Tuesday, May 20, 2014

Pasal Krim Baby Lagi (Jangan Bosan Please)

Assalamualaikum.

Ok. Nak citer pasal nappy rash and cream lagi. Haha. Tak habes-habes nak cakap pasal vontot. I nak bagitau jugak pasal semua cream vontot yang balakang dia ada Cort contoh Zaricort, H-Cort, Daktacort and segala mala asal cort blakang dia, maknanya dia ada steroid. Macam yang I pernah bagitau dalam entry ni pasal kandungan steroid dalam cream vontot kan? Jap I copy paste kot ada yang malas nak klik link ke apa. Manja tau korang ni?

Pasal krim H-Cort tu I dah understand yang dia ada steroid dalam dia and kalau dah ada steroid tu, jangan kata pada infant/babies, pada manusia besar gajah pon memang tak berapa elok untuk digunakan. Dikhuatiri kalau guna, long term kesan dia, if lepas ni ada gatal-gatal kulit sebab alahan atau dirogoi nyamuk, dah jadik kebal and immune. Ala. Immune yang macam dalam cerita hereos tu. Terjun bangunan, berdarah patah riuk pastu elok sendiri. Ok tak. Tipu.

Tetapi, sebagai mommy yang paranoid-paranoid ayam, I dah dapat confirmation pada Dr. Adrian yang H-Cort ni boleh guna TETAPI dengan cara yang betul. Sapu lapisan nipissssssss jer pada permukaan kulit baby tidak melebihi 6 kali sehari which kalau baby mandi sehari 2 kali, it’s ok kalau nak letak. Nipis. Ok? Nipis. Bukan macam letak bedak sejuk. Sebab kalau tak, nanti kulit jadik nipis jugak. Baby kan lapisan kulit dia ada selapis jer, tu yang sensitip sangat tu.

Selain dari tu, kalau kulit sensitive, nanti dia akan ada parut. Shein ok je. Baby lain mungkin ada. Berbeza kan every baby? Tapi kalau baby ada allergic to steroid ada krim bagus yang I dah 2 3 kali dapat suggestion sebab dia organic. Nama dia Earth Mama Angel Baby. Yang sebenarnya bila I Google and nampak gambar lepas tu Eh, look familiar la cream ni. Rupanya dari Shein lahir memang I ada beli and ada dalam beg mekap dia pon. *Slap forehead. Tapi tak pernah guna pon. Boleh? Sama macam kes Sudokrem jugak last time.

Pasal Sudokrem pon, if nak guna pon sama. Jangan tebal. Sapu lapisan nipis je. U tau yang U dah apply lebih krim pada baby bila kiter nak change pampers, kiter tengok ada kesan putih-putih. Maknanya tu dah terletak lebih. Not good. Yang tu I ada share dekat sini. So far Shein tadek lagi allergic pada steroid ke apa. Alhamdulillah but pada mommies out there yang curious baby ada allergic apapa ke boleh buat allergic test dekat mana-mana kllinik Paed.

Ada klinik yang charge sampai RM2k tau? Sebelum nak buat better check dulu price with klinik. Macam Dyba dia dah buat untuk Sofea dekat KJMC and memang a bit pricey. Kalau dekat Chan & Goh Health Clinic (Klinik Dr Adrian dekat Gleneagles) harga below thousand. Dalam RM600 lebih kurang. Murah skek la. Kalau klinik-klinik lain, I tak sure. But I memang rekemen la buat allergic test ni untuk babies yang selalu ada ruam-ruam tetiba lepas tu kiter pon taktau dia allergic dekat apa and terbangang-bangang so boleh buat allergic test ni. 

Some babies ada yang allergic pada gandum, segala jenis protein susu, kacang, asap rokok, habuk, carpet, bulu kuten and sushi. Sebenarnya Sushi tu I tipu. Padahala allergic sushi tu I la. Haha. Allergic sebab tak boleh jumpa. Nanti meroyan. Ada jugak orang yang taknak buat allergic test sebab dia taknak tau dia allergic apa, nanti dia tak boleh nak makan dah sebab rasa bersalah so rasa tak best. Yang tu different case. Mengada nama dia.

Apapa pon macam yang I selalu cakap. Every babies is different. Yang penting kiter study baby kiter and apapa yang kiter buat semua kena sederhana dan always baca arahan pada label. Ikut arahan. Jangan bagi lebih takot nanti overdose. Tak kisah la sapu ke, makan ke. Baca betul-betul pada label. OK?

Good luck! (Tetiba Good Luck)

-EnD-



 Angel Baby Bottom Balm. Organic. Tadek steroid. Balik ni kena cuba.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...