Assalamualaikum…
To be frank sometime bila ada Mommies yang bertanya pada I, Shein bf lagi ker tak? And I cakap dah campur and when they keep on question whh why why, seriously I pon naik fade up. Contoh : Aku bagi anak aku minum susu badan jer. Alhamdulillah sampai skarang anak aku fully bf. Aku hanya nak yang terbaik untuk anak aku sebab tu aku cuba usaha macam mana pon untuk bagi anak aku fully bf. Remember, human milk for human babies! And I diam (tapi dalam hati menangis ok?) And I wonder. Mommies yang bagi anak fm ni (formula milk, bukan fridge magnet. Haha) sebab tak dapat bagi baby susu badan adakah ‘kami-kami’ ini taknak yang terbaik untuk anak kami?
Takkan la sebab nak pertahankan ‘human milk only for human babies’ tu sampai sanggup tengok anak nanges teresak-esak sebab tak cukup susu? I pernah mengadu dekat Yash. Masa tu Shein dalam 40 hari lagi. Still exclusive bf. ‘Yash, susu Maksu cukup-cukup untuk direct feed jer. Nak buat stock macam tak cukup. Maksu cuba nak buat stok, tapi bila lepas pam and Shein nak menyusu nanti susu dah kurang. And Shein akan nanges. Maksu dah buat macam-macam tapi tak nampak pon susu akan banyak and cukup untuk Shein’. Masa taip meses tu toksah cakap la, air mata bercucuran macam air terjun wa cakap lu. Yash kata simple jer. ‘Maksu, itu semua kuasa Allah. Maksu dah usaha. Allah izinkan macam tu so Maksu kena redha. Yang penting Maksu dah usaha’. Pastu I menung and diam jer. Yer la. Balik pada qada’ dan qadar yang dah ditentukan. Mungkin setakat tu jer Allah izinkan untuk Shein dapat exsclusive fully bf.
Apa yang I tak cuba? Semua I buat. Minum air banyak sampai bloated. Tampal kobes kat tetek. Makan habbatus sauda. Makan kurma mahal, makan sup lobak putih, makan vitamin semuaaaaaaaaaaaaa dah. Apa jer yang orang cakap I akan buat. Memang bersungguh and kesian sangat dekat I (boleh tak kesian dekat diri sendiri). Tapi tetap tak cukup. Akhirnya kurang seminggu naik kerja, Mak suruh I cuba bagi Shein fm pakai botol supaya dia biasa. I pon nanti dah nak masuk kerja. Takot Shein taknak langsung kang nanti semua jadik susah. Masa first time Mak bagi Shein fm badan I menggigil lemah macam takder tulang. Over kan? Nanges sembam muka atas bantal macamkan putus cehenta. Sebab rasa, Uwaaaaa dah ada something stranger masuk dalam perut Shein…. Tak nak…….!!! Shein dapat exclusive bf cukup-cukup 50 hari. Walaupun tak mencapai target 6 bulan tapi syukur at least Allah izinkan selama 50 hari.
Dalam pada tu bila malam, Shein tetap akan menyusu badan. I pon makan pil yang Sarah suggestkan tu. Untuk tambah susu. Sakit tetek berdenyut-denyut. Tu kalau Intan langgar tetek I, I memang keluarkan la vavi berkandang-kandang. But anything for U shein, Mama sakit pon takper. Tapi yang sekarang dia dah pandai nak gigit putting tu memang mengundang penampar kat vontot la kan?
Sebab tu kat FB I elak untuk join Fully BF Mommies punya group sebab baca komen-komen pada Ibu yang bagi susu campur buat I rasa geram pulak. Tolong la. Ibu mana yang taknak terbaik untuk anak-anak? Stop la judge. Sedih I. Sampai ada satu ayat ni cakap, ‘Lembu nak bagi anak dia susu tak sebok pon nak mintak susu manusia, tapi manusia nak bagi anak minum susu sanggup mintak sedekah dekat lembu’. Macam tu. Kejam sebegitu ayatnya. Kenapa la sampai ada ayat macam tu boleh keluar. I sedih. Hati I terluka. Lekas hantar I balik rumah Mak Bapak I sekarang!
