Thursday, February 6, 2014

Isu Halal/Haram Starbucks, Secret Recipe Dan Chicken Rice Shop

Assalamualaikum.

Ok. Straight to the point. Lately ni banyak sangat kan kiter dapat forwarded WhatsApp and jugak dekat FB pasal issue Halal tidak Halal Starbucks, Chicken Rice Shop, Secret Recipe & Mc Donalds. Kiter dapat, kiter forward pada kawan-kawan lain tanpa kiter selidik dan tau menda tu betul atau tak. If betul berita yang disampaikan Al-hamdulillah la sebab kiter dah bantu ramai orang lain yang tak tahu yang those place is haram supaya stop pergi makan dekat sana. But kata la if menda tu sebenarnya tak betul , makanya dah jadik fitnah. Kan? Nak ke tabor fitnah? Tak takot ke makan daging saudara sendiri dekat akhirat nanti?

If. Kalau kiter bijak sikit. Sebelum forward tu apa kata carik dulu jawapan samaada betul atau tak berita yang disampaikan tu. Come on peeps. Information dihujung jari. Boleh Google kan?So, menjawab kepada status halal haram kedai-kedai makanan yang I sebutkan tadi  yang I sendiri dah dapat WhatsApp and tengok dekat Social Networks lebih 10 kali ni, so I pon carik jawapan and I jumpa dalam website ni. Its HALAL.

And bercakap dengan salah seorang kawan I yang pernah jadi Barista dekat Starbucks, segala mala jenis ingredients akan diambil sample (hatta chocolate powder) untuk buat test halal/haram ni. Bukan semudah tu JAKIM nak keluarkan sijil HALAL ok? It’s a longgggggggggggggggg process! Sian dorang buat kerja penat-penat segala lepas tu orang pertikaikan lagi T___T

And bila JAKIM sendiri dah buat pengesahan tentang perkara ini, I rasa tak perlu la lagi nak pertikaikan pasal halal/haram kan? Tepuk dada tanya selera. Menuduh makanan tersebut haram satu hal dan jugak lepas tu timbul pulak ayat poyo macam, ‘Jangan nak bangga sangat la minum/makan dekat Starbucks tu. Konon hebat sangat la?’. Astaghfirullah. Very narrow minded. Seriously. Kalau rasa bercakap tu boleh menyakitkan hati orang by nak peril/tunjuk bagus ke apa baik tak payah. Kan?

Sebab orang yang berilmu biasanya takkan keluar ayat-ayat emotional like that. Maksud I berilmu ni ialah get the facts right before kiter buat any statement. Cari bukti dulu baru bercakap. And If dah tau one thing tu betul, terima je la dengan hati yang terbuka. Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. When its Halal, its halal la. When its haram, its haram. Kan? Tapi kalau kiter sendiri dah rasa was-was pon dah jatuh haram. And if kiter ada trust issue dengan apa pon dalam dunia/hidup ni semua things akan jadik complicated.

Kang aku bebel-bebel pasal ni kang ada pulak yang kata. ‘Kau siapa nak cakap pasal agama?’ Pergi pakai tudung dulu la wei, tutup aurat tu dulu. Dah sah-sah la haram kan? Kenapa kau buat jugak’

Yeah. I know. Selalu kena pon. **Jalan menunduk seret kaki.

Haha.

Btw, alang-alang dah cakap macam ni. I nak share pasal macam mana adab nak menegur orang lain yang I dapat dari sini.  7 peringkat pendekatan dakwah dari Imam Ghazali. I copy sikit eh?

Orang yang menegur dengan cara yang menghina dan menyakitkan adalah umpama orang yang melepaskan orang lain dari api dengan membakar dirinya sendiri.

Nampak tak? Kiter ingat nak menegur tapi bila yang menegur pon suka main peril-perli, double meaning segala sebab more to nak menyakitkan hati so dah jatuh berdosa. Ok?

