Thursday, February 27, 2014

Konsert Teaterikal Suara Kita. Jumpa Di Sana!

Assalamualaikum.

Woo Hoo!! Tak lama lagi dah nak tengok Konsert Teaterikal Suara Kita. I pergi first day. 3 haribulan 3, 2014 (Isnin) tu jugak. Tak sabar nak mampos. Sazli la paling excited beli tiket. Dah sebulan dah dia beli. Kata jer tiket jual zaaappppppp terpacak la I dengan Sazli dekat Kaunter Tiket Istana Budaya. Kah kah kah.

Sebab kitorang ada favorite seat dekat IB. Row F. Takot nanti ada orang ambik. Biasa memang kalau Konsert kitorang ambik F sebab tak la depan sangat nak tengok. Sebab kalau depan sangat, orang tengok guna mata, kau tengok guna lobang hidung. Haha. Lagipon Sazli ada vertigo. Member mana la boleh dengar music kuat-kuat, speaker sebelah telinga ke, sebab nanti dia migraine. Lagipon Row F dia ada jarak yang luas sikit antara seat kiter dengan seat depan. Bangsa laki bini bagak. Kaki panjang. Kot nanti dok tendang-tendang kerusi depan tak pasal dapat penampar. Haha. Eh kau? Eksaited benar bunyiknya bercerita ni?

Sazli dah la kartun nak mampus. Kalau kitorang dah beli tiket kat kaunter kan? Nanti sampai office, cek balik online punya tiket. Tengok seat kitorang available ke tak lagi. Hahaha. Pastu Sazli call cakap, ‘Bubuuuuuuuuuu, tempat kiter dah ada orang ambik!’ I layankan ajer la. ‘Alaaaa yer ker? Sedihnyaaa’ Hahaha. Padahal kitorang la yang dah beli tadi. Bongok kan?

I kan, kalau Konsert biasa memang pergi first day. Sebab suara memasing tengah fresh and tak pecah. And excited dia lain macam. Ibaratnya first day tu macam malam pertama la. Paling best. Malam kedua ketiga keempat pon best jugak. Tapi yang mana paling excited? Malam pertama kan? Haha. Bodoh punya contoh. Tunjal kang!

Masa Konsert Awie and Ella dekat IB last 2 years kan? Kitorang pergi 1st day and last day. Memang a bit different sebab usually bila last-last suara dah tadek. Tekak dah kering. Lepas tu dorang banyak bagi penonton jer nyanyi. So since that kitorang dah tau, konsert 1st day. Kalau Musical pergi 2nd 3rd day pon ok. Tadek hal. Sebab yang tu, lagi lama dipentaskan, lagi la depa terror day by day kan?

Malam tadi I pasang dekat Youtube nak tengok Awie & Ziana nyanyi lagu Senja Nan Merah. Pastu aku semangat la nyanyi sambil feeling romantik pandang Sazli. Member muka dah merah-merah. I tanya, 'Ala Papa, naper tak nyanyi?' Pastu Sazli kata dia malu. Haha. Ya Allah omel kot Sazli. Malu dengan I yang tak tahan tu. **Slap forehead.

Setiap hari dibuai mimpi yang terindaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. **Pegang dada mata keatas. Ah, tak sabarnya nak dengar Awie nyanyi lagu Senja Nan Merah. Nangesssss!!

So far, memang I tak pernah miss lagi tengok teater yang Awie berlakon. Dah kata Awie kan? Ko giler la tak pergi? Woo hoo!!! Seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaa. Jap jap. Istifar Suraya, Istifar. Bawak mengucap, bawak bertenang. Nah ambik Yassin baca. Dunia semua ni. Ok. Baiklah. **Jalan seret kaki.

-EnD-

P/s : Konsert bermula dari 3-9 March 2014 di Istana Budaya. Lekasssssss pergi beli tiket! Mana yang dah beli, see U guys dekat sana. Ok? I is excited!


Yang tengah tu, yang tengah!


Lalalalala **Lompat bintang

5 comments:

Ann said...

kami pn dh xcited nak beli...tapi tapi tapi...xpela kami baca review kt sini je la nnti yea..huhu..

slmt menonton..aaahh..mesti best kan!!

Chooyaya! said...

alaaaaaa kenapa tak jadik? :(

genuine1224 said...

jeles!!

Haris Zuhaina said...

As Salam Su,
statement malam pertama mmg nak tunjal...
terus teringat.. hehehehe

Liyana said...

Bestnya!Jeles ar cenggini *jalan hentak kaki jeling kaksu* hishhh!