Friday, February 7, 2014

GE Mall and Umar's Birthday!

Assalamualaikum.

Sapa sini duduk Ampang angkat tangan!

Kalau duduk sini, mesti tau GE Mall kan? GE Mall definitely menjadik tempat terpaling favorite I so far. Biasa kalau datang sini, nampak orang yang sama jer. Balik-balik Azwan Ali sampai dah jadik member dah aku dengan dia. Hahaha. Dia suka sangat dengan Shein. Haritu masa kitorang lepak dekat Starbucks, si Azwan dok la amek gambar dengan Shein segala.

Lepas tu dia blah pergi tempat lain and later on dia pergi la dekat Shein yang tengah lari-lari dekat tengah  tu. Skali Shein buat bodoh jer. Azwan cakap, ‘Amboi Shein, ko buat taktau jer dekat Azwan Ali. Diva ni ok?’ Hahahha. Mampos I gelak! Bongok kan? Mana la Shein tau dia tu Diva AA. Hahaha. Sedang I pon ini mak dia pon kalau dia tadek mood dia tak layan, inikan pulak orang lain.

Usually orang-orang dekat area sini jer yang suka datang lepak sini. Sebab bukan ada apa sangat pon. Seriously. Kalau nak window shopping memang tadek apa kot? Kedai baju pon selain dari Hi-End boutique macam Innai and a few boutique mahal lain, cuma ada British India jer. Tapi British India sini best, barang-barang hiasan rumah pon ada. Kalau tempat makan, kat sini ada O’Briens, Secret Recipe, Starbucks, Alexis, Kiku Zakura, Madam Kwans, Chicken Rice Shop, Cozy House, Penang Village and ada lagi la a few tempat makan lain.

Kedai baby ada dua tiga tempat tapi usually dekat sini harga dia tak sama la macam dekat Manjaku, Anakku segala. Sewa kedai mahal kot? And yang terpaling best sekali dekat sini ada Kidz Sports & Gym! Kitorang kalau pagi pergi breakfast dekat O’Briens (Kata Nadia, why do U like this overprice sandwich? Haha) kitorang akan bawak Shein datang main dekat sini. Memang besar and puas hati, kolam bola dia I pon boleh berenang sekali. Dari segi keselamatan pon I puas hati. Untuk 2yo below, RM12.00/entry and 2yo sampai 12yo RM38.00/entry.  Stokin jangan lupa bawak sebab stoking sini RM6.00 sepasang, dah tu cap ayam je pon.

Untuk bebudak besar ada macam-macam activity. Ada colouring, drawing, painting. Tapi Shein tak pandai lagi. Dia letak je duduk bersila dalam kolam bola tu, setel. Masa first time datang dia tak berapa pandai, dok jakun observe kawan-kawan lain dekat sekeliling, I baling bola dekat dia pon redhaaaaaaaa je pejam mata sebab takot bola. Sekarang dah ada melawan sikit-sikit. Haha.

Oh. Lagi satu. I suka nursing room dia. Memang selesa and complete. Lagi satu sebab ada Cold-Storage besar and Guardian. I don’t know why, tapi I suka tengok sayur-sayur dalam Cold-Storage. Kata Sazli, sewel ke apa tengok sayur sampai mata berkaca-kaca. Haha. Lantak ah. Dia tak paham jiwa orang suka makan ni. Haha.

Bebaru ni, Ellis buat birthday Umar dekat Kidz Sport & Gym ni and dia invite us. Padahal pagi tu dah pergi KLCC and singgah Toy R Us beli prezen for Umar tapi blur tak tau nak beli apa and again, GE Mall menjadik penyelamat sebab dia pon ada Toy R Us.  And Toy R Us dekat sini tak crowded sangat macam KLCC. Bagus. Shein pon boleh lari-lari dengan gembira.

Apa lagi nak citer? Ha. Parking pon selalu ada je banyak. And kalau pergi sana, parking RM1.00 je kena. Tak pernah pulak kena more than that. And tempat ni tak crowded and rasanya, selain dari cleaner I tak nampak mana-mana Myanmar, Bangla ke apa. Aritu pon masa CNY kitorang datang sini, clear je. Dengar cerita kat KLCC dah jadik macam mini Bangladesh. Mak seram.

Ok sekian sahaja entry berilmiah pasal GE Mall. Dah boleh sangat ni kalau nak jadik duta (Selepas Azwan Ali) Kah kah kah.

-EnD-


 Masa birthday Umar. Tu Umar dekat belakang kitorang tengah busy with balls. Dah tak terkawal dah Umar time ni. Semua orang dah masuk bilik makan nak potong cake, dia boleh lari-lari main kat dalam kolam. Pastu bila suruh potong cake, nanges and blur. Haha. Umar sebaya Shein, tapi dia lahir bulan 2. So dia tua 10 bulan dari Shein. 


Kata Sazli, jom la beli kolam ni Bubu, kiter letak kat rumah. Seronok je nampak Shein main. Dah tu, yang tukang nak kutip bola ni semua sapa? Tak pepasal OCD menyerang nanti I tak dapat tido dok fikir bola beterabur. Acane?


Ellis. Petite je. Tu yang kat sebelah tu namanya rasaksa gorgon. Ellis ni sewel jugak. Suka order banyak-banyak makanan. Lepas tu tak habes tapi cara bercerita sedap sedap sedap macam kuat makan sangat, yang tukang habeskan sapa? I jugak. Untuk kawan office Ellis, Ha betul la ni Chooyaya. Yang rambut kenteng tu husband dia. Bukan Awie tau? Haha.



Ni gambar kidnap dari Diva AA punya Instagram. Mulut tetaaaap nak muncung. Gegham aku nak tunjal.


Hari Kejadian Shein and Diva AA. Time ni I lunch dengan Mira and Hana dekat Cozy House lepas tu lepak minum kopi (macam minum kat kedai kopi tepi simpang rumah ketua kampung) dekat Starbucks yang HALAL. 



Time ni dekat O'Briens and kami anak beranak tak mandi. Cool giler. Haha.

7 comments:

ziela said...

Su..ur blog is so informative...shein mmg comeyh sgttttt...can't wait to baby of my own taw...ta sabar ta sabar..hehe giteww...kita pon duk ampg taw..one day nty nk try lepak kt GE Mall tu..sounds interesting...very the kte org..hehe...

ieda iedana said...

Shein hensem.
mama dia, comel. rawksaksa yang comel. hahaha. larikss

Chooyaya! said...

ziela : awak, awak ampang kt mana?

Chooyaya! said...

ieda iedana : heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Anna Dayana said...

Sheinnndongkedondong... see u this sunday.. yg lain jgn jelez ye.. auntymama coming!!!

ziela said...

Kita kt pandan cahaya je.: )

Mimy Hamid said...

dulu aku keje ampang rajin ar gi ge malll...aku suka makan cozy kat atas tu...sdap lagi tak eh