Haha. Dah. Ok bye.
Jangan nak emos-emos. Hari ni Jumaat. Esok boleh bangun lambat pukul sebelas. Itu untuk yang tadek anak la. Yang ada anak besar Shein, kalo berani bangun la lambat. Tak cukup mulut, Shein korek mata. Haha.
-EnD-
Adelia Sofea & Shein Iskandar
(sekadar gambar hiasan. gitu)
38 comments:
betullah Kaksu dah cuba sedaya upaya..lainlah terus stop tanpa usaha. Tapi tak patut lah dorang2 cakap camtu kan.
Hi Kaksu!! sy selama ni pembaca senyap je blog kaksu tp hari ni rs nk komen skit..sy pon pnah alami bnda mcm nih (and FYI ank kita hmpir sebaya!) mmg sedih giler bila ada je org sggup pertikai knp x fully bf ank..sy rs xde satu mak pon yg xnak fully bf ank msg2 tp bak kata arwah mak sy..rezeki org nih beza2..so kalo dh mmg smp situ jer rezeki kita utk bf ank..terima & redha je la..pekakkan telinga sbb org mmg akn berckp mcm2..lantakkan ajer..sory, terpanjang plak komen sbb sy pon emos bila bab fully bf ank nih..:)
ya sangat tertekan ayat itu..susu lembu untuk anak lembu.dah memang bukan rezeki kita fully bf nak buat macam mana.yang fully bf tu tak payahlah berlagak.andaikata takdir sok lusa Allah tarik rezeki pasti terduduk juga.
Mmg bnyj persepsi mcm tu..kdg mgkin ibu2 tu lupa,,kalau Allah nak tarik nikmat tu,,sekelip mata je..so nape nak bongkak sangat kan,,mmg susu ibu hak baby tapi bak kata kaksu,,, jgn sbb pndirian tu smpi anak kelaparan lak .. Lagipun nak hina2 sgt susu lembu nnti anak da masuk 2 tahun ++ ko kene cari susu lembu jugakkan... Aptb....
hai kak su..sy suka bc blog kak su
sy silent reader je pun..
ni br tergerak hati nk komen..sy pun mummy yg dah x fully bf..dpt 6 bulan je..
kdg2 mummy2 yg fully bf terlampau poyo laa..asal ada mummy yg x fully bf, mesti diperlekehkan..venciii..rilek2 sudah la..rezeki ank masing2 la kn kalo dpt full bf..ni x, nk komen mcm2 & x positif kdg2..siap komen mcm ni 'kesian anak u minum susu lembu je..anak lembu pun menyusu dgn ibu lembu'..sy pernah terkena mcm tu..siap komen 'anak yg minum susu ibu antibodi kuat, yg minum fm selalunya asyik sakit je'..terasa kak su oiii dia kata mcm tu..tp alhamdulillah anak sy sihat..mintak dijauhkan sebarang penyakit..walhal org2 berkenaan tu asyik amek EL je sbb ank demam..bkn sy nk menafikan kebaikan susu ibu, tp perkara ni terpulanglah dgn qada' & qadar drpd Allah swt..mcm sy, smpai luka2 puting duk marmet, pam segala..smbil pump sambil tgk gmbr anak utk byk kan susu..tp dah mmg xdeee rezeki..so mummy2 yg fully bf di luar sana, niat anda utk menegur & bg pandangan tu murni dah..tp cara penyampaiantu biar la supportive & positive..ni x, typical sgt kdg2..
hai kak su..sy suka bc blog kak su
sy silent reader je pun..
ni br tergerak hati nk komen..sy pun mummy yg dah x fully bf..dpt 6 bulan je..
