Friday, October 11, 2013

Happy 10 months old Shein (Esok la tapi)

Assalamualaikum.

Esok 12 Oktober 2013 Shein genap 10 bulan. Mama genap 32 tahun. (Hint-hint. Sebenarnya sesambil nak bagitau esok birthday I) Haha. Eh OMG dah 32 tahun I. Giler tuaaaaaaaaaa! Untuk Intan. Intan memang ngek kan? Betul  la Kaksu kata tahun ni Kaksu 32, Intan kompiden kata Kaksu 31 tahun. Gigih aku bawak keluar calculator tadi. 2013 tolak 1981. 32 la ngek! Mati la. Selama ni kalau orang tanya I umur berapa, I confident bagitau bulan 10 masuk 31 tahun. Hahahahah. Mintak maaf. Mak Incik lupa!

Untuk Shein Iskandar aka Abang Kawasan Ampang aka Metayang Mama, Kopopot, Ketopot, Ketapang, Kokopot, Mementet Songken, Ashein Belashin Lashin…  Tenkiu Sayang for this wonderful 10 months. Mama happyyyyyyy sangat-sangat bila ada Shein. Ala. I tau. This may be sound cliché but trust me, bila ada anak ni happy lain macam. Sekarang ni, dia kalau dengar lagu Hindustan dah pandai geleng-geleng kepala. Jap. I copy video dari Instagram I. (Tengok kat entry ni bawah sekali)



Haha. Kata Sazli. Shein memang kuat lagi darah Mengali. Dengar lagu Hindustan, pastu joget. Sebab I masa mengandung, manjang dengar lagu Hindustan. Sampai la sekarang. Si Fizul yang duduk belakang meja I ni tanya, ‘Kaksu, kenapa eh?’ Pastu I jawab nada belagak ‘Entah’. Pastu sambung goyang-goyang bahu. Intan, Dyba dengan Ira dah naik meluat dah. Hahaha. Lantak ah.

Oh. Bapak Sazli, anak kacukan Mengali. Tok Sazli memang asal Pakistan sana. Pakistan jual kain. Ha. Yang Pakistan jual kain tu I sengaja buat cerita. Tapi kalau pergi belah Kedah sana, yang sedara mara belah Bapak memang pure Pakistani. Sebab depa kawen Pakistan sama Pakistan. Memang pakai Punjab semua. Tingat masa kenduri kawen I belah Sazli, kemain ramai orang Pakistan. Dah macam kenduri kawen bangsa tu pulak. Ishk. Patut masa kawen tu I pakai macam Kajol dalam Kuch-Kuch Hota Hai kan? Ok. Nak kawen balik ah. Haha.

Esok I ingat nak bawak Shein pergi jumpa Dr. Adrian sebab semenjak balik dari kampong Kedah last week, dia macam off sikit. Bangun pagi suara a bit husky. Pergi pi la check. Just to make sure everything is ok. I saspek berat Shein macam dah turun skek la sebab dia kan dah melasak. Mana duduk diam. Diam time tido jer pon. Yang lain tadek. Manjat sana, manjat sini.

Semalam I baca dalam suratkabar. Pasal ada baby boy 10 months kena lenyek dengan kereta Mak dia sendiri. Mak dia tak sedar, anak dia ikut dari belakang. Meninggal lepas 15 minit dalam bilik kecemasan. Nauzubillah. I seriau kalau fikir. Ya Allah, jauhkanlah segala bencana Mu Ya Allah. Semoga Shein dan semuaaaaaaaa babies yang Mama dia baca blog ni dalam lindungan Allah selalu. Amin..

I lepas baca paper, terus ajak Intan pergi tengok Shein sekejap dekat Nursery. Bial tengok muka I, Shein happy jer. Walaupon lambat skek panas sebab dia baru bangun tido. Lepas dapat main, gomol and bagi makan, I pon balik. Haih. Bila fikir balik. Nak je benti kerja, jaga anak dekat rumah. Boleh tengok Shein 24 jam depan mata tapi tu la. Keadaan masih tak mengizinkan. I kena kerja jugak lagi. Ongmiskin. Cenggini la.

-EnD-

 Dah macam Abang-Abang sangat Shein ni kan?

9 comments:

NURUL NADIA Jafar said...

beg tepi tv ngan seluar kak su match la.heh

Chooyaya! said...

Ha aaaaaaaaaaaaa! Hahahaha. ngek!

ikafantasi said...

eh 32 ke?mcm 29 jerk..hehe..geram la kat budak comel tu..ggt br tau

Aidah said...

hai... anak kita sebaya lah.. hehe =)

Mimy Hamid said...

kejao dah besar sue...ko bila nak no.2 ehhehe saing meh...

lina said...

ala.. tomeinya shein geleng kepala.
kak su, anak kita beza 3 hari je dengan shein :-)

B. i. e. said...

selalu pikir camne perasaan bila ade anak >_<

hmm kne kawen cepat ni hiks

Fuz said...

Kak Sue Maintain Muda. Masih steady. (okey tak ayat bodek macam ni ke typical sangat?)

NenetPenne (NP) said...

homeinya shein geleng2 kepala dengar lagi tamil..wahhh

makan tisu sedap eh?? oooo maknya kemain sedap makan nasi kandar.. anak dibagi makan tisu jerr??? hahahahahhaah...hahahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...