Thursday, January 16, 2014

Baby Bites Jer.

Assalamualaikum.

Semenjak Shein dah dapat kaki ni, if nak makan dekat luar musti kena umpan dia dengan something untuk buat dia diam dekat baby chair for at least for 30 minutes. Bila dia diam, senang la emak dia nak makan. Kalau dia dah manjat keluar dari baby chair, nak bejalan, meroyan baring dekat lantai memang hazab. Haha.  
His favorite bite sekarang ni is Baby Bites ni. I beli 3 flavor. Original, Carrot and Banana. Kekadang kalau nak keluar, I standby sampai 6 bungkus. Satu bungkus ni dalam dia ada 2 keping.

Baby Bites. Yang ni perisa carrot. 

So far kalau Shein makan yang ni, dia tak la tercekik. Sebab Shein jenis kalau nak makan, dia akan gigit besar-besar macamkan gigi dia ada 10 batang. Tamak. Tapi makan baby bites ni, ok pulak dia. Macam baby onglain, ada yang terror. Umur 6 bulan dah boleh makan Farley Rusk yang sekeping tu. Shein tak boleh. Nanti dia akan tercekik. I tak berani nak bagi. Bab makan solid food dia memang lambat sikit. Makan dia nak, tapi tu la. Mudah sangat nak tercekik/termuntah.

That’s why sampai sekarang if buat makanan dia, I tak la bagi ketul-ketul sangat. Sian kat Shein. Slowly I ajar dia. Ikutkan Shein, dia suka makan puree je. Takyah kunyah. Masuk mulut gedegap telan. Settle.  Jenis pemalas nak kunyah.Tapi tak boleh la kan? Memang kena ajar dia makan makanan yang ada chunk ni jugak sebab kalau la biar dia makan puree je nanti dia nak makan puree je. Takmau makan yang lain and nanti also tak baik untuk usus dia.

Ada Kakak Nurse dekat Klinik Dr. Adrian bagitau, ada this one patient. Anak dia makan puree jer sampai 2 tahun. By the time dia nak try bagi makanan yang chunk, anak dia akan sembelit sebab perut tak tahan. Biasa makan puree, sekali makan ketul-ketul. Terkejut la perut dia. So anak dia kena sembelit and bergantung dengan ubat sembelit Duphalac tu. Kiter taknak la macam tu kan?

Yang biskut Baby Bites ni, easy to hold. And tak sememeh. Sesuai untuk Mak-mak yang jenis tak boleh tengok anak comot. Sekejap kang lap mulut. Kejap kang tarzan sebab makanan kena kat baju. Haha. Pastu dia akan mudah cair dalam mulut. I dah try dah. Takde la rasa sedap sangat tapi aku tengok Shein kalau makan selera bukan main. Kalau lambat hulur dah buat perangai golek-golek kepala dia tu.

Tapi nak keep dia diam berlama-lamaan memang susah jugak. Bila dia dah bosan, kiter bagi dia, dia suap kiter. Takpon campak kat lantai. Bersepah-sepah. Mangkok, sudu, napkin, henpon or mana yang dia dan capai, habes dicampak dekat lantai. Biasa kalau macam ni, Sazli la mengalah. Dia angkat Shein, bawak gi jalan. ‘Bubu makan slow-slow. Take your time. Papa jaga Shein’. Ha bagus. Terus makan kunyah 40 kali sebab nak ikut sunah nabi. (Dan dan aje).

Harga dia satu kotak dalam RM7++ kot? Lupa. Tak semua kedai ada. Dyba haritu beli kat Fresh Market and I beli dekat Cold Storage.  

Good Luck! (Tetiba)

-EnD-

5 comments:

Ayu sukatiakula said...

my aqil dulu cuma suka flavor carrot. original ngn pisang tu memang dia reject.. bila maknye rasa memang carrot yg paling sedap among 3 flavors tu..

la ni, kalu bg puree/bubur tu half blended halp lg biar kasar2 sikit..

Ibu Dhia Danial said...

kite bg anak kite yg kotak hijau, perisa ayam + sayuran.. sedap gak.. kdg2 kite pon makan.. haha.. tp mmg best sbb baby makan tak como0t sangat mcm makan farleys rusk tu..

aisha said...

Hi Sue,
maybe leh bg si comel ni plak.. kat jusco ada jual.. tp susah nak dpt kat kedai.. ada byk jenis rasa..
http://www.littlewhiz.com/pd-happy-baby-organic-banana-puff.cfm

p/s: just tanya Dr A, baby bites ni ok ke? sbb baby bites ni agak tinggi gak sodium dia.. sbb tu budak suka..

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue, Yup mmg sedap ni. kami pun makan ni gak ni smp la.. anak yg 6 thn tu pun klu nak jajajn, mmg ini lah yg kami beli :P

A.L.I.N.A said...

salam k.su..sama la kite..saya kalo gi mkn mana2..umpan baby bites ni kt zara..xpun biskut heinz ape ke nama ntah..ade rasa banana,coklat,apple..baru aman skit nk mkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...