Thursday, June 26, 2014

Kedai Semalam

Assalamualaikum

Korang kalau ada kedai kan? Tak kisah la butik ke, restoran ke, kedai furniture ke… Kan? Nak bagi nama apa? Ni semalam la I berbual dengan Ira dalam kereta masa balik dari beli Pandora Adik Dyba. Kata Ira, kalau dia ada kedai, dia nak bubuh nama kedai dia, ‘Kedai Semalam’. I tanya Ira nape? Kata Ira sebab bagus. Nanti nampak macam semua orang datang kedai kiter, so bagus untuk Fengshui.

Kenapa Kedai Semalam Ira?

Sebab kalau kata la ada orang tanya kan? Wei ko nak gi kedai mana?

Pastu kiter jawab, ‘Kedai Semalam’. Kan nampak macam dah pergi je. Padahal tak pergi lagi.

Hahahahahhahahah Ira bongokkkkk! Nanges I ketawa dalam kereta.

Hahahha. Bodoh kan? Kalau I pulak. Kata la ada restoran, I nak bubuh nama kedai tu. Lek lu (Rilex Dulu) Tapi kalau nak bagi urban kena la spelling poyo-poyo skek. So dia jadik Lex Loo.

So.

Su, apa nama kedai ko?

Lex Loo.

Tapi tak best la Ira, Kaksu nak kasik best lagi. Ni kompem best. Lex Loo tapi ada tanda soal. Macam ni. Lex Loo? So kalau orang tanya, ‘Wei, ko nak gi mana?’ Kiter jawab la ‘Lex Loo?’

Pastu kalau orang tu tak paham bahasa or tadek knowledge pasal kedai I, nanti kalau dia tanya banyak-banyak kali, masuk kali kelima memang makan kasut sebab orang ingatkan kiter menganjeng.

Ko nak gi mana wei?

Lex Loo?

Ko ni, aku tanya bebetul ni. Nak gi mana?

Lex Loo?

Wei bebetul la! Nak gi mana?

Lex Loo?

Cibet. Lekas laaaaaaaaaaa! Nak gi mana?

Kan aku cakap Lex Loo? Lex Loo? Tak paham-paham bahasa ke?

Terus lepas dia jawab, kawan dia bagi makan kasut. Ni makan dia! Orang tanya nak gi mana banyak-banyak kali, asyik Lex Loo Lex Loo. Pastu member yang tengah makan kasut terus suruh benti tepi jalan and cakap, ‘Wei, memang ada kedai makan nama Lex Loo? Ko jahat. Dah la… Dowan fwen! Terus keluar kereta merajuk jalan menunduk sambil seret kaki. Kasut dok ada dalam mulut lagi. Iyannn Iyeee!

Hahahaha. Bodoh.

Pastu petang semalam I tanya Intan, kalau Intan ada kedai, nak bubuh nama apa? Pastu dia jawab, ‘Pwincess’. Terus Dyba, Ira and I bangun and blah meninggalkan Intan. Meluat. Tak abes-abes pwincess. Dia ingat umur dia berapa tu yang sebok nak pwincess pwincess lagi? Hesh!

-EnD- 


Kata I, Intan pakai tudung satin macam orang Brunei. Intan tanya, Orang Brunei yang apa? I cakap Orang Brunei je. Tadek apapa dah. Kata Intan, dia ingatkan Orang Brunei yang cantik. Ira cakap, 'Orang Brunei yang Bimbo. Tak payah nak cantik-cantik sangat la.'. Bengang je Intan. Haha.

6 comments:

Nur Alya said...

bernas idea tu - kedai semalam.
ko p mana td, kedai semalam.
esok ko nk p mana, kedai semalam.
lusa ko p mana, kedai semalam.
hahahaha

Chooyaya! said...

hahahahhahahha u got me!
ding ding ding!

ira_violet_bee said...

hahaha asyik la gelak bc entry kaksu kl melibatkan ira,dyba and intan...saya tgh pk nama utk biznes sy gak nie..fenin!!!kaksu tlg sy lah bg idea...tp xmo idea mcm intan tu tau...keh3..mampuih kalo intan baca komen nie nnt hahaha...

eda said...

kasu Loo tu maksud dia toilet kan ?

Lex Loo - toilet Lex ?

hehehehehehhehehehe ..... **larikkk**

Chooyaya! said...

ira_violet_bee : guna nama ira the busy bee. sesuai tak? haha

Chooyaya! said...

eda : tadek tadek. kaksu punya loo tu - lu - dulu. kbye eda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...