Monday, July 7, 2014

Basikal Basikal!

Assalamualaikum.

Kisahnya semalam, masa lepas bukak puasa dekat Kiku Zakura – Ge Mall, sebelum nak balik tu kitorang lalu la dekat tepi O’Briens. Sekali Shein dah nampak satu basikal kecik ni parking elok je depan tu. Menggelupur la dia nak try. Dok cuit sana, cuit sini and siap main loceng dia. Jakun sangat. Kata Abang and Kakak yang punya basikal tu, bagi la Shein try. Tade hal. Basikal tu anak dia punya. 7 months old baby. Anak dia memang taknak duduk dalam stroller. So dia beli la basikal ni.

I letak Shein dalam tu. Enjoy dia naik. Basikal ni ada tempat tolak dekat belakang. Sesuai la kalau kiter nak bawak pergi mall. Lebih kurang function dia macam stroller la. Tapi yang ni more fun. Tapi jenuh kalau tetiba bebudak nak tido, takkan nak tido dalam seat basikal ni pulak kan? Bila I bawak Shein ronda satu ground floor tu, habes semua orang dia angkat tangan. Macamkan yang dia naik tu basikal dia. Haha. Sian sangat Shein.

Kata Abang tu, dekat Pavilion ada jual. Dia beli dekat Parkson. Tapi yang dia beli tu time promotion. Probably dah tadek dah. Lebih kurang harga dalam RM600++. Kata Sazli boleh la belikan Shein untuk basikal raya. Dia mintak I survey kat mana ada jual. So sebab I manja, I nak tanya kot-kot ada sesiapa yang beli or ada basikal ni, let me know. I nak carikkan untuk Shein jugak 1. Macam syok je dia naik. Kalau sapa tau mana nak carik, bagitau I eh?

Ngada je Shein ni. I dulu masa kecik tadek pon basikal macam ni. Tapi pandai jugak bawak basikal bila dah besar. Smalam masa kat Toy R Us dia berkenan kat satu teddy bear oversize yang macam nak sama besar dengan I tu. Dok heret kehulu kehilir. Bila ambik, dia marah. Sazli kata kalau Shein suka beli je la. Sipi-sipi nak beli. Tapi I pulak takot teddy bear ni. Entah. I rasa menda tu kalau malam dia hidup. Nak pulak sama besar dengan size I. Takpe la. Ko tido la teddy bear dalam bilik. I tido luar pon takpe. Kbye.

-EnD-



Basikal pinjam

8 comments:

aisha said...

cap BMW mmg la mahal sue.. cuba pergi kedai tesco ke kedai basikal ke.. harag dalam 150-200 jer...
http://neocycle.com.my/harga-ori-mtb/4-basikal-roda-tiga/

Chooyaya! said...

aisha : kiter taktau pon 600 tu mahal ke murah. sedih. tp kalau ada yang 200 lagi bagus. hehe

ann said...

kak sue..kat kedai baby mcm manjaku ke banyak...macam2 jenis ada. harga dalam RM100++ je.

ann said...

kak sue, kat kedai baby mcm manjaku tu banyak...mcm2 jenis ada. Harga pn murah dlm RM100++ je.

Mimy Hamid said...

pewittt bmw tu...tolong tepi sikit ahhhhhhhh

cik allord said...

kak su,ada yg lebih murah kak su,tp ikutla brand apakan..try survey..

PetakBunga said...

daku baru beli basikal 60 hinggit kat anak ku 11 bulan ni..hu.. itu pun dah suka sgt dia..

luvlylien said...

Su klu pkai sekejap beli rm200 nye. .
Rm600 baik beli control car .. sihatt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...