Friday, June 27, 2014

Apai Dan Sos Tomato

Assalamualaikum..

Malam tadi kitorang visit Apai dekat Prince Court. Dia bedah kaki sebab ACL. Kata Sazli kena bawak makanan sebab memasing dalam group kata lapar. So beli la family and friend bucket 2 set. So ayam ada 18 ketul. Dengan hash brown, air, mash potato besar.  Sekali sampai kat sana Si Gofur pon ada beli KFC jugak 1 bucket. Haaaa makan sampai muntah la memasing. Last-last sebelum balik ada dekat 10 ketul lagi balance kot? Si Sazli tanya banyak-banyak kali, ‘Ayam tu tak abes ke?’ Pastu bila orang suruh ambik, taknak pulak. Boleh makan time tengok bola pagi nanti. Eksyen.

Apai kan? Dia tu harap je badan macam body builder. Bawak motor besar, gigi macam Suarez yang suka gigit orang tu, main paintball terror siap ada senapang sendiri. Pastu geng nak yang kuat-kuat je. Tetiba sakit hati teringat masa main paintball. Bebudak ni pilih geng ok? Saz, Apai, Nor, Apis, Cipel and yang hebat-hebat geng dorang. I dorang bagi geng  lemah lembut macam Hani and Ajan. EH. Bengang pulak aku tetiba teringat.

Sambung pasal Apai, muka dah ganas dah tapi dia tak makan pedas. Haha. Makan ayam dengan sos tomato. OMG Apai ini memalukan. Hahaha. Masa dia cicah ayam dengan sos tomato, Syikin tanya, ‘Apai ko makan sos tomato ke? Warna dia macam sos Ucop je’. Pastu kata dia, mana adaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni sos cili la! Lepas tu abes la kena kutuk. Hahaha.

Kat sana ada Wana, Yash, Syikin, Gofur, Sapek and Apis. Apis sampai lambat (Biasa la). Masa memula sampai tu, Sazli tanya Apai masa bedah, separuh sedar ke tak sedar langsung. So Apai gigih la menjawab. Pastu Apis datang, Apis pulak tanya so Apai gigih la menjawab lagi. Last sekali Syikin tanya pulak. Pastu kata Sapek, suruh Apai tulis kat white board je. Sapa tanya, tunjuk je kat white board. Tak pon rakam. Tak payah Apai nak explen banyak-banyak kali. Hahaha. Bongok.

Masa kat sana, Si Ucop tetiba berdarah hidung sebab dia demam. Kelam kabut la memasing carik ice dengan sapu tangan. Syikin tadek. Yash offer guna kain pelikat Apai. Pastu I kata, takpe I ada sapu tangan. Pastu kata Sapek, ‘Ni la kuasa emak-emak bergabung. Kalau ko tadek, aku ada. Semua menda ada dalam handbag’. Sambil gelak-gelak. Dia apa tau. Tak kawen lagi. Sok lusa kalau dia kawen, wife dia letak tv terus dalam handbag.

Sebelum balik, I ajak amek gambar. Nak masuk dalam blog. Pastu kan?? Hahahah. Dua tiga kali snap. Memula Apis kat belah kanan. Pastu kata dia taknak gambar tu. Sebab dia nampak hitam. Kena duduk bawah cahaya lampu. So pindah la Apis belah kiri. Skali sama jugak poonnnn. Dia tak puas hati, guna henpon dia pulak. Send dekat I. Suruh guna gambar tu. Hahahhahahah. I kata pada Apis, takpe. Gambar ni boleh edit bagi terang. Hahahahha.


Ok. 1st photo. Kata Apis, dia gelap sebab tak kena cahaya lampu. (Sian lampu yang kena blame)


Tak puas hati, tukar position. Dia nak bawah lampu jugak.  Yang lain tabah layankan ajer Si Apis ni. Maksu tak paham nape Apis besungguh nak nampak hensem sangat. Padahal Apis dah memang hensem kot? (Nak uweeeet)


Ok. Gambar last guna handphone Apis. Yang lain dah tadek dalam gambar sebab dah malas nak layan. Hahaha.

Yash kata dia nak balik. Nak jaga anak-anak. Pastu kata Apai, 'Awak ni, kena la jaga saya. Kan saya yang sakit?' Pastu Yash selenga buat straight face T____T Haha.

Masa dah sampai kat umah baru la Wana cakap, dia tadi turun kat B3 nak bayar parking. Skali turun lift terus nampak bilik mayat. Patut la Pakcik Guard tu tadi kata suruh ambik kereta, pastu turun kat B3 bawak kereta and carik autopay machine. Dia tak cakap pulak kalau naik lift hujung sana turun B3 terus ke Bilik Mayat. Kata Nayang, dia taknak bagitau kat I masa tu, nanti I takot. So, dah sampai rumah baru la borak kat group. kitorang pon nak takotkan la Apai. Sebab semalam dia tido sorang. Yash balik rumah. Sebab Balqis susu badan. Panjang giler kitorang borak. Konon nak takotkan Apai. Tapi tak guna sebab Apai dah tido.  Bladihel.

Tapi I agak, Apai baca. Dia sengaja pura-pura tak baca sebab nanti kalau dia reply, orang lagi takotkan dia. So dia pura-pura la tido. Kenal sangat Apai tu. Badan je besar, tapi dalam hati ada taman. Kalau dia kental, dia  mesti makan sos cili. Haha. Untuk Apai, get well soon! Nanti kalau kaki dah elok boleh main bola lagi. Kata Sazli, lepas enam tahun baru elok. Tapi Apai kata 4 bulan dah elok. Mana-mana la.

-EnD-

4 comments:

Liyana said...

tapi kan kaksu kan..bukan apai sorang je yg makan sos tomato...apai tuh ada geng gak sbb suami yana pown sama pencinta sos tomato!ahahaha!

*matiklah kalo dia baca blog kaksu nih...harap2 dia tak bukak ruang komen nih!muahahaha!*

salwana nordin @ che'wa said...

entry awak sentiasa mencuit hati saya tau!serius!!

Chooyaya! said...

Liyana : hahahahhaha. yer ker??? omg tak macho! haha tp omel la yana kalau tak makan sos cili. macam manja. kata kat hanis, pang nak?

Chooyaya! said...

chewa : kalau mencuit hati bak uweeet haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...