kdg2 mummy2 yg fully bf terlampau poyo laa..asal ada mummy yg x fully bf, mesti diperlekehkan..venciii..rilek2 sudah la..rezeki ank masing2 la kn kalo dpt full bf..ni x, nk komen mcm2 & x positif kdg2..siap komen mcm ni 'kesian anak u minum susu lembu je..anak lembu pun menyusu dgn ibu lembu'..sy pernah terkena mcm tu..siap komen 'anak yg minum susu ibu antibodi kuat, yg minum fm selalunya asyik sakit je'..terasa kak su oiii dia kata mcm tu..tp alhamdulillah anak sy sihat..mintak dijauhkan sebarang penyakit..walhal org2 berkenaan tu asyik amek EL je sbb ank demam..bkn sy nk menafikan kebaikan susu ibu, tp perkara ni terpulanglah dgn qada' & qadar drpd Allah swt..mcm sy, smpai luka2 puting duk marmet, pam segala..smbil pump sambil tgk gmbr anak utk byk kan susu..tp dah mmg xdeee rezeki..so mummy2 yg fully bf di luar sana, niat anda utk menegur & bg pandangan tu murni dah..tp cara penyampaiantu biar la supportive & positive..ni x, typical sgt kdg2..
betul, tak boleh judge people. dan keadaan setiap ibu tu tak sama. bf nie yg paling penting supply dan demand. as working mom mmg kene bertabah hati sangat, sbb perlu kerja yang agak bersungguh untuk pastikan susu ada. pam setiap 3 jam. malam2 bangun pam kumpul stok. takpe, nanti ada rezeki cuba untuk anak no 2...nways mother always know the best for her child. so biarkan mereka yang tempayan...
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/rawatan-ekzema-10-cara-kurangkan-ekzema.html
Alah...rileks la..org yang ckp tu stok susu tetek dia byk..patutnya dia bersyukur jerla..takyah nak riak bagaikan..
i takde anak lg..so taktau lah rasa feeling tu mcmana.tak kisah lah susu apapun.yang penting anak kita tak kebulur.nanti dah besar dia mkn mcm2 jugak..yang penting doa ibu tu..selau doa dan buat yang terbaik cukup..org ckp mcm tu pun..kalau amik kisah sgt..bukan dia bg pinjam pun tetek dia utk susu anak kita kan..fedulik je..baik ko unjoin je group..nak tgk info carik group lain.
hiii... sy pun gatal tgn nak komen klu topik ni. sy join group bf mommy kat fb tu wlaupun sy cuma mampu fullf bf mh daughter smpai 6 bulan je.tp skrg dah jd menyampah dgn sesetengah ibu yg sanggup biar anak lapar sbtakmo bg fm. eeeee.....geram btul.smpai ada yg ckp baby baru lahir boleh tahan 2 hari tanpa nyusu sb usus masih kecik. giler! zalim betul. padahal si ibu 2 dulu pun belum tentu tak minum fm. klu dia nak yg terbaik, mesti dia akan pikir macamana pedih perut anak tu tahan lapar sebabkan ego si ibu tu.
ishhhh...emo terlebih plak.hehe
Salam, Sabar...
dah usaha kan, sekurang-kurangnya bila malam still dia melekap kan, tu kelebihan dia, selak jer ek......(sama ngan i, baby dah setahun setengah)n teruskan la tang malam tu sempai 2 tahun atau sampai ada adik Shein dalam pertut..he..he.... kira bagus sangat dah tu, jangan emosi sangat eh.
key
hehe..ayat manusia mintak tolong lembu bagi susu kat anak bla..bla..bla.. sebijik macam doktor Raees cakap kat aku.
alah Su.. Raees tu.. fully SUSU LEMBU Su oi! Umo baru 4 bulan. Sejak belum abis pantang dah ku bagi susu formula. Dah susu aku takde production. Jangan ngade nak cakap aku tak cuba tak usaha. Dah memang takde. Kering! Itu anak ke3 tu. Tetapppp aku ade masalah susu. Orang bukan sama. Dah dibagi susu banyak tu.. toksah nak megah sangat. Kene tarik nikmat tu kang baru tau.
