Friday, September 19, 2014

Budak Darjah Dua Craving Pizza Hut Punya Kisah

Assalamualaikum

Tadi kan I cakap Intan teringin makan kat Pizza Hut kan? So tabah la I call semua Pizza Hut untuk check mana yang still ada Salad Bar tapi malangnya masa I call yang Ampang Park punya franchise dia cakap untuk salad, Pizza Hut dah take out from menu. So no more Salad Bar. Sekian dimaklumkan. Pahadan Muhuker.

Tu la korang, kalau amek salad 1 bowl tapi amek sampai 8 tingkat susun-susun yang dulu pernah jadik viral kat Internet tu. Patut la kena take out from menu sebab maybe dorang rugi. Yang I pon satu, salad kat situ bukan la extra ordinary ke apa. Biasa ambik pon Tomato, Lettuce, Honeydew dengan Melon je ponnnn tapi rasa sedap pulak thousand island kat Pizza Hut kan? Ke sebenarnya I sorang je kata sedap?

Dorang pon bincang nak gi Pizza Hut mana. Intan nak pergi Ampang Park sebab dia kata dekat kot? Tapi dimaklumkan kat situ dah la kecik lepas tu sentiasa penuh. Parking pon hazabedah zabedah. I cadangkan Pavilion semua diam. Padahal kat situ la dengan ngan opis lepas tu parking ada 23 juta. KLCC kata Ira sure penuh and JJ Setiawangsa pulak macam dah nak muntah sebab selalu sangat pergi JJ. Kata Ira pergi yang Wangsa Maju punya. Bapak la jauh. Kalau macam tu baik pergi Pizza Hut Kelana Jaya je. Yang si Dyba plak, orang cakap Pizza Hut Genting Klang, dia ingatkan Genting Klang tu dekat Gombak sana. Selenga je. Gegham nak tunjal.

Last-last kitorang pergi Pavilion je sebab I yang drive kereta so suka hati I la nak gi mana. Konsep dia kat sini tadek demokrasi terpimpin ke apa. Kiter guna kuasa veto. Sapa nak pergi Wangsa Maju boleh pergi jalan kaki. Waaaarggh hahahahahha. Dekat Pavilion memang kosong la Pizza Hut sebab orang yang datang sini dia takder der tingin nak makan pizza. Sebab semua dah dewasa. Yang tingin makan pizza ni biasa budak darjah 2 je. Macam Intan la. Pelik la. I tak boleh terima orang craving Pizza Hut sampai menggelupur macam si Intan ni. Dia ingat umur dia 8 tahun ke?

Semua order taknak kalah. Amek personal set yang dapat Pizza 4 slice tu dengan mushroom soup and ice lemon tea/coke. Dyba Intan and Ira order tu pastu tamak ofcoz amek side order. Dorang amek potato chips bbq tu. I dengan Kaklong share amek set lunch for 2. 



Close up spaghetti meatballs. Kiter amek beef.


So dalam dia ada Pizza personal, spaghetti, ada chicken finger dengan potato chips tu. Lepas tu ice lemon tea for 2. Harga RM26.90.

Bila sampai makanan diam je semua. Tekun habes. Intan makan sekejap je licin pastu dia amek plak pizza I 1 slice. So total dia makan Pizza 5 slice, mushroom soup 1 bowl dengan potato chips tu sepinggan. Air segelas habes pastu pau pulak air I. Giler hebat Intan. Ni betul punya craving ni. Dia tak sedar tu dia ada RM10.00 je. Kiter makan go-dutch. Skali masa nak bayar Intan kena RM18.50, pastu dia kata dia ada RM10.00 je. Hutang boleh tak Kaksu? Hahahhahah. Kesian giler.

Kaklong tadi tamak nak makan pizza spaghetti chips segala sudahnya spaghetti luak meatball je dua ketul. Dah kekenyangan. Tamak belaka-belaka bebudak ni. Ira je yang ada muhasabah diri. Si Dyba pulak makan sampai terpelanting pizza dalam pinggan sebelah. Pastu kan, kitorang dapat waiter selenga. Dah la salah amek order, pastu bila ada colleague dia nak datang tolong, dia pandang belakang pastu cakap, ‘Stop talking!’ Hahahhaha. Bersembur kitorang gelak. I rasa Mamat tu orang Nepal la. Bersungguh-sungguh dia kerja. Mesti bangga tu kalau orang kampong tanya, ‘Kerja mana?’ Dia jawab, KL. Pavilion’. Perrrrghhh!

Ni Intan mengadu kata perut dia sengkak. Sampai tak boleh bernapas. Hahaha. Padan muka. Tu laaaaaaaaaaaaa makan lagi banyak-banyak. Sapa suruh. Tapi dia cakap, ‘Puas hati Intan’. Budak darjah 2 kan? Macam tu la happy dapat makan pizza. Keluar pizza terus gembira sambil skipping-skipping. Dia sedar tak dalam purse dia ada syiling je? Haha.

-EnD-


I tengokkan ajer perangai Kaklong kalau amek gambar. Gaya taknak kalah. Dia sedar tak dia dah ada cucu?


Tu la Intan. Makan lagi banyak. Terus gemok.





Salad Stacking ni memang popular dekat China. Sebab tu la Pizza Hut China (and now Malaysia) take out salad from their menu. Sebab syarat amek salad dekat salad bar is boleh ambik sekali je, tak kisah banyak mana. Harga sama. Tapi kalau ada customer amek macam ni dorang tak boleh nak marah. Usually yang I nampak ambik macam ni ialah Chinese. Taktau kenapa. Maybe dorang suka makan salad. No?

5 comments:

Anna Dayana said...

Hahaha..gemok!!!!! pahadan mukher... Ada 5 keping pizza dalam perut Intan dayana

Jan@Afzan said...

Ok. I pun budak darjah 2.. muahahahaha.

Best apa pizza..hehe. Lagipun kat Melaka ni, takde restaurant makan yang lazat2..limited. Fine dining takde.. chilis takde..Manhattan takde.. Nando, keenyrogers,dan lain2 franchaise yg popular.. hehehe

Tu yang bila turun KL, nak makan mende yang takde kat Melaka...kesian kan? hahaha

Chooyaya! said...

anna dayana : tu la. sampai nak pecah seluar jeans intan tu. so bila nak dtg umah kaksu? dah 3 bulan xdtg. macam ni laaaaaaaaaaaaa

Chooyaya! said...

Jan@Afzan : jan tak termasuk la dalam ini cerita. ni sebab intan mengada ni. seminggu menyebut nak makan pizza.

Alyn Aellynn said...

Su.. dulu (last year) I selalu mkn buffet salad RM9.90 kt KL live centre. + RM2 for mineral water or RM3 for free flow ice lemon tea. Mcm2 pilihan salad dia. Kitorang kalo pegi mkn smpi 3- 4 round! Puas ati. Now x sure ada lg tak restaurant tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...