Monday, July 7, 2014

Majlis Berbuka Puasa Di Dewan Perdana

Assalamualaikum.

Hari Jumaat haritu kan I mc. Sebab kelopak mata bengkak. Kata doktor sebab last time antibiotic yang I dapat tu, I tak makan habes so penjahat kuman tu tak mati. Kali ni dia kata kena makan sampai habes. So I ikut la cakap doktor this time. Besar pulak tu ubat. Benci. Takper la. Asalkan mata lepas ni tak bengkak macam tu dah. Horror kot? Perrrrghhh.

Hari Sabtu ada Majlis Berbuka Puasa dekat Dewan Perdana Felda untuk staff opis. I pergi awal dengan Intan sebab kitorang konon-konon kan penyambut tetamu? Intan Mak Pengantin. I pembantu Mak Pengantin. Pastu kitorang drag sekali Ira and Dyba. Padahal dorang sepatutnya duduk je kat meja. Bila Dyba banyak tanya, I cakap ‘Dyba, nak KPI tinggi tak? Nampak tu Datuk tengok je kiter buat kerja’. Hahaha. Jadik penyambut tetamu pon masuk KPI ke? Hahahha.

Dah macam hari raya kan? Padahal Majlis Bukak Puasa je pooon....!

Kebetulan semua pakai baju pink. Tak janji pon. Kata Sarah kitorang janji. Sebenarnya tak. Memang sesungguh kebetulan. Terus boleh buat kumpulan nasyid. Sarah sampai lambat jugak. Dia ingat dia VIP ke nak datang lambat? Haha. Sazli sampai betul-betul time berbuka dengan Shein. Kata dia pencapaian terhebat dapat siapkan Shein. Taknak mandi, taknak pakai baju. Dah naik kereta, naik umah balik sebab tertinggal susu. Pastu Shein meroyan dalam kereta. Haha. I can imagine macam mana. Masa sampai tu, nak la Shein duduk sekejap kat meja. Ada la 5 menet. Lepas tu huru-hara.


Si kenteng penyebab ketibas (ketiak basah)


Shein and Maryam pon taknak kawan jugak. Memasing bizi dengan hal masing-masing.

Letak gambar ni supaya baru nampak majlis office. Haha. Oh gambar ramai-ramai I MIA sebab kejar Shein. Memula elok duduk cangkung sebelah Dyba.Skali Shein buat lintasan hormatb terussss naik stage.

Dia lari kesana-kesini, naik stage joget, panjat tangga. Lari turun sampai kat hall bawah. Dah la I lawo-lawo pakai baju macam pwincess tetiba kerja mengejar dia pulak. Shein pakai jubah haritu. Bayangkan dengan jubah tu lari kedek-kedek. Pakkal anak sendiri, kalau tak memang I tolak je dia bagi jatuh. Sapa suruh merayap macam tu. Geram. Orang lain geram kat dia pon tak boleh nak buat apa sebab dia menggelupur tak boleh nak buat apa. Dah la kenteng.

Masa Alang jaga kejap, Alang biar kana je dia. Tau-tau dah ada kat bawah meja T___T Kussss semangat Shein. Memang Mama boleh kurus macam ni. Sazli enjoy makan kambeng bbq berpinggan-pinggan. Puas hati dia. I sempat makan laksa je semangkok. Pastu tak makan dah menda lain. Air pon banyak pau yang Intan. Ambik keropok kembang Shein buat main ramas-ramas. Dalam pukul 10.00pm lepas semua VIP balik, baru kitorang balik.

Shein taknak kawan dengan Sophie. Vice versa. Maryam anak Aisyah pon ada. Semua memasing jenis buat hal sendiri. Umur 12-24 months biasanya dorang tak berapa nak kawan sangat dengan rakan sebaya. Nak kawan pon, dengan orang lagi besar. Gasak kau la anak. Nak lari-lari jogging dalam dewan takpe. Mama peluh ketiak kejar Shein pon takpe asalkan jangan dia berguling ngamok ke apa sudah. Haha.

-EnD-


Selagi boleh bengkak kan?



2 comments:

Anna Dayana said...

kerana terpaksa aku relaka.. T_T

Chooyaya! said...

i will always stand behind u, 'sambil amek tgn intan letak kt pehan'. haha