepak sebab lepas tu Suria kena cek stitches dia pulak dekat Klinik Dr. Ravi.



Ni Shein dengan Suria. Tengok la muka tu. Siap tangan letak dekat dada sambil buat muka seposen. Nak bagitau and ngadu dekat Auntie Suria yang dia demam agaknya. Ngada kan? Meh lempang meh!

So. Tips untuk hari ni. (Amboi, tetiba ada tips). Kalau baby demam, untuk turunkan suhu its ok kalau nak mandikan dia and ingat! Kalau takder air. Jangan sesekali atau sedua kali (???) mandikan baby dengan air bomba. Bahaya and mudah kena infection nanti. Mandikan dengan air bersih ok? Kalau darurat sangat, beli jer air mineral dekat mana-mana and mandikan jer baby dengan air mineral. Kalau sayang nak buang air tu boleh la minum jer. Kalau mati or sakit jangan carik aku. Haha.

-EnD-

5 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

alolooo.. manja nya Shein ngadu kat kawan mama ye

Anonymous said...

Salam Bu, Shein akak nengok makin besar makin nampak macam muka Bubu lerr. Perangai pun mesti ikut Bubu ni kuat menyakat dan kelakar macam mama ya. I like. Bagi akak la, lelaki kalo kuat menyakat dan kelakor ni romantik,baik hati dan caring orangnya tau.Paling ketara muka macam Bubu yang gambar besar sebelah pakai topi tu. Sejibik tau Bu muka shein macam muka Bubu. ABTO


p/s : Orang tua2 kata anak lelaki kalo ikut muka emak sejuk dan serasi. Say yessss to Shein omel.

chanellove said...

ala syomelnya shein! geram je tgk dia hehe

kak su, mama saya kata, kalau baby demam ni mmg partly sebab kena injection or what not. at some point, dia demam ni sebab nak 'membeli'..meaning the baby is buying or learning something new for themselves. u see lps demam tu tau2 da pandai membebel n sgt aktif etc kan...dia nak blaja n dpt something new tu hehehe

anak saya sofea pun same age as shein, grandma (mama) nya slalu exercise kan kaki n tgn dia bagi dia aktif n bagi dia meniarap bgi kuat tulang belakang n tgn dia..lama2 dia akan nak belajar utk pusing meniarap sendiri heee

go shein go!

xoxox

Mimy Hamid said...

aku kalau fayel demam memang tak tido malam la...setiap jam badan dia dia aku lap lap...celah pelipat letak kain basah...ok la boleh turun kan suhu badan

genuine1224 said...

alhamdulillah, anak sy xpenah demam lepas cucuk. tapi kena pantau jugak. klau anak dah demam, jgn biar lama, kang panas makin naik, bule jadi sawan. nauzubillah...