Wednesday, July 2, 2014

Happy 60th Birthday Mak!

Assalamualaikum.

Sabtu baru ni kitorang pergi Royale Chulan. Nak celebrate birthday mak. Sebenarnya birthday mak hari Jumaat (27/6/2014) tapi kata Bapak, pergi Sabtu la. Boleh lunch lama sikit. Ok deal. Bapak suruh survey nak pergi buffet hi-tea yang mana kitorang tak pernah try lagi so I suggest Warisan Café, Royale Chulan. Kata Bapak OK.

I pon taktau macam mana makanan dia sebab tak pernah try. Ada la rasa macam tak confident. Tapi bila sampai, giler bab1 terus sebab memang heaven lunch buffet dia. Ada Malay, Chinese, Indian, Western, Italian, Salad segala mala jenis salad dekat salad station, rojak, dessert selambak, Japanese semua. Perrrrggh!!!

Mak weng kejap. Tawaf 3 kali, end up duduk kt meja balik bring nothing. Haha. Sebab dia kata taktau nak makan apa. I sampai-sampai terus amek dimsum. Lepas tu sashimi sepinggan and lepas tu baru la carbonara banjir, ambik satay 3 cucuk, rojak buah sikit and abc. Dah tu jer. Sebab dah tak boleh sumbat. Lepas lompat-lompat bagi makanan turun pon still tak boleh masuk dah. Dah sampai kat leher dah. Kalau sumbat lagi, memang muntah.


Birthday Girl. Umur 60 tapi alhamdulillah steady and sihat lagi. Kata I pada Mak, 'Mak nampak macam orang kerja office lagi Mak. Tak nampak macam pencen pon'. Pastu senyum lebaaaar la dia. Haha.


Kata Mak, nak duduk sini sampai habes hi-tea. Dalam pukul 4.00pm. Amboi. Takpe Su, Mak bawak telekong siap-siap dah (pro-active giler). Hahaha. Dia memang jenis pandai makan buffet. I tak terror macam mak. Kebetulan pulak masa sampai-sampai tu Shein tido. Bagusssss. Aman skek nak makan. Dah sejam tu baru dia bangun. Sazli bagi dia nasik beriayani kosong tu, senyap dia makan. Tapi bersepah, mangkok pecah siap. Nak tukar dengan mangkok plastic dia, dia taknak. Eksyen. Duduk dalam baby chair pon taknak. Dia ingat dia dah remaja ke? Nasib baik kerusi panjang span tu ada. So sesuai la kalau ada baby tetiba tido ke kan? So boleh letak kat situ.


Sebok nak makan makan chopstick jugak kan?


I tak amek banyak sangat gambar sebab I sorang je yang beria nak amek gambar. Macam original people sangat. Masa bayar, Bapak kata dia dengan mak dapat senior citizen price. So RM45.00 je. Dapat half-price. Kata Bapak, ‘Depa taktau yang ada senior citizen ni makan lagi banyak dari orang muda’. Hahah. Mak gelak je. Lepas tu Bapak ajak balik around 3.15pm macam tu sebab kata dia segan kat oghang. Dah la bayaq half-price pastu nak duduk lama-lama. Hahahaha. Tapi sebenarnya memang dah kenyang and tak larat nak makan dah.


I request carbonara banjir. Thorrrrbaek!


Salmon sashimi and sushi

Ni semua Shein punya. Dia makan inti custard dengan chocolate coating tu je.



Ada banyak lagi, tapi ni je sempat snap. Segan. Haha.

Lepas keluar dari restaurant, Shein huru-hara lari-lari kat hall. Susah la nak snap gambar dia. Dah la dia hensem haritu. Pastu kan? Orang semua dah kenyang dia mintak dukong. I buat bodoh je. Dah la nak muntah ni, dia ngada nak dukong la apa la. Dia sedar tak dia 13kg?

Huru-hara Shein!

Oh lupa nak cerita, masa Jumaat tu I arrange buat surprice dekat Mak. Guna Event4u punya service. I pernah cerita pasal dorang dekat sini. So Lien datang berlakon jadik tukang jual bunga. Gelabah la Mak. Kata dia taknak beli. Lurus jugak pon Mak ni. Takkan la orang nak jual hand bouquet kan? Hahahah. So kitorang mintak ballons dengan hand bouquet untuk Mak. Dia happy giler. Tapi yang terpaling busy tak lain tak bukan sapa lagi kalau bukan Shein Iskandar. Dah la makan baju macam lebah, so I panggil dia Shein-The-Busy-Bee.

 


Gambar ni ambik dari IG Surprisevent4u. Check out la IG dorang untuk tengok hasil kerja dorang yang update eh?


Shein yang paling sebok.

Tq Lien sebab ambik order last minute dari I. Nanti I up gaji U.

So balik kerja Jumaat tu, I singgah umah Mak and bawak Red Velvet Cake dari Bisou KLCC. Sedapppppppppppppp!! Nak ambik gambar and makan pon tak senang sebab Shein dah meroyan nak makan kek tu dengan sudu. Tak bagi kalo, dia hentak kepala kat lantai. Sabar je la.

Untuk Mak, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan. Dengan kata-kata, ‘Mak…………….. Nak uweeet!’

-EnD-

2 comments:

Mimy Hamid said...

hahaha baru ko tau sue shien dah remaja..aku leh bayang ko urut dada...sbb peel fayel sama la mcm ni...

hepi besday kat mil ko maintain muka muda

Chooyaya! said...

mimy : yer la. dulu masa dia below one year baik sangat. now lasakkkkkkkkkkkkkk