Susu ibu ke..susu lembu ke..yg penting sama2 kita didik anak kita jadi orang baik2. Amin.
kak su ku syg...
jgn emo2 k. klu de lg yg bkata riak sedemikan rupa, kak su flip je tetek org tu! perlu ke nk riak? sy ank dh 2 pn mse dlm pantang dh bg FM asalkn bby2 ku kenyang. mak sy ckp dlu mse sy bby pn susu lembu gak mak bg mnum. alhamdulilah, membesar gak sy ni. tu bru FM blm lg mak sumbatkn dgn biskut merrie bgai wlaupn blm 6 bln.. hahahaha.. cara tu jgk la yg sy praktikkan kpd ank2 sy. insyallah, ape jua yg kte bg mnum/mkn kt ank2 kte niatkn sj krn Allah swt.. kak sue jgn amik tau sgt ke"riak"an ibu2 yg myakitkn hati tu.. yg penting kak sue sentiasa hppy dlm mbesarkn shien si abg kwsn yg comel, hemsem lg macho itu.. peace yo!!
Lieza Azmi
ramai rupanya senasib..saya pun kekadang nyampah..sampai saya menyampah nk upload pic baby tgh nyusu..penah sekali saya up dlm fb ade plak yg tanya "aikk..bottle feeding?" abih kalo x pakai bottle takkan nak cabut tetek letak kt umh kot..pastu kt kenduri bila saya bancuh susu fm ade plak mulut longkang "nape x bg susu bdn?dok perabih duit beli susu fm buat apa?" bila saya bg jawapan dulu baby saya teruk muntah susu..x boleh susu yg cair..kena bg susu yg pekat sbb tuh saya bg susu khas utk yg muntah..lg pun susu saya ade sebelah je..kanan je..cukup ke?sedangkan 2-2 belah pun ade yg x cukup..boleh plak dia balas "nak seribu daya xnak seribu dalih" time tu saya dah berapi gile k.su kt kezen saya tuh..saya jawab kasar gak la "hg dah ada susu byk..cuba bersyukur jgn dok kondem org..duit aku yg nak beli susu utk anak..x kaco pun duit org" last2 dia blah...huh!!!!!org2 yg susu byk tuh bersyukur la anda mmg ade susu..kami yg jenis susu x bapa nk byk ni jgn la kondem...sedih tau..ade jugak tau yg mmg xde susu wlupun dh mengurut..makcik saya 3-3 anak dia xde rezeki nak susu badan wlupun setitik...
tetiba nak emo kt blog k.su..1 lg kn anak saya kena eczema teruk juga pipi dia...susu fm protien lembu x boleh..HARUS susu soya..dah bunyi plak.."kalo hg bg susu bdn xdak la anak jd cmni..ni smpai kena bg susu soya"
hoiiiiiii....eczema ni susu bdn pun kena la mangkuk...
sekian reply emo dr saya..hahahahha...
Sabar2 su..mulut orang mana bleh ttup..saya mmg 100%BF,tp xde la nak kata kat orang mcm tu sekali.setiap orang xsama..ada yg kering susu masa dalm pantang lg..kalau bg susu campur kira ok la drpd xde terus..saya pun susu da mcam cukup2 jer ni..tp still gigih pump.klu xckup mmg da kena start fm ler.ibu mana yg xnak FB kan..
Just ignore jer orang mulut cam tempayan.
Benci kan? Memang buat emoooo! hihi.. lagi-lagi dgn statement, minum susu lembu jadi anak lembu.. eee poyo sangat..
padahal, lepas umur dua tahun.. budak tu tetap kena minum susu jugak kan.. so, kalau lepas umur dua tahun.. baru la tak di kira anak lembu ek? tak faham..
oo mungkin dia bagi anak dia susu kambing pas dua tahn tu.. tak jadi anak kambing? hahahaha.. susu soya? jadi anak soya.. cakap tak fikir masa depan!
dahtu, dia yang tua tu, tak pernah minum susu tepung langsung ke? puih!
patut, bersyukur la dapat bf baby tu.. takyah nak riak.. rezeki masing-masing, mungkin slek tang tu, lebih tang ni..
