Monday, February 17, 2014

Makanan Emergency Shein

Aik, cerita pasal Shein lagi? Haha. tabah jer la. Ok.

Assalamualaikum.

Ni nak ngadu ni. Smalam masa kat kampong, gigih la I buat Mac & Cheese untuk Shein. Banyak giler. Seperiuk. Macam nak bagi lapan puluh juta orang makan. I ingat nak buat stock. Sebab balik kerja, dah malas/penat nak masakkan Shein dah kan? Sekali pagi tadi bila nak cedokkan dalam bekas sebelum hantar Shein pergi sekolah, I tengok lain macam. Sekali rasa, sadakallah. Dah basi.

I Frust giler. Sebab semalam balik dari Jengka ke Ampang, kitorang singgah pulak kat Ampang Point. So lama la duduk dalam bonet, tu yang basi tu kot? Sampai rumah, kerja re-packing Sazli yang buat (itu yang sanggul tipu I, inner ada awning semua dia letak dalam mesin basuh pastu terburai. Haha). So, dia dah tau any makanan Shein lekas-lekas masuk dalam peti. Sebab aritu, I pernah ternanges bila Sazli lupa nak masukkan makanan Shein dalam peti. Drama giler aku. Padahal apa sangat la pon. Kata poyo?

Haih. Tadek rezeki. Tengok-tengok naseb baik ada lagi Heinz Pumpkin Veggie & Couscous. Memang tu jer la makanan penyelamat I untuk Shein kata la kalau ada accident macam ni kan? Naseb baik. Satu botol yang tinggi tu, kalau yang organic tak silap I dalam RM8.90 kot? Beza kedai, beza harga. Yang tak organic dalam RM5.40. Ada yang zaman Shein lepas demam yang dia taknak makan nasik except Heinz jer, sehari 3 botol. Nak yang organic jer. Amboi kemain kan? Btw, Heinz ni no added colors, no preservatives, no added salt and no artificial flavors (walaupon dia process foods).

Heinz Pumpkin Veggie and Couscous. Penyelamat. Tenkiu awak!

Tadi I ingat nak beli la sikit stock emergency kalau berlaku drama makanan Shein basi or what not ni kan? I beli dekat JJ Aeon Au2, skali nampak ada baaanyak yang creamy banana poridge tu. Ok la. Ambek 8. Pastu ada plak perisa bubur apple ke menda entah. Nampak menarik. Ok la ambik 6 botol. Tadi yang Pumpkin veggie and couscous dah ambik 5 botol. Nestle Nestum Cerelac Gandum and Ikan Bilis pon dah tadek ni. Okla, amek satu. Standby sebab ada masa Shein taknak makan, I saiko. Takot dia lapar. Maka suapkan ajer nestum ni. Its work. Dia memang makan. As long as ada solid food masuk perut dia, I rasa lega. So Nestum ni memang I standby je.


Heinz Smooth Creamy Banana Poridge. Yang Heinz Shein nak makan. Yang I gigih kacau sendiri macam buat dodol, dia makan 3 sudu jer paling banyak. Kecik hati Mama Shein.


Standby. Kekadang bila I lapar, I pon bedal makan ni. S E D A P.

Sekali masa nak bayar semua sekali kena RM93.90. Hahaha. Aku pon tak paham konsep makanan standby yang dah sampai 16 botol ni. Hahahah. Dah kenapa kan?

Oh. Tadi ada sorang aweks tegur I masa I tengah pilih-pilih makanan Shein. Tapi sebab I rushing, so masa dia tanya mana yang sedap, I macam terkejar-kejar jer jawab. Pastu kata dia, ‘I read your blog’. And I tatau nak respon apa terus senyum lepas tu blah jer. Tetiba masa makan kat Bawang Kecik, I rasa macam sombong pulak tadi rushing-rushing macam tu.

Untuk awak yang read this, kiter mintak maaf eh? Intan la ni yang salah. Sebab dia pesan, jangan lama-lama. Harini boss dia ada. Pukul 2.00pm dah ada kat office. So dia la yang salah dalam cerita ni. Ok? T____T


-EnD-

7 comments:

Anna Dayana said...

TGK!!!!

muks ni jugs yg disalahkan..
apa dosa ku..

xoxo
intan ku kesepian nak kawin dgn Ago gogogogo

Chooyaya! said...

intan. behave. mana tau kat sini ada calon suami ke? ok? hahahaha.

ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak bilang aku, aku yang telah malu, sama kawan-kawanku... hahahahaha

chuya - the mother of A's said...

kalau stress kan, sila la baca blog ni.. rasa nak lempang2 je kak su *lempang manjewwww ittewwww*...
gelak aku sorang2 kat meja macam orang gila *tetiba teringat zaman chatting mirc gelak sorang2*

pst nestum sedapkannnnnnnnnnnnn

eda said...

kasu, kalau buat gtu kat eda time selisih peha kat mane2 , eda tunjal dahi kasu ... buattt laaaa !!!!!

hahahahaha ....

Chooyaya! said...

chuya : tp kaksu kan serius ni? mana ada buat lawak *cekak pinggang

Chooyaya! said...

eda : muka ko pon kaksu taktau mcm mana

Chooyaya! said...

eda : muka ko pon kaksu taktau mcm mana