Thursday, July 3, 2014

Lily Bud Tempura Cicah Sambal Kicap. Sedaaaap!!

Assalamualaikum.

Kaklong dengan Intan kan, dorang ni kongang la. Kalau pergi JJ ke, pergi Cold Storage ke mula la buat kerja merepek. Dorang suka share beli salad, timun/zucchini, roti croissant and tissue. Haha. Sebab kekadang kan kalau dalam mart, portion salad, zucchini semua dia pack banyak-banyak? So Intan akan share dengan Kaklong. Yang tak tahan tissue 4 pack RM6.00 boleh kongsi sorang tiga ringgit.

Haritu Kaklong ada nampak Kimcan or putik bunga lily or omputih kata lily bud. Kata Kaklong sedap ni kalau buat goreng celup tepong. Makan dengan sambal kicap. Peeeerggggh. Blakang Si Intan dah teringin, pastu dia mintak share dengan Kaklong. Tapi Kaklong tak nak. Kaklong suruh Intan beli sendiri sebab sikit je pon satu pack tu jual. Nanti tak puas makan. Dua oang tu sewel. Sebab haritu pon dorang share beli Garrett Popcorn tau? Yang pack paling kecik RM20.00 tu. Kata Intan jenis Macamadia masa Ira tanya. Dalam lift. Orang ramai pulak tu. Malu kan? Padahal Macadamia nama dia. Haha.

So, dalam kereta dorang dah gaduh-gaduh sebab nak bahagi sama banyak. Intan request nak kira sebijik-sebijik supaya adil and tak gaduh. Tapi jenuh pulak. So kata Ira, biar dia jadik referee. Bahagi je popcorn tu kepada dua, nanti dia yang timbang and tengok sama banyak ke tak. Boleh tak? Hahahha. Bangang.

Ok back to cerita lily bud. Intan kan dia beli jugak. So dia tanya Kaklong nak masak macam mana. Kaklong kata guna je tepung tempura. Senang. Si selenga Intan ni, dia pergi bancuh tepung tu cair-cair macam air susu. Mana la nak melekat sangat tepung dekat lily bud tu. Kata Intan t upon dia call Kaklong 3 kali time nak masak. Hahah. It upon tak reti ke????? **Slap forehead.

Esoknya I tak tahan. Terliur jugak. So ajak Ira pergi cari lily bud dekat JJ. Naseb baik ada. So semalam I pon buat jugak. Makan dengan sambal kicap. Nanges time makan sebab sedap sangat. Saz pon suka. Mak and Bapak pon suka. Serius tak pernah tau yang lily bud tempura ni sedap sampai macam ni sekali. Kata Kaklong dia makan masa dekat Cameron Highland. Kat sana memang ada banyak jual. Lily bud and cendawan goreng tepung. Yang tu I biasa makan.

Pastu ingat nak beli dada ayam. Potong cube and celop tepung jugak tapi semalam tadek pulak dada ayam dekat JJ. So I beli la Pop Corn awam frozen perisa tomyam. Cicah dengan sambal kicap. Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Sazli kata, nape sedap sangat ni? Hahaha.

So korang, nanti kalau free, boleh try lily bud goreng tepung ni. Guna je tepung tempura sebab kompem rangup. Bancuh teoung jangan cair sangat. Sambal kicap tau kan buat macam mana? Tumbul lada kecik dengan gula and bawang putih. Bubuh kicap kipas udang merah and perah la limau skek. Terangkat wa cakap lu!

Yang ni I punya version. Segugus-segugus goreng. Sebab pemalas nak goreng seketul-seketul. Senang nak makan lagipon. (Padahal pemalas)
  

Yang ni Kaklong punya. Cantik je dia goreng. Tadek hanget-hanget pon. Sama rata je masak. Kaklong orang berseni. Lain skek.



Yang ni Intan punya. Sedih je. Kata Intan time sahur dia buat lain, so jadik la elok sikit sebab tepung tak cair dah. Hahahha.


Yang ni Intan send bancuhan dia pastu tanya betul kan macam ni Kaklong? I reply. ‘Ngok Intan’. Hahahha. Cair giler.


Kalau nak tau macam mana rupa dia sebelum goreng, dia macam ni. Lily Bud.

Kalau yang keringkan masak dalam lodeh tu nama dia jadik kimcan. Tak silap I. Baru I tau tu lily bud kering. Dulu mati-mati ingat beliau ialah jantung pisang. Semalam baru tau.

So Intan, kiter setarap la. Hahahah.

-EnD-

2 comments:

Anna Dayana said...

Hahaha.. Princess memang jarang ke dapur apatah laki nak masak..

satu pengakuan ni, still tak jadi jugak benda alah tu Intan buat.. last sekali lily tu dalam peti ais berendam da 2 hari..

Chooyaya! said...

anna dayana : intan mmg suka pembaziran tau? jgn putus asa intan. kt depan2 nanti ada banyak lagi yg bakal mendatang. kalau suami intan suka intan masak hari2 mcm mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...