Tuesday, July 8, 2014

Sheindong!

Assalamualaikum.

Dah 10 hari puasa kan harini? Dah dapat 1/3 puasa. Petang semalam Sazli bawak I pergi beli juadah berbuka dekat Ampang yang area rumah Tok tu. Ampang menda ntah. Pastu nampak la ada budak lelaki dua orang umur lingkungan dalam darjah satu tengah melepek cangkung dekat motor. Mangkali tengah tunggu Mak Abah dia beli juadah la kot? Nak ikut maybe dah tak larat. Puasa la tu kot yang nampak letih sampai macam tu. Kesian sangat. Kata Sazli, agak-agak nanti Shein puasa macam mana la eh?

I agak dia drama. Sebab ni pon dah banyak drama dia buat. Haritu dia main pen. Pastu tetiba macam mana entah pen tu terkena la kaki dia. Terconteng sikit je. Sentut punya pendek. Secoet. Tetiba dia nanges tunjuk kaki. I cek, kot-kot ada luka ke apa. Takde. Suruh dia berdiri, dia berdiri pastu terduduk jatuh. Memang tak boleh bangun. Hah. Sudah. Tadi elok je main. Ni tetiba tak boleh bangun. Sakit kaki ke? Dia kata ‘dirty dirty’ tunjuk kat kaki dia. I pon padam la kesan pen tu. Pastu elok berjalan, Berenti terus nanges T____T

Drama sangat.

Masa Ahad tu, Sazli bawak la dia pergi beli pelikat pants dekat BOB Wangsa Maju. Shein lari-lari and terjatuh dekat jalan. Calar la kedua-dua belah lutut. Calar sikit jeeeeeeeeeeeeee pon. Takde la darah mengalir ke apa. Pastu kata Sazli, Shein terus tak boleh jalan. Nanges macam apa je. Pastu bawak masuk dalam kereta, dia diam balik. Elok je enjoy tengok kereta-kereta dekat luar. Bila Sazli tunjuk je dekat luka, dia nanges balik 5 saat. Berenti nanges. Tunjuk luka, nanges 5 saat pastu berenti. Sampai je rumah Baba and Mak Tok, terus nanges tak ingat donia. Mengadu laaaaaaaaaaaaaaaa. Apa lagi. Nak jalan pon tak boleh balik dah. Hahahaha. Mengadaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!

Tu baru sikit. Bayangkan lah kalau dia dah besar nanti. Dah sekolah. Macam mana punya drama la Shein ni. Tak kira drama hantuk kepala kat lantai semua. Manja sangatttttttttttt. Dia ingat dia tak payah ada adik ke apa tu? Haha. Tapi tengok perangai drama dia tu yang buat rasa terhibur. So far dengan Shein tak boleh nak borak lagi. Sebab tak paham dia cakap apa. Arahan macam ambik remote, tutup pintu semua dah boleh. Tak sabar nak suruh Shein pergi kedai beli bawang. Haha. Dia suka cakap belegho legho legho macam tu. Kalau dia nak apapa dia cakap, ‘nan nan’ sambil angguk kepala.

Gigi geraham dah 4 atas bawah. Gigi depan nak masuk 6. Sama dengan bawah. Tak terkira dah. I agak tak lama lagi penuh kot gigi dia. Alhamdulillah gigi tak renggang tak jongos walaupon suka isap jari. Dekat ibu jari tangan kanan dia tu dah naik kesan gigi dah. Blasah la anak. Janji happy. Takkan la sampai besar pon nak isap jari jugak kan?

Sazli hari-hari mengadu sakit badan. Sebab Shein tido melintang and tendang-tendang. Malam ni bila dia dah nyenyak I nak letak dalam crib. Banyak cantik dia. Katil pon tumpang orang punya lepas tu nak conquer.

-EnD- 


Rambut depan Shein dah macam bentuk atap rumah minangkabau

4 comments:

Azziah Nawawi said...

takbley blah la rambut sheindong niii.. gunting sket, pacak naik atas.. baru macho.. hahahaha.. ni dah mcm abu bakar ellah dah ni suuuuuuu

Chooyaya! said...

Azziah Nawawi : Taknak ah macho... Kiter nak Shein comel. Abu Bakar Ellah pon takpe.

Ann said...

holololoh...comenynye shein pkai jubah...tang atap minang kabau tu xleh blah la mama shein ni..

ni drama2 ni ikut sape la ni eh...hehehhe

Chooyaya! said...

Ann : ikut mama laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...