Tuesday, November 26, 2013

Reunion dekat DeepnDeep

Assalamualaikum.

Ok. Mintak maaf sebab dah lama tak update blog. I bizi menyelamatkan dunia. Remember? I kan Power Rangers Kuning? Sebab sekarang dunia dah semakin aman dengan bantuan I lawan resaksa gorgon, maka I pon akan kembali update blog. Ada baaaanyak sangat nak share tapi tunggu bagi I bernafas molek-molek dulu.  I bizi giler lately. Bulu idung pon baru jer trim ni. Haha. Bongok.

Pasal Shein if ada yang nak tau, He’s ok. Alhamdulillah dah kembali tolong I mengemas dan menghuru-harakan rumah yang sekangkang kera tu. (Thank you Shein). Tak sempat nak urut dada sebab dia terjun tiruk dari kerusi kepala turun dulu, Shein dah masuk bawah meja lepas tu bangun. Lepas tu nanges sebab tak boleh berdiri. Haha.

Ok. Disebabkan Shein dah keluar hospistal maka Intan merancang untuk buat reunion kitorang dekat DipnDip Bangsar. Ira and Dyba pon join. Sarah tak dapat join sebab dia ada hal lain. Poyo jer ada meeting hari Sabtu.

Pastu bebudak ni memang bongok bak ang sebab ngada jer reunion bagai. Padahal memang hari-hari pon jumpa. Hahaha. I bagitau Iza, ‘Kaksu ada reunion Ahad ni kat DipnDip’. Pastu Iza jawab, ‘Iza pon ada, tapi malas. KakSu reunion dengan sapa?’. Pastu I jawab dengan tak bersalah, ‘Dengan Intan, Ira & Dyba’. Hahaha. Pastu terus dapat bongok.

Kitorang memang dah plan lama dah nak makan dekat DipnDip ni. Sanggup tu tak makan dari pagi sebab nak makan kenyang-kenyang tapi bila sampai jer Bangsar, Intan tukar plan kata nak makan dulu Nasik Daun Pisang kat Nirwana depan Bangsar Village tu. Kata jer nak jamah sekali selamat sepinggan dengan lauk sedap nak mampos (gambar will up later) memang tadek la nak jamah jer kan?

Lepas makan nasik terus pergi DipnDip. Orang ramai la. Kena beratur. Masa ni Ira dengan Intan jaga Shein pastu dok berangan menda entah. Tau-tau dah up dalam Instagram cakap ‘Mana Mak budak ni’. Haha. Bongok giler. Pastu biasa la kan? Jakun macam tak pernah pergi Bangsar. Pastu memasing dah jadik Datin la, Puan Sri la. ‘Oh Sorry, I duduk Ampang, tak biasa datang Bangsar’. Pastu, ‘U Datin duduk mana?’, “Oh, I duduk Bangsar jugak. Tempat orang kaya’. (sambil libas rambut) Pastu Ira terus potong. ‘U Bangsar dekat Abdullah Hukum kan? Dekat Rumah flat warna-warni tu, U jangan nak macam-macam’. Hahahaha.

Bongok kan? I kalau melayan bebudak ni memang mati la. Mana ada serious. Berangan berangan berangan 24/hours a day. Lepas tu kalau dapat jer soalan bodoh, ada jer jawapan bodoh yang akan dapat. Tingat masa dalam train nak balik opis dari KLCC Intan tanya I sebab dia nampak ada orang pempuan ni, separuh muka dia ada taik lalat. ‘Kaksu, kenapa muka dia macam tu?’ Pastu I jawab, ‘Ooooo masa Kaksu kerja doktor dulu, dia tu kena sakit kulit. Eeeeee Mana la aku tau!’ . Hahaha. So jangan sesapa berani nak tanya soalan bukan-bukan. Nanti dapat la jawapan bodoh.

Jap.

Guys. I nak pergi tengok Yatt Hamzah dekat Dewan Perdana kejap. Dia ada buat program kat opis I harini. Talib (Laki ia) dah call. ‘Ko bila nak sampai Makcik?’ Haha. Catch u guys later ok? Ni bagi satu gambar DeepnDeep jer dulu. Bye!

-EnD-

 DipnDip. menggila Sedapnya!

1 comment:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue...
lama tak baca Sue merepet.
Sue, gambaq sblh marshmallow rendam tu, sekali tgk cam kulit ulaq...
eeeewwwww :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...