Tuesday, July 1, 2014

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa semua! hari Ahad I balik Pahang sebab nak sambut puasa dengan Mak dekat Jengka. (Mak je, Ayah tadek. Dia dah meninggal).


Shein tido dalam kereta macam dekat rumah je. Ko dah kenapa gebu sangat Shein? Geram. Grrrr!

So semalam I amek cuti la sebab kitorang balik Pahang on Sunday kan? Seronok dapat berbuka puasa dengan family. Semua ada. Kecuali Along + Atin + Auliyya Innara je. Rasa macam raya dah sebab kitorang duduk kat dapur dari pukul 4.00pm sampai la waktu berbuka. Cenggilah kalau kat kampong, kitorang wanita-waniat jelita akan duduk dapur jer. Sambil layan lagu-lagu 70an-80an. Kaklong and Ayang dah buat konsert dekat dapur. Memasing taknak kalah nyanyi. I nganga je sebab tak hafal lirik.

Jap. I nak jugak share lagu tu. Kata Kaklong ni la lagu popular pada sesiapa yang lahir tahun 1965+-. Oooo lagu ongtue. Patut I tak familiar. Apenda la lagu Pak Penghulu ni. Bunyik bongok je. Mas kawennya Kerbau India T___T Haha.

Ni full lyrics. Gigih sangat nak copy ni dah kenapa?

dia anita namanya 
lahir dikota jakarta
pada bulan 2 tahun 65 
seumur susana dari belanda
anita cantik jelita
dia madona jakarta
afdhulah melamarnya 
anita meneriama
mas kawinnya kerbau india

Reff :

Pak penghulu pak penghulu aduh duh
tolong dong nikahkan dia ek... ek ...
Pengantinya sudah tak tahan
menunggu malam pertama

Pak penghulu pak penghulu aduh duh
tolong dong nikahkan dia ek... ek ...
bapak ibunya sudah tua
ingin menimang cucunya 

ya anita......anita, anita, 
ya afdhulah ....afdhulah,afdhulah
punya anak cukup dua saja


Ok. So menu hari Ahad tu, Kaklong masak bubur manis keledek + keladi + ubi kayu + bubur tepung gandum and mee bandung. I buat kway teow goreng + ayam goreng kunyit. Gambar tak ambik sebab dah kepenatan. Mak jadik  pembantu chef/pembantu dapur. Kitorang mintak je, ‘Mak nak serai, mak nak pinggan, mak nak susu, mak nak besen’. Dia baru nak duduk dah kena bangun. Kah kah kah. Pastu kata Mak, ‘Macam ni, Nenek aku pon boleh masak. Semua main mintak jer’. Haha. Melawan Mak, melawan.

De buat-buat bizi kehulu-kehilir memula hantar Aiman pergi asrama, lepas tu dah smpi rumah, patah balik sebab nak hantar kunci Aiman tertinggal pulak. Hesh! Tapi dia tak boleh lari sebab lepas kitorang siap masak, dia yang kena kemas rumah semua. Shein? Shein sama naik. Sebok orang nak masak, sebok la nak beriba. Sebok nak cedok nasik. Pak penyebok. Bila marah, hantuk kepala dekat lantai. Bila kat lantai penuh barang-barang, dia bangun lepas tu carik dinding. Hantuk kepala kat dinding. Sabar jer la.

So, untuk semua diucapkan Selamat Berpuasa! Semoga puasa tahun ni memberi kenangan manis buat semua. Untuk I sendiri, mestilah lagi seronok dengan adanya Shein. Terima kasih Shein sebab sudi jadik anak Mama. I love U so much! Can’t imagine what my life would be without U. Nak uweeeeet!

-EnD-

4 comments:

ieda iedana said...

adoi kaksu. dah terjebak dengar lagu ongtua T__T
pak penghulu...pak penghuluu... *hantuk kepala kat dinding*

Our Story said...

selamat berpuasa...

Chooyaya! said...

ieda iedana : yayyyy ada geng! yang penting mas kawennya kerbau india.

Chooyaya! said...

our story : selamat berpuasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...