Tuesday, September 24, 2013

Nasik Ambeng

Assalamualaikum.

I sambil taip, sambil telan ailio. Ni ha nak cerita. I baru jer call Kak Am yang jual Nasik Ambeng dengan Lontong Jawa dekat Jalan Damai sana tu. Teringinnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Teringat masa mengandung, Lontong Jawa tu la kalau I makan, kemain selera. Dasar tekak jawa. Muntah ke tak belakang kira. 

So far Lontong Jawa yang paling sedap sekali dekat situ la yang I pernah makan. Nasik Ambeng dia pon just nice. Ada lauk ayam masak kicap, serunding kelapa, ikan masin bulu kucing (ke bulu ayam) dengan sayur kacang panjang goreng campur tauhu and fucuk. Ada yang jenis hardcore skek dia bubuh mee goreng. Campur semua gaul cret cret cret makan… Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lokasi dia yang simpang last sekali sebelum LRT Damai. Kedai hujung. Dia ala-ala style rumah jer. Bersih jer kedai tu ala-ala makan dekat kampong. Menu lain ada jugak nasik lemak and kuih muih. I tak pernah try pon. Ni ha number telefon kalau ada yang nak tanya director or nak tempah ke apa. nama dia Kak Am (03-42566559)

Lontong dia memang buat yang original yg nasik balut dalam daun pisang tu. Pastu ada serunding kelapa, rendang, sambal sotong, kuah kacang dengan telur mata. Pooooon I suka jugak. Ni kejap lagi nak ambik nasik ambeng ni ingat nak jugak la lontong jawa. Makan sekali terus. Gemok padan muka.



Ni I amek gambar dekat Google jer. Actual Nasik Ambeng Jalan Damai dah dapat barang bau gua up. Ok?

-EnD-

6 comments:

nurul said...

kenapa nasik ambeng tu nampak sedap sangat. selalu tgk kat kedai takde rasa teringin pun.

kat klang ada lontong sedap. tapi lupa nama gerai tu tapi hujung sekali dekat parking. dekat tepi sungai klang tu dkt2 jugak dgn tempat shopping (lupa nama). sbb dah lama tak jejak kaki kat klang dah.

Anna Dayana said...

bawa keta intan gi amek nasi ambeng tu baik2.. kak su tahu apa yg boleh tak boleh buat dlm keta tu.. ada cctv dalam tu...

hehehehe....

Jan@Afzan said...

oh tidakkk... Su!

terliur tau..tapi tak sabar nak tgk the real nasi ambeng yang u order...tambah telan air liur lahh

btw, ikan bulu ayam lah, takde ikan buku kucing...hehe

Irfa said...

adui..lapar ni

beta kupu said...

k.suuuuuu ikan masin bulu ayam la, bkn bulu kucin! hahahhahaha * siyes gelak smpi nangis wlupun keslhn tu kecik je* heheh

xbrapa suka sgt ns ambeng ni sbb xpenh rs yg sedap mungkin?!

Didi Kar said...

Hahaha ikan masin bulu ayam kaksu..
1 lg lauk wajib nasi ambang ialah sambal goreng (tempe.tahu kering.suhun.petai.tahu)
kalau kat batu pahat ni 1 lagi lauk wajib ialah pucuk ubi rebus. Perghh ni yg rasa nak cari nasik ambeng esok jugak nih hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...