Thursday, June 19, 2014

Ayam Masak Tomyam Kering Air Mata Berdarah

Assalamualaikum.

Ok Puan-puan. Harini kiter masuk kelas memasak balik ok? Jangan nak komplen kata blog ni dah jadik blog makan-makan ke apa. Tampar kang. Layan je la aura rajin memasak I lately ni. Selagi Sazli tak jemu and tak cakap dah bosan makan kat rumah (kalau dia berani la. Haha) selagi tu I akan masak.  Cecece. Cerita macamkan masak nasik beriyani ke, nasik arab ke. Padahal satu hari, satu lauk je pooonnnnnn. Podah!

Ni one of Sazli punga favorite masak ayam. Dia memang jenis suka makan kering-kering macam ni. Yang ni I memandai reka sendiri tapi trust me, ianya sedap. Bahan pon simple je. Takyah bersusah payah sangat. Zup zap zup zap dah setel. 30 menet siap boleh makan dah. I dengan Sazli memang best la. Makan satu lauk pon happy. I tengok orang lain masak kena ada lauk ayam, ada kuah sup, ada sayur, ada sambal belacan siap dengan ulam. Mati la kalau I kena buat macam tu.




Ayam Masak Tomyam Kering Air Mata Berdarah.

Bahan-bahan

  • Ayam + serbuk kunyit + garam/sos ikan (optional)  = digoreng setengah masak
  • Bawang kecik 5 ulas + bawang putih 2 ulas + seinci halia + 10 bijik lada kecik = ditumbuk
  • Sebatang serai = dititik
  • Daun limau purut dikoyak 4
  • Pes tomyam, kicap manis dua sudu
  • Tomato and kacang buncis/kacang panjang, bawang besar
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam, gula, cube ayam/ajinomoto (optional)


Cara Membuatnya

  • Memula goreng ayam dulu. Separuh masak. I memang tak suka makan ayam lembik yang tak goreng. Kalau korang suka ayam tak goreng, ikut suka hati. I tak marah ok? Walaupon ni resepi I, takpe. I ok. Haha. (Poyo)
  • Lepas tu panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sampai harum mewangi sekali dengan serai yang dititik and daun limau purut
  • Pastu masukkan pes tomyam dalam setengah peket yang peket kecik tu, pastu masukkan la jugak kicap manis dua sudu and segala mala bahan perisa macam garam, gula, cube ayam etc. Masuk air sikit biar ada kuah skek.
  • Last sekali masukkan je ayam, bawang besar, tomato and kacang buncis sekaligus macam gambar bawah ni.

  • Siap! Macam tumbuh-tumbuhan tu I tak suka dia lenyur sangat. Biar ada rangup-rangup baru sedap.
Dah siap! Now semua orang boleh makan dengan gembira. Yayyyyyyyy!! Selamat mencuba U olls!

-EnD-

5 comments:

Lavender violet said...

yeaay resepi lagi...
kite suka je kak su cite bab makan n resepi..ahaakss
ok boleh cuba ni...
nanti kite update ig buat hasgtag #resepichooyaya ^_^

salwana nordin @ che'wa said...

sedapnya...simple tp menyelerakan aku tgk :)

Jojet said...

ok kak, akan ku cuba resepi nih sebab terlalu simple. resepi yg terlalu simple mmg aku suka! hehehe..tq kak =)

adda syuhada said...

alahai... kemain ganas namanya...hiihihih

Irfa said...

sy pun sama
x reti makan banyak lauk
cukup satu lauk dah kenyang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...