kan kan.. tengok siapa yang emo lebih ni? hahaha kbai. :p
kak su.. mmg btol pn. sy pn rsa mrah ngn mommies riak dpt fully bf bb dorg.kdg nurse n doc pn sma gk.. die ingt kita ni bdoh sgt..bkn sngja x nk bg.. d x ada nk mcmne.xkn nk biarkn bb teriak nanges lapokn..bb sya lgla x smpi smgu d bg fm n cmpur ngn bf.. sbb x ckup.. sedih gler..d mcm2 cra nk tmbh sisu.. latest amek shaklee..tp sma gk.. tmbh plak lg bb sya alergic minum susu lmbu n tpksa minum soya..:'( (jue)
reyha, u emo dgn bfeed mom, tp at the same time u pun duk mengata diorg sanggup biar anak lapar sbb x bagi fm... so u rasa u betul dari diorg ke? or u just sama je..
thing is, both group pun ada org yg emo saiko terlebih pasal susu yg korg bg kat anak... everyone wants the best for the baby, so jgn jadi saiko mengutuk others..
yg penting amboi shein.. kecik2 dah pandai berasamaradana ek... abis la sue tak lama lg timang cucu plak... hahahah
Takpe kak su, asalkan anak kita perut kenyang and sihat sudah. Biar la diorang tu nak kata apa susu lembu ke susu badan or what not. Kita yg jaga anak kita bagi makan pakai etc, bkn diorang. Bukan nya kita yg minta utk kita tak ckp susu badan utk bagi anak kita minum smpai besar kan. Allah yg bagi. Saya dulu pun sekejap je Sofea bf. Kurang dari Shein. Dari anak saya lapar asyik tak ckp susu badan, rela saya bagi dia fm. At least dia kenyang, tak meragam n sihat.
Even so, Alhamdulillah Sofea sihat setakat nak masuk 6 months old ni. Tak penah demam or any other illness at all. Lagi cerdik n bijak ada lah. Kita yg sendiri yg dah besar ni pun punca makanan dari binatang juga. Ayam lembu kambing etc. Tak salah bagi anak minum susu lembu sekali pun. Halal bkn nya haram kan.
They are all low minded people!
Hugs and kisses for Shein! Next month dah boleh sama2 makan solid food dengan Sofea! Heee
xoxox
su nanti kita tgk plak anak dia umur dh lebih 2 thn...dia bg susu apa gaknye..pegi ke tak menyembah kat lembu ke kambing ke kan,....sama je dtgnya....anak fully bf smpai umur 2 thn...lebih2 nanti kene bantu susu formula jugak.....
Ermm... from my opinion wtih 3 kids... yang pertama - fully bf hingga 40 hari shj... yg kedua bf hingga 2thn dan yg ketiga... masih bf lagi... sebenarnya bukan makanan punca pengeluaran susu.. mkn byk mana pun supplemen, mkn kurma, lobak atau apa-aa je.. kebanyakkannya hanya sikit shj membantu... punca pengeluaran susu ialah apabila ibu tenang dan relaxs sepanjang masa...abaikan kata-kata yg tak memberi semangat.. emo dan stress adalah satu perkara yg membantutkan pengeluaran susu.. jadi kalao boleh, mulai sekarang, saat ini, cuba bersifat tenang, jauhkan emosi yg tidak membina... dan yg paling penting, curi sedikit masa bersenam dan seperti biasa, jgn lupa 8 gelas air sehari...serta doa DAN tawakal...
salam.. saya setuju sgt2 dgn su and situasi saya sama mcm anonymous (jue). sebulan pon xsampai baby saya fb. sedih, kecewa, jgn ckp lah.. rasa nk menjerit je sebb x kesampaian nk fb baby.. tapi bebrbalik pada rezeki yg Allah bagi, setiap org Allah bagi rezeki masing2 dan rezeki anak saya tuk dpt fb dri ibunya hanya sekejap.. apa boleh buat. kita bukan suka2 xnk fb baby. lg kesian baby melalak2 nangis sbb lapa xcukup susu. jgn lag riak sgt bila dpt fb anak, kang klau Allah tarik nikmat tu trus xdpt susukan ank smpai bila2 baru tahu ape rase. geram sgt dgn mommies yg poyo buat2 terkejut bila kita ckp anak minum fm.
