Tuesday, July 1, 2014

Cerita puasa lagi. Dah kata bulan puasa. Ye Dak?

Assalamualaikum.

Dah 3 hari puasa kan? Makanya 27 hari lagi nak raya. Haha. Lambat giler lagi. I suka la bulan puasa, sebab seronok. Each time nak menunggu  waktu berbuka rasa macam teruja giler. Semalam I berbuka dengan buah pelam, air tebu dua gelas and mee goreng yang I masak semangkok kecik (nak jugak tu bagitau yang I masak). Tu je.

I jenis kalau bukak puasa tak makan nasik, so memang takkan makan dah. Sebab time bersahur biasanya I makan burger je. And I bukan jenis mengulang makan. Makan time berbuka tu je la. Lepas tu memang tadek makan dah sampai la bersahur. Dessert pon I tak berapa gemar. Habes-habes pon makan murtabak je. Memang ongkampong sangat.

Sebab tu kalau bawak I pergi makan buffet memang rugi la. Sebab I bukan jenis boleh makan banyak-banyak kali. Tapi dalam pada konon tak makan tu, sekali dapat chance pergi Pasar Ramadhan, memang kiri kanan la tangan penuh dengan plastic. Pastu bukan makan pon, tapi time kat sana semua pon nampak sedap. Habes-habes pon makanan yang tak dimakan Sazli akan bawak pergi trawikh sebab lepas trawikh nanti dia makan ramai-ramai dengan abang-abang dekat rumah ni.

Shein masa puasa pertama sebok nak berbuka sekali. So dia makan nasik putih kosong macam tu je. Sampai kaki, bontot penuh dengan nasik. Hari semalam dia leka tengok orang mengaji dekat Astro Oasis. Langsung tak kacau. Kata Bapak, Shein ni kiai. Orang kuat agama. Haha. Amin…. Harini taktau macam mana pulak.

Malam semalam dia merajuk dengan I. Nak peluk taknak. Pastu I kiss tangan dia, dia tarik. Pastu I ajak dia tengok tv. Ikut pulak. Tadi eksyen taknak kawan. Tapi muncung je muka tengok tv. Langsung taknak senyum. Pagi tadi I nak pergi kerja, dia tak bangun lagi. Biasa sebok la nak pakai bedak and sebok-sebok kat meja mekap time I bersiap nak pergi kerja.

Yerla kan? Sebab time bulan puasa opis I masuk awal. Option pertama masuk 7.30am keluar 4.15pm, Option kedua masuk 7.45am keluar 4.30pm and option ketiga masuk 8.00am keluar 4.45pm. I nak masuk option ketiga keluar option pertama tapi opis tak bagi. Ira dengan Intan sampai nak terkeluar bijik mata jeling I. Yer la yerla! Tu pon nak berkira.

Beza 15 minutes dekat Semarak-Jalan Tun Razak-Ampang ni nauzubillah. Tak sanggup nak cerita. Biasa I antar Dyba kat Damai LRT and lepas tu baru patah balik masuk Jalan Tun Razak, masuk Damai, keluar Jalan Ampang kat Sayfol International School tu. Tapi ni takder der nak patah-patah balik. Dekat Damai LRT tu pon dah setengah jam. Muncung je Dyba taknak naik Shuttle bas. I buat bodoh je. Haha.

Anyway, harini I nak masak sambal tahun kerang lagi. Tapi kali ni improvise kasik kuah dia pekat skek. Macam last time banyak kuah sangat. Tak syiok sebab dia cair. So harini bukak puasa dengan sambal tahun, telur mata goyang, kicap. Perrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

-EnD-


Cerita sambal tahun tapi gambar sambal sotong. Motip? P/s: petua nak bagi sambal sotong berkilat macam ni ialah letak sesudu cuka dalam sambal. 

6 comments:

Mimy Hamid said...

jalan ko keje tu mmg horror...tm training center kat situ...aku kalu ada training memang azab je nk gi..lambat

Lavender violet said...

baca blog kak sue pada pukul 6.43 ptg.. nampak pulak sambal sotong.. saje je tauuu T_T
kak sue jgn lupe update sambal tahun versi kering tu ye.. hehe :p

eda said...

kasuuu , eda pun ingt waktu keje kasu bulan pose...
kasu bgtau jugak taun lepas kan heheeh ..
tp eda sokong yg option ketiga ..

selamat berpose !!!

Chooyaya! said...

mimy : kat sini mmg azab mimie. kekadang beza 5 menet keluar pon dah berbakul aku menyumpah. haha. bulan puas akan lapar.

Chooyaya! said...

lavender violet : kaksu tak amek gambar pon sebab dah kebuluran sangat. haha

missalongwani said...

oo...gitu buat sambal sutun..kite sllu fail klu buaty sambal sutun ni kak su..resepi ade?hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...