Friday, January 3, 2014

Chooyaya Secret Garden Featured In Harian Metro (Ini Semua Poyo!)

 Assalamualaikum.

I baru je balik dari bawak Shein pergi Hospistal. He’s doing well. Aritu yang dia admitted sebab Acute Bronchitis tu kan, so arini kena bawak dia jumpa Dr. Adrian lagi for review and just to make sure everything is ok and Shein amek MMR untuk setahun tu. Alhamdulillah semua pon ok. Sheinnnnn nak uwet! Ko jangan nak demam ke apa dah. I pon saspen je ni.

Kata Dr. Adrian, percentage untuk demam after ambik MMR is only 2-3%. Very low. Don’t trust 100% apa yang U baca dekat internet pasal keburukan MMR. Tanya dia dulu if confuse apapa.  Yerlaaaaaaaaaaaa. Garang pulak.. Hopefully Shein kuat la skek eh? Mama dah naik segan dah nak berulang klinik sampai nurses Dr. Adrian cakap I ada share dekat situ. Siot. Haha.

Shein sekarang aktif nak mampos, maklumlah member baru dapat kaki memang tak arrr nak duduk diam. Memang kerjanya nak kena tangkap dia je. Macamkan kiter ni tak payah nak buat kerja lain selain dari mengekor dia kehulu kehilir. Dia bejalan rempuh je semua kerusi pintu meja semuaaaaaaaa la. Tadek eh nak brek-brek. I pon dah beli dah menda yang lekat kat bucu meja almari semua tu sebab takot kena kepala Sheindong. Dengan I belikan dia guard dekat lutut tu sebab asyik la jatuh. Jalan dah macam ongmabok.

Lagi satu. Kikiki. Harini I masuk dalam Metro pasal blog ni ha. Segan pulak nak cerita. Sapa yang cakap I poyo, I ngaku jer. Memang aku Poyo! Hahahahaha. Bongok.  Dalam article tu ada tulis pasal I ada kawan Pakar Nutrisi. Padahal Dr. A tu Pediatrician, tapi takper la. Janji ada kena sikit-sikit. Haha. Kang komplen banyak-banyak ada yang makan penampar dengan Kak Aida.

Anyway untuk anda semua. Selamat menyambut Tahun Baru 2014! Semoga semua impian dan cita-cita anda semua tercapai. Biar semua orang happy. Biar semua orang bahagia and sihat-sihat sahaja. Apapa pon yang anda tempuhi kena ingat, semua ni Allah dah aturkan. Baik buruk, mesti Dia actually ada plan yang paling bagus untuk semua orang.

Untuk I pulak. Semoga boleh jadik Pembaca Berita soon. Hahahahahhahah.

HAPPY NEW YEAR U’OLLS!

-eNd-

 Cecece

Kawad Shein, Kawad!

 Kata Ira, Bulu Mata Rozita Che Wan. Haha. Tak macho la Shein, bulu mata panjang.

4 comments:

Yutaka said...

hebatnye ko dik, glamer masuk paper... senyum sampai tekeluar gg ko. muahs!

yang benar, yut

Unknown said...

tahniah!!!comel anak awk..jemput follow blog saya

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Cikla Shahril said...

Tu la... tdi terbaca pasal blog akk kt metro... tu yg terus follow tu. Btw.. jemput follow my blog ya

http://ciklapunyabelog.blogspot.com/

Tqvm

Muahhh

eda said...

ecececece tumpang vangggaaa!!
tahniah kasuu hehe

"nk upah duet "