*tampal kobis kat breast akan buat susu tmbh kering* juz inform je *peace*
Su.
Alhamdulillah lah Su dapat fully bf 50 hari.. anak jan hari ke-2 lahir dah bagi FM. Susu badan dapat 3 minggu je. Itu pun kena pam, dapat sangat sikit..3 auns je. Pam sekali lagi, langsung tak dapat!
Lagi sedih kan? Lagi stress dan emo, bila orang sekeliling asyik paksa adakan jugak susu badan bila kita dah usaha, tapi memang takde!
Bukan tak cuba! baby pun takmo direct feed sebab susu tak keluar...lagi sedih tau!
Jan even pregnant dan lepas lahir pun takde rasa bengkak susu ke, susu mencurah2 ke, baju basah ke kat breast..Langsung takde. Lagi sedih kan?
So, baby Jan memang anak FM. Janji dia sihat dan cukup makan!
bab emo, memang Jan sgt emo pasal mende ni, lagi2 tgk komen2 dan pic2 orang yang tunjuk hasil pam/stok depa! sedey tau! kenangkan anak tak dapat bf! :((
choyaya,
i oll nak komen kali ni cos terkena batang idung sendiri, member kat tmpt kerja buat satu geng dlm 5 to 6 org.
koya la duk citer psal breastfeed siang mlm susu byk dan down kan i oll tak fully bf. sampi i oll rsa mcm bersalah kemain.
tapi nya masa tu i oll terpaksa bg fm cos berat baby turun gila2 dlm pantang. so doc yang syorkan bg fm. tp i oll still bf parttime. alhamdulillah kehendak Allah Taala my baby sehat, bijak dan cerdik. even kulit pun lbih cantik dari member2 yg dok eksyen2(series tak tipu) dpt fully bf.
Allah lbih mengetahui.Amin!
hai k.su.. sy suka giler bc k.su pnya blog,n tgk keek... asal la k.su ni lawak sgt ha??!
org yg bf anak tu sbenarnya saiko.. hahaha, teruk2 x nk bg anak minum fm sampai sanggup kekadang cari ibu susuan.. saiko!
xnak anak sakit kalau minum fm,pastu menangis mcm org bodo bg anak minum susu fm sbb susu bdn kurang.."maafkan mama anak, mama takot awak sakit kalau awak minum fm, pas ni mama x bg dah, mama nyesal" nah kau, aku dah bg dialog siap.. asal la banggang sangat kan, abis dulu kau minum susu lembu masa mengandung anak kau x keluar jd lembu pulak...
mentaliti ibu bf ni sebenarnya cetek! ingt anak nk minum susu ibu selama2nya?? abis pas ni susu lembu jugak kau sumbatkan xkn nk bg teh tarik, kopi o kot!... puihhh!
aish korang pun sama last last mengata orang yg fully breastfeed. sama je in the end. patutnya korang jangan mengata balik.
sometimes when people are passionate bout something mmg gitu.
u all yg terasa mesti sebb mende tu betul.
tapi xpe, jangan mengata sesama sendiri. sama sama mak nak yang terbaik.
ish korg nie..kemain mengutuk org yg full fb..rileks sudah..pahala besar tau susukan anak ni..
Sabar kak su, setiap baby ada rezekinya..asalkan dah berusaha, takper, yang sedey tu, ada mommy mmg taknak bagi baby bf sbb alasan taknak nenen kendur, tak patut kan? kira hokay ler dah mmg berusaha, asalkan still lagi bagi walaupun campur fm, dah cukup bagus tu ! syabas !
Word!
Just made a blog entry about this pasal tensen yahamats dgn manusia yg riak, bongkak ladang susu diaorang banyakkk.
lepas tu cemuh mak-mak yg tak mampu/gagal bf anak.
sigh.
yg bestnya ada statement riak, kalau anak minum susu cap gantung, tu baru anak orang.
yg bagi minum formula milk tu, anak dia anak lembu!
so kalau formula milk soy based?
anak kacang soya kottt.
yg mix breastmilk and fm?
anak kacukan lah ehhh?
takpe.
yang penting usaha selagi mampu.
yang ladang susu penuh mencurah-curah, syukur alhamdulillah.
boleh jadi idola mak-mak yang tgh berusaha.
tapi tak mau riak sgt lah huhuhu
Alahai su....sampai mcm tu sekali...meh peluk aku...nangis kat bahu mama qisya ni...at least ko dah bg yg terbaik. Smpai tahap ko nangis, tu la pengorbanan seorg ibu su....huwaaaaaa....
