Assalamualaikum.
Sapa sini duduk Ampang angkat tangan!
Kalau duduk sini, mesti tau GE Mall kan? GE Mall definitely
menjadik tempat terpaling favorite I so far. Biasa kalau datang sini, nampak
orang yang sama jer. Balik-balik Azwan Ali sampai dah jadik member dah aku
dengan dia. Hahaha. Dia suka sangat dengan Shein. Haritu masa kitorang lepak
dekat Starbucks, si Azwan dok la amek gambar dengan Shein segala.
Lepas tu dia
blah pergi tempat lain and later on dia pergi la dekat Shein yang tengah
lari-lari dekat tengah tu. Skali Shein
buat bodoh jer. Azwan cakap, ‘Amboi Shein, ko buat taktau jer dekat Azwan Ali.
Diva ni ok?’ Hahahha. Mampos I gelak! Bongok kan? Mana la Shein tau dia tu Diva
AA. Hahaha. Sedang I pon ini mak dia pon kalau dia tadek mood dia tak layan,
inikan pulak orang lain.
Usually orang-orang dekat area sini jer yang suka datang
lepak sini. Sebab bukan ada apa sangat pon. Seriously. Kalau nak window
shopping memang tadek apa kot? Kedai baju pon selain dari Hi-End boutique macam
Innai and a few boutique mahal lain, cuma ada British India jer. Tapi British
India sini best, barang-barang hiasan rumah pon ada. Kalau tempat makan, kat
sini ada O’Briens, Secret Recipe, Starbucks, Alexis, Kiku Zakura, Madam Kwans,
Chicken Rice Shop, Cozy House, Penang Village and ada lagi la a few tempat
makan lain.
Kedai baby ada dua tiga tempat tapi usually dekat sini harga
dia tak sama la macam dekat Manjaku, Anakku segala. Sewa kedai mahal kot? And
yang terpaling best sekali dekat sini ada Kidz Sports & Gym! Kitorang kalau
pagi pergi breakfast dekat O’Briens (Kata Nadia, why do U like this overprice
sandwich? Haha) kitorang akan bawak Shein datang main dekat sini. Memang besar
and puas hati, kolam bola dia I pon boleh berenang sekali. Dari segi keselamatan
pon I puas hati. Untuk 2yo below, RM12.00/entry and 2yo sampai 12yo
RM38.00/entry. Stokin jangan lupa bawak
sebab stoking sini RM6.00 sepasang, dah tu cap ayam je pon.
Untuk bebudak besar ada macam-macam activity. Ada colouring,
drawing, painting. Tapi Shein tak pandai lagi. Dia letak je duduk bersila dalam
kolam bola tu, setel. Masa first time datang dia tak berapa pandai, dok jakun
observe kawan-kawan lain dekat sekeliling, I baling bola dekat dia pon
redhaaaaaaaa je pejam mata sebab takot bola. Sekarang dah ada melawan sikit-sikit. Haha.
Oh. Lagi satu. I suka nursing room dia. Memang selesa and
complete. Lagi satu sebab ada Cold-Storage besar and Guardian. I don’t know
why, tapi I suka tengok sayur-sayur dalam Cold-Storage. Kata Sazli, sewel ke
apa tengok sayur sampai mata berkaca-kaca. Haha. Lantak ah. Dia tak paham jiwa
orang suka makan ni. Haha.
Bebaru ni, Ellis buat birthday Umar dekat Kidz Sport &
Gym ni and dia invite us. Padahal pagi tu dah pergi KLCC and singgah Toy R Us beli prezen for Umar tapi blur tak tau nak beli apa and again, GE Mall menjadik penyelamat sebab dia
pon ada Toy R Us. And Toy R Us dekat
sini tak crowded sangat macam KLCC. Bagus. Shein pon boleh lari-lari dengan
gembira.
Apa lagi nak citer? Ha. Parking pon selalu ada je banyak. And
kalau pergi sana, parking RM1.00 je kena. Tak pernah pulak kena more than that.
And tempat ni tak crowded and rasanya, selain dari cleaner I tak nampak
mana-mana Myanmar, Bangla ke apa. Aritu pon masa CNY kitorang datang sini,
clear je. Dengar cerita kat KLCC dah jadik macam mini Bangladesh. Mak seram.
Ok sekian sahaja entry berilmiah pasal GE Mall. Dah boleh
sangat ni kalau nak jadik duta (Selepas Azwan Ali) Kah kah kah.
-EnD-
Masa birthday Umar. Tu Umar dekat belakang kitorang tengah busy with balls. Dah tak terkawal dah Umar time ni. Semua orang dah masuk bilik makan nak potong cake, dia boleh lari-lari main kat dalam kolam. Pastu bila suruh potong cake, nanges and blur. Haha. Umar sebaya Shein, tapi dia lahir bulan 2. So dia tua 10 bulan dari Shein.
Kata Sazli, jom la beli kolam ni Bubu, kiter letak kat rumah. Seronok je nampak Shein main. Dah tu, yang tukang nak kutip bola ni semua sapa? Tak pepasal OCD menyerang nanti I tak dapat tido dok fikir bola beterabur. Acane?
Ellis. Petite je. Tu yang kat sebelah tu namanya rasaksa gorgon. Ellis ni sewel jugak. Suka order banyak-banyak makanan. Lepas tu tak habes tapi cara bercerita sedap sedap sedap macam kuat makan sangat, yang tukang habeskan sapa? I jugak. Untuk kawan office Ellis, Ha betul la ni Chooyaya. Yang rambut kenteng tu husband dia. Bukan Awie tau? Haha.
Ni gambar kidnap dari Diva AA punya Instagram. Mulut tetaaaap nak muncung. Gegham aku nak tunjal.
Hari Kejadian Shein and Diva AA. Time ni I lunch dengan Mira and Hana dekat Cozy House lepas tu lepak minum kopi (macam minum kat kedai kopi tepi simpang rumah ketua kampung) dekat Starbucks yang HALAL.
Time ni dekat O'Briens and kami anak beranak tak mandi. Cool giler. Haha.
7 comments:
Su..ur blog is so informative...shein mmg comeyh sgttttt...can't wait to baby of my own taw...ta sabar ta sabar..hehe giteww...kita pon duk ampg taw..one day nty nk try lepak kt GE Mall tu..sounds interesting...very the kte org..hehe...
Shein hensem.
mama dia, comel. rawksaksa yang comel. hahaha. larikss
ziela : awak, awak ampang kt mana?
ieda iedana : heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Sheinnndongkedondong... see u this sunday.. yg lain jgn jelez ye.. auntymama coming!!!
Kita kt pandan cahaya je.: )
dulu aku keje ampang rajin ar gi ge malll...aku suka makan cozy kat atas tu...sdap lagi tak eh
Post a Comment