Sebolehnya kalau nak menegur janganlah didalam forum atau dimana semuaaaaaaaaa orang boleh baca. Sebab tu dah boleh menyakitkan hati/memalukan pihak ketiga. There’s always a way untuk menegur. Private Message contohnya. Sebab sebenarnya, tanpa kita sedar, kalau kiter menegur orang yang silap dengan diperhatikan oleh orang lain, yang menegur tu dah jatuh Riak. Kan?

Kalau bahasa senang. Kau ni aper yang nak tunjuk bagus maki segala nak menegur aku kat depan orang ramai ni? Tahap mana yang kau nak aku malu ni? And kalau aku malu, self-esteem aku jatuh ke tapak kaki kau maka kau gembira la eh? Sebab dah berjaya memalukan aku? Ke macam mana?

So guys, remember this. Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, memberi jangan sampai mengungkit, bercakap jangan sampai takbur…

Elakkan la diri kiter supaya memandang rendah sesame kita. Sebab orang yang harini tak pakai tudung, orang yang harini kaki maki mulut cilaka, orang yang hari ni ingkar perintah Allah, siapa tahu yang merekalah yang paling ikhlas, yang paling lembut yang paling mulia disisi Allah satu hari nanti. Bersihkan hati sentiasa ok?

Sebab, sekarang ni mudah sangat society nak ‘menerakakan’ orang. Jangan kiter hina permulaan seseorang sebab kiter tak tahu bagaimana pengakhiran mereka.

Stop being judgmental.

OK?

Sekian tazkirah hari Khamis. Semoga beroleh manfaat. Amin…

-EnD-




16 comments:

Home4health said...

serius entry Sue hari ni.btw,its good!!

Chooyaya! said...

Ha. garang tak? hahahhahaha

ieda iedana said...

Insyaallah K.sue. kita sama2 doa ok?

btw, tade picture shein ke? hahaha...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Teringat frappucino mocha praline uuuhhh.. betul. Kalau dh was2 xyah makan. Dan takyah plak hasut org lain kan.

anna hashim said...

ye kaksu..setuju sangat..
lagipun tak MEWAJIBKAN untuk memohon status HALAL..nak submit HALAL cert mmg senang, thru online jerk..tapi ada longgggggg proses, ada mcm2 audit,GMP n many more..klu bahan2 yg kita guna semua HALAL tapi kilang kita mak aiihhh kotor, jgn harap boleh dpt status HALAL ye..lagi satu plg cepat bleh dpt HALAL CERT is 3 mnth,pplg lmbt? makan tahun la..biasanya kes yg da mohon bertahun2 tp still x dpt status HALAL mgkin audit x lepas..GMP x lepas ke...hehehee :) so kepada semua, sebelum share sesuatu perkara tu silalah kaji dulu..jgn main share jerk....

Chooyaya! said...

ieda iedana : tu ha dah letak kt entry atas.

Chooyaya! said...

mrs yana : beeeetuuuul!

Chooyaya! said...

anna tansri hashim : kan? payah kot nak dapatkan cert halal. some people they not understand. infact bila dah dapat sijil halal pon dorang nak pertikaiakn jugak. acane?

cikengojes said...

nice words!
(:

cikengojes said...

nice words!
bravo (:

cikengojes said...

ops! mintak premission share bberapa statement ya. tq in advance (:

마리얌 said...

nak tanya, makanan yang Starbucks jual pun halal kan?

Chooyaya! said...

its halal :)

Anonymous said...

btol2..aq stuju..aq paling benci org yg x mampu pastu dengki tgk org lain pegi mkn mahal..suke hati lah..org cari duit sndri..x mintak duit dorg kan..pandai mkn mhal2..pandai2 cari duit..

Anonymous said...

btol2..aq stuju..aq paling benci org yg x mampu pastu dengki tgk org lain pegi mkn mahal..suke hati lah..org cari duit sndri..x mintak duit dorg kan..pandai mkn mhal2..pandai2 cari duit..

Unknown said...

boikot israel pliss