Alahai su....sampai mcm tu sekali...meh peluk aku...nangis kat bahu mama qisya ni...at least ko dah bg yg terbaik. Smpai tahap ko nangis, tu la pengorbanan seorg ibu su....huwaaaaaa....
Su, ko if nak byk susu ngandung smpai 4 tau...aku rasa yg qisya ni lg byk compare2 dgn abg2 yer......
Nak share kata2 dapat dari fb :
" To the mum who's breastfeeding: Way to go! It really is an amazing gift to give your baby, for any amount of time that you can manage! You're a good mum.
To the mum who's formula feeding: Isn't science amazing? To think there was a time when a baby with a mother who couldn't produce enough would suffer, but now? Better living through chemistry! You're a good mum.
To the cloth nappy mum: Fluffy bums are the cutest, and so friendly on the bank account. You're a good mum.
To the disposable nappy mum: Damn those things hold a lot, and it's excellent to not worry about leakage and laundry! You're a good mum.
To the mom who stays home: I can imagine it isn't easy doing what you do, but to spend those precious years with your babies must be amazing. You're a good mom.
To the mum who works: It's wonderful that you're sticking to your career, you're a positive role model for your children in so many ways, it's fantastic. You're a good mum.
To the mum who had to feed her kids from the drive thru all week because you're too worn out to cook or go grocery shopping: You're feeding your kids, and hey, I bet they aren't complaining! Sometimes sanity can indeed be found in a red box with a big yellow M on it. You're a good mum.
To the mum who gave her kids a homecooked breakfast lunch and dinner for the past week: Excellent! Good nutrition is important, and they're learning to enjoy healthy foods at an early age, a boon for the rest of their lives. You're a good mum.
To the mum with the kids who are sitting quietly and using their manners in the fancy restaurant: Kudos, it takes a lot to maintain order with children in a place where they can't run around. You're a good mum.
To the mum with the toddler having a meltdown in the cereal aisle: they always seem to pick the most embarrassing places to lose their minds don't they? We've all been through it. You're a good mum.
Sometimes we all need to hear this, and stop Judging each other.
Please share this with all the mummies you know, they may need to hear these words! "
This was written by a Midwife. xxx
apakah komen mintak2 sedekah tu.. derang xbesyukur ke Allah bg susu cukop tok anak derang siap nak kutuk2 rezeki org lain.. Allah blh bg cukop kat sini tapi mungkin x cukop kat sna.. xpelah kak su oi.. anak sehat happy cergas cerdas paling penting dr kelaparan
huhuhu tergelak² baca pasal susu ni, riak btol korg tetep banyak susu kan, heee saya anak ke tiga ni baru berjaya ebf, dua anak sebelum ni ilmu takde, susu xde, pngalaman apatah lagi, so abang & kakak hanya dapat merasa takat kolostrum je, lps tu bila tetep berdarah dah x bagi, so sumbat la susu FM, ehhhh elok je anak² saya, xde la bunyi moo moo pon, kihkihkih....asalkan sihat sudah...alhamdulillah yg ketiga ni masih berjaya ebf setakat 3 bulan 2 mggu ni...
I sblm ada anak sdr, pernah tegur secara melawak kat sowang hamba Allah ni. Dia mmg EBM mom, tahniah! Tp sgt riak sbb boleh exclusively bf anak dia. Since dia kaitkan anak org x bf dgn ank lembu, pehtu confident ckp budak fm rata2 perangai x elok bila besar. I just told her sambil gelak2 je "kak, tak baik riak kak.. Nnti Allah tarik balik nnti. Akak dulu minum susu lembu ek?"... Terus sentap dia huhuhu...
Post a Comment